Luluhnya hati ibu dan ayah melihat anak kesayangan menangis seolah-olah kesakitan, kekejangan dan mata pula memandang ke atas seolah-olah diserang sawan. Lebam pada bawah mata kiri dan kanan serta dahinya rupa-rupanya bukan petanda biasa-biasa. Rupa-rupanya si kecil kesayangan sedang bertarung nyawa menghadapi pendarahan pada otak kiri!
Puan Norazuin Mohd Saruan, ibu kepada Nur Aaira Humairah, 3 bulan, berkongsi tentang keadaan anaknya itu. Dia mohon doa dari semua untuk kesembuhan Aaira seperti sedia kala. Katanya, Aaira baru seminggu di hantar ke rumah pengasuh berkenaan. Berikut ialah perkongsian beliau;
Ambil dari rumah pengasuh, Aaira menangis, badan kejang dan mata memandang ke atas seperti sawan.
Dibawa ke bahagian kecemasan hospital. CT scan menunjukkan pendarahan pada bahagian kiri otak.
KRONOLOGI KEJADIAN MENIMPA AAIRA DICERITAKAN BAPA
Tidak hanya ibu, ayahnya juga turut terkesan dengan keadaan Aaira yang kini tidak seperti selalu. Bapa Aaira, Mohd Rajab juga turut memuatnaik status berkenaan perkembangan Aaira yang terkini dan menceritakan kronologi kejadian yang menimpa cahaya matanya itu.
Sebelum hantar ke pengasuh sempa hadiahkan sebuah senyuman buat mama dan daddy
Ambil dari rumah pengasuh badan Aaira keras kekejangan. Bawah mata kiri, mata kanan dan dahi Aaira ada lebam sikit. Pengasuh cakap Aaira tidak jatuh.
Menangis kuat luar biasa& kekejangan, Aaira seolah-olah sakit. Mata pula pandang ke atas. Terus kejarkan ke hospital bahagian kecemasan.
Darah diambil & CT scan dibuat. Doktor kata ada pendarahan pada otak kiri Aaira. Doktor buat laporan polis dan polis ambil kenyataan.
Aaira menangis dan sukar tidur malam itu.
Pagi Aaira baru boleh menyusu setelah dikehendaki berpuasa. Tengah hari Aaira muntah kuat. Keadaan Aaira terus dipantau.
Aaira masih alami kekejangan, mata kanan, mulut kanak, tangan kanan dan kaki kiri bergerak walau pun sedang tidur. Mungkin akan dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur untuk pemantauan daripada pakar. Mohon doakan kesembuhan Aaira.
Mata daddy berair time doktor kerumun Aaira masa kejang-kejang tadi.
Dalam perkembangan, Aaira kini terpaksa ditidurkan (berada dalam keadaan koma) untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain.
Aaira terpaksa ditidurkan kerana badan kekejangan. Doktor tidak mahu bahagian badan Aaira yang lain ada masalah.
Mohon semua agar mendoakan kesembuhan Aaira.
Sumber: Lulu Amanda & Rajab Led Seller