Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Tempat Murah Sambil Boleh Rakam Gambar Lucu Bersama Anak. Papa Mama Wajib Bawa Anak!
Hujung minggu ini sudah merancang aktiviti bersama keluarga? Anak-anak mesti merengek mahu dibawa berjalan-jalan sama ada ke shopping mall atau ke tempat menarik. Bagi yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor boleh pergi ke Port Dickson minggu ni! Selain main air di pantai, apa kata singgah ke Funny House. Bagi yang jauh boleh jadikan tempat ini salah satu senarai percutian cuti sekolah nanti.
Tarikan baharu
Funny House ini adalah sebuah tempat hiburan berbentuk kekeluargaan yang merupakan tarikan terbaharu di Port Dickson Negeri Sembilan. Ia baru sahaja dibuka pada 13 Oktober lalu.
Bersesuai dengan konsepnya, anda dibenarkan mengambil gambar supaya dapat merakamkan aksi lucu dan menakutkan semasa berada di sini.
Antara yang menarik ialah meja, kerusi, kunci, oven dan pinggan gergasi serta rumah terbalik. Memang membuatkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini tidak kering gusi, asyik ketawa melihat aksi keluarga merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan.
Lokasi: Lorong Aneka 1, Tman Aneka Pasir Panjang Port Dickson 71250
Waktu operasi: 10 pagi – 8 malam (Kemasukkan terakhir pada 7.30 petang)/ Dibuka setiap hari
Harga kemasukkan: Dewasa RM15.00/ Kanak-kanak bawah 12 tahun RM10.00/Warga emas atas 60 tahun RM10.00/ Percuma kanak-kanak ketinggian bawah 90cm
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Antenatal Class CryCord Bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza
CRYOCORD telah berjaya mengadakan Perfect Pregnancy 4.0 Antenatal Class baru-baru ini di Pavilion Hotel, Kuala Lumpur.
Kelas ini diadakan untuk membantu ibu bapa muda membuat persiapan untuk menghadapi saat kelahiran, ketika di bilik bersalin dan ilmu tentang keibubapaan. Lebih kurang 200 bakal ibu dan bapa telah mengambil bahagian dalam kelas ini.
Ahli professional daripada pelbagai latar belakang seperti pakar Obstetric pakar Nutrisi dan pakar Laktasi memberikan tunjuk ajar mengikut kemahiran untuk persedian awal keibubapaan.
Menurut James Then, Pengarah urusan CryoCord “Pada zaman ini, banyak maklumat segera yang diperolehi daripada internet yang boleh menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, Kelas antenatal adalah platform yang baik untuk ibubapa mempersiapkan diri mereka dengan lebih baik.”
Kemuncak majlis ini diserikan dengan kehadiran duta CryoCord iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Sesi perkongsian lebih meriah apabila icon selebriti Malaysia berkongsi pengalaman perjalanan sebagai ibu termasuklah cabaran yang dihadapi ketika itu.
Sebagai tanggungjawab social koprat, CryoCord menjual T-shirt edisi terhad dan t-shirt tersebut habis dijual untuk mengumpul dana dan akan disalurkan kepada Majlis kanser Negara (MAKNA).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
60 Kanak-Kanak Gayakan Profesion Pilihan Di Himpunan Cita-Cita SSPN X Pa&Ma
Bersempena dengan Pa&Ma Kids Fiesta 2019 yang lalu, sebuah perhimpunan kanak-kanak telah diadakan pada 2 November 2019 yang lalu. Himpunan Cita-Cita SSPN X Pa&Ma ini telah diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Seramai 60 orang kanak-kanak yang berumur dari 4-12 tahun telah menyertai perhimpunan ini.
Seawal jam 12 tengah hari, sudah kelihatan kanak-kanak yang datang bersama penjaga dengan kostum pelbagai jenis mewakili cita-cita mereka. Selain memperagakan pelbagai jenis kostum pekerjaan yang dipilih, setiap peserta diminta untuk membuat persembahan selama tiga minit untuk menceritakan mengapa mereka memilih kerjaya itu sebagai cita-cita.
Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal serta juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama, Dazrin Kamarudin merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Setiap persembahan para peserta diadili oleh Encik Abdul Ghaffar Bin Yusop, Pengurus Besar Kanan PTPTN, Mohamad Shahir Rahim , Editor Majalah Pengantin, Siti Suria Hassan, Editor Majalah Hijabista dan Hasnita Sawal Editor Pa&Ma selaku ketua juri. SSPN juga telah memilih dua peserta untuk menerima Anugerah Wow! SSPN untuk menerima akaun simpanan bernilai RM100.
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma 2019 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Juara Himpunan Cita-cita SSPN X Pa&Ma adalah Abu Dzharr Al-Fiqrin Fathizia Rafiq, tempat kedua pula disandang oleh grup SIX-KIDS SRIIPUJ manakala tempat ketiga dimenangi oleh Tengku Zulfy Shah Tengku Shahriman. Dua pemenang saguhati pula adalah Qaisarah Jannah Abdul Nazar dan grup Sang Saka Naga Biru. Penerima Anugerah Wow! SSPN pula adalah Sumayyah Arysha Suhairy dan Muhammad Naim Abdul Rashid.
Tempat Pertama akan membawa pulang wang tunai RM300, 4 Tiket Legoland bernilai RM1000, hamper bernilai RM50 dan tabung Istimewa dari SSPN. Manakala tempat kedua pula yang akan membawa pulang wang tunai RM200, 4 Tiket Gambang bernilai RM300, hamper bernilai RM50 dan tabung istimewa dari SSPN. Pemenang Tempat Ketiga pula akan menerima wang tunai RM100, 4 Tiket Farm In the City bernilai RM200, hamper bernilai RM50 dan tabung istimewa dari SSPN.
Manakala 2 pemenang saguhati telah membawa pulang 4 Tiket MBO , hamper bernilai RM20 dan Tabung Istimewa dari SSPN. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI