Kasihan! Bila tengok video yang dikongsikan ibu ni, rasa tak sampai hati. Anaknya yang berusia lima tahun menangis kerana kesakitan apabila kedua-dua telinganya menjadi ‘tumpangan’ dua ekor sengkenit.
Menerusi portal mStar, Zuraina Mohd Sukri menceritakan tentang anaknya, Siti Hajar Husna Abdul Rahid atau Una mengadu telinganya sakit pada malam Sabtu.
Apabila ibunya tarik keluar sengkenit itu, saiznya dah besar sebutir nasi. Ibu ini percaya yang serangga itu sudah lama ‘duduk’ di telinga anaknya.
Telinga Membengkak Dan Merah-Merah
Apabila Una mengadu sakit, Zuraina segera memeriksa pada celahan telinganya yang kelihatan bengkak dan kemerah-merahan. Bila diperiksa Zuraina ternampak ada sengkenit di celahan telinga Una dan agak sukar untuk dikeluarkan.
Sebelum memutuskan untuk mengeluarkan sengkenit itu, Zuraina meletakkan minyak berasaskan daun bidara supaya mudah dikeluarkan. Menurutnya, ketika sengkenit dikeluarkan dari telinga pertama Una masih okay.
Namun, bila Zuraina mahu keluarkan sengkenit dari telinga kedua anaknya sudah meraung kesakitan. Mungkin kerana sudah tak tahan. Tambah ibu ini lagi, sengkenit itu besar dan dia memeriksa bahagian dalam telinga risau kerana risau ada yang lain.
Pernah Kena Gigit Tapi Tak Masuk Telinga
Cerita Zuraina lagi, sebelum ini Una pernah digigit sengkenit tetapi tidaklah sampai masuk dalam telinga. Ini merupakan kali ketiga anaknya digigit sengkenit.
“Saya terkejut tengok kutu tu besar, saya check juga dalam telinga. Takut ada dalam tu. Sebelum ni pernah kena gigit tapi syukur tak masuk dalam telinga,” cerita Zuraina.
Una Suka Main Dengan Kucing
Ibu ini juga merasakan sengkenit ini hinggap di telinga anaknya kerana Una suka bermain dengan kucing. Zuraina turut berkongsi caranya mengepit serangga itu sehingga mati sebelum ditarik keluar.
Mungkin sengkenit itu sudah hinggap di telinga Una selama dua ke tiga hari kerana awalnya ia kecil dan tak mendatangkan rasa sakit. Una tidak demam walaupun kebiasaannya jika terkena ‘serangan’ sengkenit ni boleh menyebabkan tak sedap badan.
Perkongsiannya di Tiktok telah mendapat perhatian ramai orang yang turut merasa simpati dengan Una yang menangis kerana kesakitan semasa ibunya menarik keluar serangga itu.
Zuraina turut berterima kasih kepada semua yang berkongsi tip kepadanya serta memberitahu yang anaknya dalam keadaan yang baik.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Hafidz Roshdi kerana telah bergelar bapa dan menimang cahaya mata perempuan Sabtu lalu.
Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Klang secara normal.
Hafidz yang mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada Mat Shukri pada April tahun lalu sangat teruja dengan kelahiran cahaya mata pertamanya walaupun di usia yang masih muda.
Dalam instagramnya, ramai peminat memberi ucapan tahniah kepada Hafidz dan isterinya dan mendoakan agar anaknya membesar dengan sihat serta menjadi anak solehah.
Kepada Hafidz selamat menjalani kehidupan sebagai bapa dan bimbinglah amanah yang diberikan dengan sebaiknya.
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah selamat melahirkan anak kedua pada 6 September lalu di sebuah pusat perubatan swasta, pengacara versatil, Jihan Muse, 39, mula memuat naik gambarnya seisi keluarga dengan berpakaian sedondon.
Perkongsian itu telah menarik perhatian rakan artis dan ramai peminatnya yang memuji Jihan semakin berseri-seri dan cantik.
Sebelum ini Jihan lebih selesa menjalani tempoh berpantang dengan tenang tanpa berkongsi gambar anak lelaki keduanya, Ungku Altamis Barr.
Si kecil Altamis juga membesar dengan sihat dan nampak bersemangat tubuhnya. Pada usianya yang telah pun mencecah 3 bulan, ramai yang geram dengan Altamis.
Malah muka Altamis juga seakan muka daddynya, Ungku Hariz. Kira adillah abang, Ungku Arsalan Haq ikut muka bonda.
Setakat ini perkongsian Jihan itu meraih lebih 67 ribu tanda suka daripada warganet.
Kebanyakan suami isteri akan membenarkan anak-anak untuk tidur bersama mereka. Yalah, anak manja katakan. Kadang-kadang tu, sampai dah besar pun masih tidur bawah ketiak ibu ayah. Tak salah tidur dengan anak, tetapi biarlah ada had masanya.
Dengan membenarkan anak-anak untuk tidur bersama, sebenarnya boleh mengganggu kemesraan suami isteri. Sebenarnya bilik tidur adalah satu tempat yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan antara suami dan isterinya. Akhtar Syamir, seorang penulis mengenai suami isteri, berkongsi tentang hal ini di laman Facebooknya.
Tempat tidur. Sedar atau tidak, ibu-bapa yang terlalu menurut kemahuan anak untuk tidur bersama si ibu sebenarnya sedang menyumbang kepada keretakan perhubungan sesama pasangan.
Kesian, tak sampai hati, tak suka dengar anak melalak sebab tak nak tidur asing sentiasa menjadi alasan yang menyebabkan suami dan isteri tidur berasingan.
Tidur berasingan ini sangat tidak baik sebenarnya. Mungkin ramai yang rasa waktu tidur adalah waktu tidur sahaja. Tetapi tidak. Waktu tidur adalah waktu di mana suami dan isteri sepatutnya berada di dunianya yang tersendiri.
Terasa kehangatan badan pasangan yang dicintai berada di sebelah. Segala sentuhan, pelukan, dakapan, urut-urutan dan usap-usapan menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam perhubungan.
Berhentilah mencari sebab kenapa anda dan pasangan tidak lagi ada perasaan seperti dulu. Cuba tengok antara benda terpenting di dalam perkahwinan, iaitu di bilik tidur dahulu.
Saya bukan bercakap mengenai seks. Saya bercakap mengenai masa peribadi bersama. Di siang hari, masing-masing sibuk dengan kerja dan anak. Kenapa di malam hari jugak disibukkan dengan hal yang sama?
Kemudian, sesi “Pillow Talk” juga susah untuk dibuat. Takut anak terjaga.
Pisahkan tempat tidur anak. Umur 2 tahun sepatutnya sudah boleh dipisahkan. Memang susah pada mulanya, saya faham. Tetapi benda ni memang penting untuk dilakukan. Jangan kita dibuli anak sendiri. Jangan pisahkan tempat tidur anda dan pasangan.
Memang nampak macam selalunya suami akan mengalah. Tetapi anda sebenarnya dalam kerugian. Jangan pelik jika suami anda akan kurang berasa sayang apabila setiap hari tidak tidur bersama isterinya. Mereka terasa sebenarnya.
Saya harapkan, kepada pasangan yang sedang dibuli oleh anak ini dapat berubah. Kita ibu-bapa, kita yang mencorakkan anak. Jangan terus biarkan diri dibuli.
Pada umur berapakah anak anda mula tidur sendiri? Jom kongsikan cara anda pisahkan anak.
Ada benarnya perkongsian ini. Kadang-kadang waktu nak tidur lah masa paling sesuai untuk kita berkongsi segala hal dengan pasangan. Inilah waktu terbaik untuk saling berkongsi perasaan dan masalah yang ada. Perbincangan di dalam bilik tidur juga boleh dilakukan dalam suasana yang lebih tenang dan mendamaikan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!