Proses melahirkan seorang anak memang cukup getir untuk dilalui oleh setiap wanita. Ia bagaikan mempersiapkan diri ke medan perang dan bertarung nyawa untuk sebuah kelahiran yang cukup indah.
Arif Muhammad, Youtuber popular dari Indonesia berpeluang melihat sendiri proses bagaimana isteri tercinta melahirkan bayi lelaki mereka. Momen yang cukup berharga itu dikongsi oleh Arif Muhammad di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsiannya itu, Arif berkongsi video ketika proses bersalin isterinya Dita Audina sehingga melahirkan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Arsenio Al Arif. Dalam video tersebut, Arif berulang kali menyebut kalimah Allahuakbar sepanjang menemani isterinya melahirkan.
Menerusi rakaman video itu juga, Arif menyatakan rasa kagumnya terhadap isteri yang bersalin secara normal. Menurutnya isteri tercinta sedikitpun tidak menangis bermula dari bukaan pertama sehinggalah bayi mereka dilahirkan. Memang hebat!
Dalam satu posting yang lain, Arif turut memuat naik rakaman video dia mengazankan bayi lelakinya yang comel.
Perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah oleh pengikut Arif di laman sosial. Rata-ratanya terharu melihat kesungguhan isteri Arif yang tidak putus asa dalam proses melahirkan cahaya mata.
Sesekali dapat tengok sendiri isteri melahirkan pasti jadi momen indah untuk dikenang oleh sang suami. Barulah tahu betapa besarnya pengorbanan isteri untuk melahirkan seorang khalifah ke muka bumi ni. Bila anak dah besar boleh juga pertontonkan pada mereka supaya mereka tahu akan pengorbanan ibu yang tiada galang ganti. Apapun Tahniah diucapkan buat pasangan ini!
Sumber: arifmuhammaddd