Betapa luluh hati seorang suami ketika terpandang tubuh yang terbujur kaku dalam kemalangan yang kebetulan disaksikannya dalam hujan lebat adalah mayat isteri sendiri.

Kemalangan yang berlaku di Jalan Sungai Ular, Kulim kira-kira jam 1.30 petang (17 September) itu benar-benar tak disangka sama sekali oleh Ahmad Norrizman Ahmad Termizi.

Menangis Peluk Jasad Isteri Dalam Hujan. Sempat 7 Bulan Anak Dapat Kasih Ibu

Lebih menyedihkan, ketika sampai di tempat kejadian, suami mangsa yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus meluru ke arah Nur Almass Zasmi, 23, lalu memeluknya sambil menangis dengan diiringi hujan lebat.

Motosikal terbabas masuk bawah treler

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mangsa merupakan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan bekerja sebagai operator kilang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah treler.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK [Bertuahnya Safiya & Sofiya. Tak Sempat Rasai Kasih Ibu, Digantika Rezeki Kunjungan Pihak Istana]

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Melalui siasatan awal, kita mendapati mangsa dari arah Serdang ke Sungai Ular, manakala pemandu treler dari arah Sungai Ular ke Serdang.

Menangis Peluk Jasad Isteri Dalam Hujan. Sempat 7 Bulan Anak Dapat Kasih Ibu

IKLAN

“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang wanita tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke bawah treler sebelum digilis tayar belakang kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menangis Peluk Jasad Isteri Dalam Hujan. Sempat 7 Bulan Anak Dapat Kasih Ibu

Tinggalkan anak perempuan usia 7 bulan

IKLAN

Difahamkan, pasangan yang masing-masing merupakan OKU bisu itu bernikah pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang baru sahaja berusia tujuh bulan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Sinar Harian

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI