Membuat keputusan untuk mengkhatankan bayi di awal usia iaitu beberapa hari selepas lahir adalah satu tindakan bijak yang boleh dicontohi mak ayah. Penyanyi, Dr Fitri Haris juga tidak terkecuali melakukan hal yang sama buat bayinya yang kini berusia dua bulan.

Kata Fitri, dia dan isteri sepakat untuk menyunatkan bayi mereka, Bilal Habibi lebih awal kerana bimbang tidak berkesempatan melihat momen itu kelak disamping lebih mudah sembuh dan terbaik buat anak mereka.

Kata Fitri, tak ada yang perlu dirisaukan kerana ia selamat dan memenuhi syarat.

“Menangis Kejap Lepas Habis Ubat Bius” Dr Fitri Haris Sunatkan Anak Usia 2 Bulan, Bimbang Tak Sempat!

” Yang bagusnya tentang sunat awal ni, pertama sekali dia mudah sembuh. Dalam tempoh 24 jam pun dah boleh sembuh berbanding kanak-kanak tujuh hingga lapan tahun.

” Mungkin disebabkan pemakanan bayi yang hanya minum susu sahaja, jadi tak ada istilah bernanah ke pantang ke, sebab dia minum je. Lagi pula bayi baru lahir ni antibodi dia tak sama, dia minum susu yang kita tahu banyak khasiatnya,” kongsi Fitri lagi.

Malah kata bapa penyayang ini lagi, dia dan isteri pada mulanya mahu mengkhatankan bayi mereka lebih awal. Pun begitu disebabkan ukur lilit kemaluan bayi pramatang mereka itu tidak mencapai syarat yang dikehendaki, terpaksa menunggu hingga usia dua bulan.

“Menangis Kejap Lepas Habis Ubat Bius” Dr Fitri Haris Sunatkan Anak Usia 2 Bulan, Bimbang Tak Sempat!

” Doktor cadangkan pada usia sebulan atau dua bulan, tapi memandangkan masa mula lahir tu ukur lilit kemaluan belum cukup besar sebab dia bayi pramatang, jadi kami terpaksa tunda. Prosesnya pun senang,” katanya.

Kongsi pengalaman manis dan proses bersunat
Menerusi Instagramnya, Fitri turut sama berkongsi video ketika proses berkhatan dilakukan. Katanya satu pengalaman baru yang mendebarkan bagi dirinya dan isteri.

KISAH BILAL HABIBI BERKHATAN/SUNAT UMUR 2 BULAN 1 MINGGU❤️

“Alhamdulillah hari ni hari yang paling nervous bagi saya dan isteri @el_mrsfitri. Keputusan kami ingin menkhatankan anakanda pada usia 2 bulan menjadi teka teki. Maklumlah first time.

“Menangis Kejap Lepas Habis Ubat Bius” Dr Fitri Haris Sunatkan Anak Usia 2 Bulan, Bimbang Tak Sempat!

Ads

“Ok, saja nak share kat sini, bila saya call @kumpulan_megaklinik_zahran tanya nak khatankan Bilal mereka bagi tahu mereka ada service sunatkan baby seusia Bilal. Alhamdulillah syukur..💪🏻 masa kata ada ni.. fikir dengan wife nak sunat ke tak nak sunat ke tak?

“Setelah tanya pendapat adik yang sunatkan anak mereka seawal 2 bulan dan kawan-kawan yang ada baby kecil pun sunatkan awal sebab mudah jaga dan cepat sembuh kata mereka, maka saya pun terus set date appointment.

“Masa sampai debor wei, sunat ni! Sunat! Lelaki dia faham lah kenapa tanda seru ni. Kalau lah wanita tahu betapa sakitnya sunat mereka akan menghargai lelaki. Internet kata lah saya ulang je, gurau-gurau.. ok sambung.

“Menangis Kejap Lepas Habis Ubat Bius” Dr Fitri Haris Sunatkan Anak Usia 2 Bulan, Bimbang Tak Sempat!

Dah sampai tu ada beberapa process yang berlaku saya listkan:

1. Doktor akan brief dulu macam mana proses khatan yang di jalankan. Masa ni hangpa tanyalah apa juga soalan nak tanya, soalan selepas khatan ka apa ka.

2. Selepas Brief, saya bawa Bilal ke bilik pembedahan (cewah nama tak nak kalah bilik rawatan je pun) hehe masa ni doktor dan assistant doktor 2-3 orang juga ada.. betul betul teliti.

3. Doktor akan bius dahulu masa ni saya selawat zikir nasyid semua keluar. Lagu barney n fren pun keluar. Masa ni baby ke bapak baby ke kena bius konfem teriak, yang bestnya bilal nangis aku lagi nangis!

Ads

4. Pastu doktor start sunatkan bilal, doktor saya guna kaedah laser. Lagi mudah dan cepat baik, tapi apa pun kaedah lain ok je. Ring ka.

5. Tak sampai 10 minit siap! Bilal pun diam dan kami balik.

“Menangis Kejap Lepas Habis Ubat Bius” Dr Fitri Haris Sunatkan Anak Usia 2 Bulan, Bimbang Tak Sempat!

Pengalaman yang sangat best! Lagi best sebab Doktor Syah yang sunatkan bilal ni, tenang je .. bila tanya apa- apa jawapan dia meyakinkan dan nampaklah expert serta pengalaman.

Terima kasih @kumpulan_megaklinik_zahran atas service tip top. Now jam 2 pagi, so far Bilal tak cranky Alhamdulillah.

Cuma jam 7 pm masa bius habis tadi je nangis kejap, pastu until now alhamdulillah, macam biasa. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.

“Menangis Kejap Lepas Habis Ubat Bius” Dr Fitri Haris Sunatkan Anak Usia 2 Bulan, Bimbang Tak Sempat!

Ads

Bimbang ajal sampai awal
Dalam pada itu kata Dr Fitri lagi, dia dan isterinya tekad kerana bimbang tidak berkesempatan melihat momen itu jika ajal sampai lebih awal.

” Sejujurnya terfikir umur dah nak dekat 40 tahun, saya tengok ramai kawan-kawan seusia dah meninggal. Jadi saya dan isteri buat keputusan selagi ada masa, lebih baik kami sunatkan, takut tak sempat.

” Saya dan isteri asyik fikir pasal mati je, kiranya kami tak nak terlepas tengok momen anak berkhatan,” kongsinya lagi.

 

Terdahulu, anak pertama pasangan ini, Bilal Habibi dilahirkan pada 28 Jun lalu di sebuah hospital di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menarik: Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak, Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi

“Menangis Kejap Lepas Habis Ubat Bius” Dr Fitri Haris Sunatkan Anak Usia 2 Bulan, Bimbang Tak Sempat!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Mstar & @fitriharisofficial

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI