Jumaat nan mulia menjadi hari paling menggembirakan buat pelakon, Elfira Loy yang telah selamat menimang cahaya mata keduanya semalam.
Lebih menggembirakan kata Elfira, puteri kesayangannya yang lahir tepat jam 6.27 petang semalam itu disambut sendiri oleh suaminya, Farish Khairol Anuar.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi cerita dan khabar gembira kelahiran anak keduanya itu.
“Saya ada banyak foto tapi saya suka yang ini.
“Subhanallah, ayah is such a superhero, menangis mommy tengok ayah sambut awak sendiri ketika mommy tengah push you,” katanya berkongsi.
Malah katanya lagi, inilah pengalaman paling berharga buat mereka sekeluarga dan menjadi momen paling indah buatnya.
“Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga,” tulisnya.
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti dan pengikut Elfira di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran puteri yang begitu dinantikan semua.
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun. Kelahiran cahaya mata perempuan tambah melengkapkan lagi bahagia mereka bersama.
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!