Menangis Buat Video Call, Peluk Dari Jauh. Bertugas Di Hospital, Ibu Terpaksa Berpisah Dengan Anak

Share

Demi memerangi virus koronavirus yang semakin berleluasa di negara China, semua kakitangan kesihatan di sana banyak melakukan pengorbanan terpaksa berpisah dengan orang-orang yang mereka sayangi.

Seperti yang berlaku kepada juru rawat dan doktor ini yang terpaksa berpisah dengan anak mereka.

Sedutan video seorang juru rawat bernama Liu Hai Yan di Zhoukou, China dilihat hanya mampu memeluk anaknya dari jauh. Di dalam video ini dapat dilihat anaknya itu menangis kesedihan dan melahirkan rasa rindu terhadap ibunya.

Mereka tidak dapat bersentuhan, jadi si anak hanya menyerahkan bekalan untuk ibunya di lantai dan kemudian diambil Hai Yan selepas itu.

“Ibu sedang melawan raksasa. Nanti semua dah pulih, ibu akan paling dan temankan awak,” kata Hai Yan kepada anak perempuannya itu.

Artikel Menarik: [Berjangkit Melalaui Ibu, Bayi Disahkan Positif Koronavirus Selepas 30 Jam Dilahirkan]

Di dalam sebuah video lain, seorang doktor di Wuhan pula membuat panggilan video dengan anaknya. Anaknya yang masih kecil kelihatan seperti tidak mengenalinya lagi selepas seminggu berpisah.

Dr Yang Xiao turut bertanyakan jika anaknya itu mencarinya di tengah malam. Dalam video tersebut ada seorang lelaki (mungkin suami Dr Xiao) bertanyakan tentang keadaannya di hospital.

Artikel Menarik: [Risiko Jangkitan Koronavirus Terhadap Kanak-Kanak, Doktor Saran Amal Langkah Pencegahan Elak Dijangkiti]

Dr Xioa mengatakan yang dia baik-baik sahaja dan eloklah jika anaknya tidak mencari dia pada waktu malam. Di hujung video, Dr Xioa melahirkan harapannya agar semua pulih seperti biasa supaya dia dapat pulang ke rumah dan berjumpa dengan anaknya semula.

Sumber: China Xinhua News

Published by
Emy H