Secara umumnya ada beberapa sebab bayi anda menangis dan meragam. Malah si manja yang masih belum boleh bercakap, menjadikan menangis sebagai kaedah untuk berkomunikasi. Walaupun kebanyakan isyarat menangis menunjukkan bayi mempunyai keperluan seperti mahu makan atau mahu ditukar lampin yang basah tetapi ada ketikanya anda sukar memahami kenapa bayi sangat cerewet sehingga sukar dikendalikan.
Sekiranya anda sudah biasa mengendalikan anak sendiri, anda akan tahu apa yang mereka mahukan apabila menangis. Sebagai langkah pertama sebelum anda memeriksa dengan lebih lanjut, anda boleh lakukan lima perkara ini dahulu:
Tukar lampin. Kemungkinan lampin basah menyebabkannya dia tidak selesa.
Berinya susu atau makanan. Mungkin dia kelaparan atau haus.
Periksa perut bayi jika dia alami kembung perut. Sapu minyak angin pada perutnya.
Cuba tidurkan bayi. Dia mungkin mengamuk kerana mengantuk.
Periksa pakaian yang dipakainya sama ada terlalu ketat atau tebal yang menyebabkannya tidak selesa. Tukar jika perlu.
Jika bayi masih menangis selepas anda buat lima perkara ini, mungkin anda boleh meredakan tangisan si manja dengan beberapa cara yang lain. Usah risau, ia tidak susah dibuat dan biasanya berkesan untuk menenangkan mereka.
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
Ads
2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
Membuaikan si manja dalam dukungan seperti ini boleh meredakan tangisannya.
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Info Mengenai Kembung Perut/Kolik
Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad selamat melahirkan cahaya mata keenam pada pagi tadi secara pembedahan di Glenegles Hospital Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsi sendiri olehnya menerusi laman Instagram beberapa jam yang lalu.
“He’s Here”
“Assalammualaikum Semua, Alhamdulillah Di Pagi Jumaat yang penuh barakoh hari ini pada tarikh #12052023 pada pukul 8.30 pagi tadi Saya telah melahirkan anak lelaki saya dalam keadaan pembedahan”
Menurutnya lagi, bayi lelaki tersebut selamat dilahirkan seberat 2.71kg ketika usia kandungan 38 minggu.
“Syukur Kepada Allah SWT semuanya berjalan dengan baik, bayi lelaki saya di lahirKan 38 minggu lebih dengan seberat 2.71kg dan tingginya 34cm.
“Syukur Ya Rabbi 🥹🙏🏻 Mummy Becca ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang banyak menitipkan DOA untuk mummy dan baby ,Terima Kasih Allah sahaja yang dapat membalasnya”
“Terima Kasih kepada suami tercinta dari awal pregnant sampai la hari ini bersalin sentiasa setia bersama menemani MUMMYBECCA🙏🏻🤍🥹😘 thank you papa 😘”
“Thank you Juga Buat IBU ku ,DOA Mu tiada Hijab,tembus ke langit,thank you Datang Ma,Dan Sentiasa MenDOAkan Anak anak Mu🤍🫠”
“Thank you to All My Siblings yang DOA Dan WhatsApp 🤍 Thank You Juga Buat Staff @beccahq Surprise kan mummy and baby Bilik Cantik 😉☺️🥰🤍 mummy loveeee sgt Tq 🙏🏻”
Rata-rata rakan selebriti dan warga net mengucapkan tahniah buat Datin Rebecca atas kelahiran cahaya mata yang sangat comel.
Sebelum ini Datin Rebecca mendedahkan dirinya pernah diberi pilihan oleh doktor sama ada mahu meneruskan kandungan atau pun tidak kerana berdepan dengan risiko hamil anak keenam.
Beliau berkata, kandungan berkenaan dimaklumkan berisiko tinggi kerana sebelum ini kesemua cahaya mata dilahirkan menerusi pembedahan dan mungkin turut membahayakan dirinya.
Usahawan dan selebriti media sosial yang terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri meluahkan rasa bimbang apabila memikirkan soal kesihatan anak kelimanya, Raudah Arsyiah yang masih lagi belum sembuh.
Menurut Aliff Syukri, hari ini sudah genap hari ke 10 anaknya, Raudhah Arshiyah sakit.
“Kesianya anak dara abah ni masih sakit lagi.. dah 10hari badan sakit dan muntah.. muka pucat, mulut berbau, gusi bengkak.. tak tau sakit apa..”
Dia sudah buntu memikirkan keadaan kesihatan anak kelimanya itu.
Sebelum ini, isterinya Datin Shahida pernah berkongsi beberapa keping gambar Raudah di hospital dengan kepsyen memohon doa ramai agar anak perempuanya itu cepat sembuh.
“Doakan ya anak saya Raudhah Arshiyah cepat sembuh”
Rata-rata warga maya memberikan kata-kata nasihat tak kurang juga ada yang mendoakan kesihatan Raudah kembali pulih.
masmarzita Tonsal bengkak sama macam anak saya dulu nak seminggu admit hospital….
mamaaasiti Cuba iktiar cara perubatan Islam tgk.. Mgkin ada mujizat🙌🙌🙌
kahariahmk dh check hidung?pengalaman ank ms kecik dulu ad masukkan sesuatu dlm hidung blh berbau busuk
nurulnoraini_sqa Semoga cepat sembuh❤️
noraini.ismail2 Syafakillah..
norainimatsom Semuga dberi kesembuhan dgn segera
sholehaahmad Cuba rawatan islam takut kena penyakit Ain…. kita tak hasad dengki orang….
raihannormuhammad Biasa klau da mkn ubat, masuk hospital xbaik, elok bwk ke ustaz utk dijampi2 didoa2kan. Kdg2 kita xtau manatau tersampuk ke..
Sama-sama kita doakan agar Raudah cepat sembuh dari segala penyakit!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kini ramai ibu yang terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan daripada ibu bapa dan ahli keluarga. Kadang-kadang ibu bukan sengaja untuk berpantang seorang diri, tetapi terpaksa kerana pelbagai sebab seperti anak yang besar sudah bersekolah, berada jauh daripada ahli keluarga dan sebagainya. Jangan risau anda masih boleh berpantang sendiri, tetapi perlu menitikberatkan beberapa perkara bagi menjayakan proses penyembuhan itu.
Bagi anda yang ingin berpantang sendiri, perkara pertama yang anda harus lakukan ialah mencari pembantu rumah. Namun, jika gagal sebaik-baiknya suami mengambil cuti sekurang-kurangnya tiga minggu bermula dari tarikh bersalin untuk membantu menguruskan anda, bayi dan anak-anak lain.
Buat stok rempah herba dan ikan yang boleh dimakan ketika berpantang. Sebaik-baiknya seminggu sebelum tarikh cadangan pembedahan, dapatkan stok ikan mentah, bersihkan dan simpan sebagai stok sejuk beku. Kemudian hanya perlu minta suami bakar atau kukus sahaja ikan yang ada untuk setiap kali waktu makan.
Apa Yang Boleh Kita Buat Untuk Memudahkan Urusan Berpantang?
Anda juga digalakkan membuat bekalan susu kambing. Minumlah setiap hari susu kambing kerana ia adalah makanan yang lengkap nutrisi dan membantu penyembuhan luka.
Pastikan habatus sauda juga dijadikan amalan ketika berpantang kerana ia membantu mengelakkan gejala sejuk dan kebas-kebas pada terutamanya pada bahagian kaki ibu bersalin.
Beli penyangkut pakaian di dalam rumah dan segala alatan yang menjimatkan masa untuk anda mengemas terutamanya pakaian anda dan anak-anak.
Pastikan anak yang lain mempunyai penjaga.
Sediakan tabung kewangan (tanpa perlu keluar ke bank) kerana jika perlu membeli barangan dapur, anda boleh menghubungi runner ketika suami sudah mula bekerja.
Buat tinjauan kedai yang menjual jenis lauk dan masakan yang boleh dimakan ketika di dalam pantang. Jika berlaku kecemasan, anda boleh terus tempah dari kedai tersebut.
Anda juga boleh mendapatkan nombor telefon pembantu rumah yang bekerja separuh hari untuk dihubungi sekiranya sukar untuk mendapatkan pembantu rumah sepenuh masa.
Dari segi kesihatan pula, dapatkan perawat pantang atau terapis terbaik. Pastikan selain daripada urutan, perawat juga boleh memberikan anda khidmat nasihat atau tip untuk saat-saat tidak terduga seperti ketika anda susah dan sakit. Nasihat mereka yang berpengalaman sangat membantu.
Anda juga perlu menyimpan resipi berpantang selama 44 hari supaya tidak cepat bosan dengan menu yang sama setiap hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.