
Demi memerangi virus koronavirus yang semakin berleluasa di negara China, semua kakitangan kesihatan di sana banyak melakukan pengorbanan terpaksa berpisah dengan orang-orang yang mereka sayangi.
Seperti yang berlaku kepada juru rawat dan doktor ini yang terpaksa berpisah dengan anak mereka.
Sedutan video seorang juru rawat bernama Liu Hai Yan di Zhoukou, China dilihat hanya mampu memeluk anaknya dari jauh. Di dalam video ini dapat dilihat anaknya itu menangis kesedihan dan melahirkan rasa rindu terhadap ibunya.
Mereka tidak dapat bersentuhan, jadi si anak hanya menyerahkan bekalan untuk ibunya di lantai dan kemudian diambil Hai Yan selepas itu.
“Ibu sedang melawan raksasa. Nanti semua dah pulih, ibu akan paling dan temankan awak,” kata Hai Yan kepada anak perempuannya itu.
Artikel Menarik: [Berjangkit Melalaui Ibu, Bayi Disahkan Positif Koronavirus Selepas 30 Jam Dilahirkan]
Di dalam sebuah video lain, seorang doktor di Wuhan pula membuat panggilan video dengan anaknya. Anaknya yang masih kecil kelihatan seperti tidak mengenalinya lagi selepas seminggu berpisah.
Dr Yang Xiao turut bertanyakan jika anaknya itu mencarinya di tengah malam. Dalam video tersebut ada seorang lelaki (mungkin suami Dr Xiao) bertanyakan tentang keadaannya di hospital.
Artikel Menarik: [Risiko Jangkitan Koronavirus Terhadap Kanak-Kanak, Doktor Saran Amal Langkah Pencegahan Elak Dijangkiti]
Dr Xioa mengatakan yang dia baik-baik sahaja dan eloklah jika anaknya tidak mencari dia pada waktu malam. Di hujung video, Dr Xioa melahirkan harapannya agar semua pulih seperti biasa supaya dia dapat pulang ke rumah dan berjumpa dengan anaknya semula.
Sumber: China Xinhua News
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buka Mata & Pasanglah Telinga.” Lelaki Ini Nasihat Supaya Suami Dengar Luahan Isteri

Untuk mengambil hati mertua bukanlah mudah. Kadang-kadang kita risau juga jika ada yang tidak kena di mana-mana. Hati mertua haruslah kita jaga dan mereka haruslah dihormati seperti mana kita melakukannya terhadap ibu ayah kandung kita.
Seperti yang diceritakan oleh suami ini, bagaimana isterinya sudah mencuba yang terbaik untuk memenangi hati ibunya tetapi masih ada yang tidak kena. Pun begitu, tidak pernah sekali isterinya memburukkan keluarga dia.
Ikuti perkongsiannya di sini:
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saja aku kongsikan kisah ini kerana baru-baru ni apabila PM menyatakan kita mungkin tidak akan beraya, secara spontan isteriku memberikan respond, ‘Ayang ok je kalau tak raya, kalau raya pun selalu penuh drama je’.
Aku sebenarnya terkedu dengan apa yang diperkatakan oleh isteriku. Berhari-hari rasanya tidak tidur kerana kata-kata itu terngiang-ngiang ditelingaku.
Aku mulakan dengan kisah kami. Aku berkahwin dengan isteriku atas pilihan sendiri. Tiada halangan dari ibu mahupun keluarga. Kini usia perkahwinan sudah pun 12 tahun dan kami masih belum punya cahaya mata.
Untuk pengetahuan pembaca, isteriku adalah ‘lebih’ dari semua segi berbanding aku. Baik pendidikan, kerjaya mahupun pendapatan. Untuk menjelaskan part ni, gaji isteriku adalah lebih 4 kali dari gaji aku.
Diawal perkahwinan, aku nampak semua effort yang dilalukan oleh isteriku untuk mengambil hati ibu dan adik-beradik. Kalau ada birthday sesiapa dia selalu belikan kek. Untuk ibu pula selalu dia selalu menghantar kiriman barang secara online.
Kami tinggal berasingan dengan keluarga. Isteriku ini rajin orangnya, dari perihal menjaga rumah, masak dan even menjaga aku. Perfect. Tidak ada cacat cela. Malah setiap kali selepas solat dan sebelum tidur, pasti dia akan memohon maaf walaupun aku tak pasti apa dosanya.
Cuma, 4-5 tahun kebelakang ini banyak benda tak kena. Setiap kali balik kerumah ibuku, ada je luahan rasa terhadap ibu mahupun adik-beradik yang lain.
Namun respond aku biasalah ‘Abang tak nampak pun’. Memang aku tak nampak dan tak pernah dengar apa-apa. Isteriku kata semuanya berlaku bila aku keluar ke kedai atau berjumpa kawan-kawan.
Dari sejak hari aku tidak mengendahkan cerita isteriku itu, dia ‘jarang’ sangat mengadu. Aku kira semuanya dah selesai.
Sehinggalah suatu hari, aku keluar nak berjumpa kawan. Tapi aku tertinggal wallet. Aku patah balik, aku dengar ibu sedang marah isteriku. Tinggi suaranya. Aku terkejut. Betullah seperti apa yang isteriku adukan.
Sejak dari hari itu, aku mula membuka mata dan memasang telinga. Ye semua benda tak kena. Kakakku bila bercakap selalu perli isteriku. Terutamanya soal anak. Sedih sangat aku rasa.
Ibu pula pernah bertanya kepada isteriku kain baju raya beli di mana. Bila isteri aku bercerita dimana tempat dia beli, ibukan akan jawab ‘yelah ibu tak mampu’.
Aku jadi pelik. Ibu yang tanya, kemudian jawapan itu di twist seolah isteriku nak tunjuk lagak. Ni aku dengar sendiri ketika isteri sedang menolong ibu masak di dapur.
Kalau raya memang penuh drama, ibu tak suka aku balik beraya dirumah mertuaku. Kalau tiba giliran disana, ibu mesti call aku minta aku balik cepat dengan pelbagai alasan. Kalau gilirannya di rumah ibu, memang susah ibu nak lepaskan kami balik kesebelah sana.
Malah semua masakan isteriku menjadi salah. Ada sahaja terlebih dan terkurang. Actually bila aku makan, taklah seperti yang mereka perkatakan. Sekarang ni aku cuma mampu melarang isteriku masak di rumah ibu. Aku dah tak sanggup nak dengar kata-kata mereka.
Apa ibu nak semua aku dah cuba penuhi. Ibu aku rajin melancong, aku sponsor. Ibu nak beli pekakas elektrik aku belikan. Kadang-kadang, ada bahagian yang isteriku tambah duit. Ibu tak boleh nampak sesuatu yang baru dalam rumah aku. Pasti ibu akan lahirkan keinginannya.
Pengakuan Lain: [“Bie Suami Yang Sempurna.” Isteri Luah Rasa Rindu, Suami ‘Pergi’ Selamanya Secara Mengejut]
Korang tahu apa respond isteriku bila tiap kali ibu meminta itu dan ini. Dia akan cakap ‘abang belikanlah ibu barang tu. Kalau tak sekarang bila lagi. Ibu dah tua, abang kena gembirakan hati ibu. Abang tak cukup duit abg cakap, ayang tambahkan’.
Aduh berkaca mata aku masa aku menulis ni. Baikkan isteri aku.
Malam tadi aku confess dengan isteriku. Kebetulan aku baru sahaja menghadiakan rantai emas buat ibuku sebelum PKP.
Untuk pengetahuan semua, seperti biasa isteriku chip in. Aku mulakan perbualan dengan bertanya tentang cukupkah nafkah yang aku bagi. Isteriku jawab ‘Cukup sangat Abang, abang dah bagi lebih dari sepatutnya. Duit tu Ayang simpan dalam tabung haji’.
Aku cakap, aku jarang belikan isteriku dengan benda-benda yang mewah-mewah dan kebanyakan benda semua dibeli duitnya sendiri.
Dan jawapannya ‘Abang, nafkah abang terhadap Ayang yang wajib dah abang tunaikan. Tak ada kurang pun. Bila abang dah mampu nanti abang belikanlah. Buat masa ni Insyaallah semuanya cukup. Lagi pun ada juga benda yang Ayang nak, Abang dah belikan. Benda-benda tu cuma hadiah je kan, bukannya wajib’.
Aku menangis depan isteriku. Bagaimanalah mak dia mendidik isteriku sehingga sebegitu baik dia bertolak ansur.
Dan Aku teruskan bertanya pada isteriku, kenapa dia masih baik dengan ibuku sedangkan banyak benda yang telah ibuku buat. Sambil senyum isteriku kata ‘Kerana dia ibu abang, kalau dia ibu jiran sebelah dah lama Ayang maki dia’. Sambil isteriku gelak dan buat lawak.
‘Ayang perlukan doa ibu abang. Redha ibu pada abang, adalah kebahagiaan kita. Abang berbaktilah kepada ibu abang. Ayang pun tak tau apa salah Ayang pada keluarga abang. Kitakan manusia biasa. Mesti ada silap.
Sebenarnya Ayang takut mana tau Ayang pernah tersilap terbawa-bawa sikap seorang boss ketika bersama adik beradik abang yang buat mereka rasa annoyed. Abang pun tau memegang jawatan besar ni menjadikan Ayang sangat tegas.
Pengakuan Lain: [“Khatam Al Quran Setiap Hari.” Wanita Kongsi Rahsia Jarang ‘Masam’ Muka Dengan Suami]
Namun Ayang dah cuba kawal sikap tu bila berada di luar office. Ayang pun tak boleh paksa semua orang suka pada Ayang.
Ayang dah tak mampu buat baik dengan keluarga abang. Tapi Ayang tak boleh biar abang derhaka pada ibu abang. Yelah mana kita tau kan, mungkin ada salah Ayang kot. Yang penting Ayang tau, Ayang dah jaga abang dengan baik.’ Dan senyuman isteriku masih terukir.
Allahu. Isteriku mencari salah sendiri. Aku tak pasti adakah isteriku tidak mahu berkongsi dengan aku perasaannya kerana dia sudah tawar hati, atau kerana 12 tahun ini dah cukup mematangkannya. Namun setiap bait ucapannya memang menyentuh hati.
Buat suami-suami di luar sana. Jika ada isteri-isteri terkurung dalam bilik bila di rumah ibu kita, mula jadi pendiam bila bersama keluarga kita, mula luahkan rasa, mula jadi tak kena, kita perlu membuka mata, memasang telinga. Keluarga kita adalah darah daging kita tapi mereka juga ‘manusia biasa’.
Buat isteriku (dia suka baca IIUM confession juga), ketahuilah, abang faham perasaan ayang, abang sangat tersepit dan bertul-betul rasa bersalah.
Terima kasih kerana menjadikan abang suami yang hebat dan anak yang soleh. Abang akan selalu doakan Ayang mendapat syurga Firdausi seperti yang Ayang idam-idamkan.
Dan aku mohon kepada pembaca sekalian, doakan aku kuat menghadapi ibuku, tidak derhaka padanya, dan moga Allah kekalkan hati isteriku untuk terus menyangi aku kerana aku ingin sekali kesyurga bersamanya.
– Aku yang menyintaimu (Bukan nama sebenar) via IIUM CONFESSIONS
Kongsikan cerita atau pengalaman anda di KONGSI CERITA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Prasekolah & Tadika Dibuka Semula Mulai 1 Julai. Semua Wajib Ikut SOP!

Setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lalu, akhirnya kerajaan membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun operasi mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kita sudah bersetuju dengan SOP yang dibentangkan mengenai cadangan pembukaan prasekolah dan tadika.
“SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain dalam TADIKA, waktu makan semua lengkap, namun perincian SOP akan diumumkan Kementerian Pendidikan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri berkata, pembukaan keseluruhan prasekolah dan TADIKA itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan serta 7,887 swasta.
“TADIKA di bawah Kementerian Perpaduan Negara pula sebanyak 1,781 sementara di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar 8,530,” katanya.
INFO TAMBAHAN
Persediaan Awal Untuk Anak-Anak
Antara persediaan awal yang ibu ayah perlu mula buat adalah:
Bercerita dan praktis (role play) :
✅Social distancing, apa dan bagaimana, kenapa perlu dan sebagainya.
✅Basuh tangan dengan sabun mengikut cara yang betul. Boleh ajar anak-anak basuh sabun setiap kali lepas makan atau main.
✅Cara bersin/batuk yang betul.
Perkara ini adalah #newnorm yang sangat memerlukan latihan yang berterusan. Jadi sangat digalakkan ibu ayah bantu siapkan anak-anak sebelum dihantar ke tadika nanti.
Antara keperluan yang mungkin perlu ada daripada sekarang:
✅Kids mask
✅Face sheild (tak wajib, tapi kalau ada, bagus)
✅Mini Hand Sanitizer
Insya-Allah kita sama-sama tunggu SOP rasmi daripada KPM nanti ya!
Sumber: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hamil 8 Bulan, Kena Covid-19. Semua Okay, Iman Suhana Balik Jumpa Keluarga!

Ketika membintangi drama bersiri Takdir Yang Tertulis, Iman Suhana mula dikenali ramai. Memegang watak sebagai Ruzita, lakonannya menjadi sebutan ramai ketika itu. Biarpun perwatakan comel dan sentiasa ceria, Iman telah berkongsi tentang dirinya yang disahkan menghidap Covid-19 dan menjalani tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Dia mengakui yang dirinya paranoid kerana sentiasa memikirkan tentang kesihatan bayi alam kandungannya. Iman yang kini hamil lapan bulan turut melahirkan rasa syukur kerana dia telah dibenarkan untuk keluar dari hospital pada Sabtu yang lepas selepas tamat tempoh kuarantin.
Artikel Menarik: [“Perancangan Nak Bagi Fatima Adik Tu Ada..” Fazura Akui. Mujur Fattah Memahami]
Iman memberitahu yang dia telah menjalani kuarantin kendiri di rumah sebaik mendapati dirinya positif tetapi disarankan oleh doktor untuk masuk wad supaya bacaan jantung bayi serta oksigen Iman dapat dipantau rapi. Pelakon ini juga memberitahu yang tempoh kuarantin di hospital sangat mencabar kerana tak dapat ke mana-mana dan terpaksa berjauhan dengan anak sulungnya buat kali pertama.
“Saya akui memang mencabar bila kuarantin di hospital. tak boleh pergi mana-mana dan terpaksa berpisah dengan anak sulung saya.”

Dia telah menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari di hospital dan mengalami gejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak, tetapi tidak teruk.
“Suami dulu kena dan saya kontak rapat. Jadi saya pun buat ujian saringan dan positif. Kemudian saya ke klinik dan keputusannya tetap sama. Waktu kuarantin pun masih ada gejala juga tapi tak lah teruk, Alhamdulillah.”
Artikel Menarik: [Anak Kerap Menangis, Aeril & Wawa Tukar Nama Anak Ke-4 Pada Muhammad Fahri]

Sama-sama kita doakan kesihatan Iman dan bayinya sehingga tiba waktu melahirkan. Semoga dijauhi dari sebarang penyakit berbahaya dan urusan bersalin Iman dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sumber: Media Hiburan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI