Menangis Rindu! Setahun Tak Jumpa Kerana Covid, Ayah Balik Buat Kejutan Pada Anak

Share

Betullah orang kata, pelukan dan kasih sayang ibu bapa adalah terapi buat anak-anak. Lagi-lagi anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa lagi. Seperti dalam situasi ini, kehadiran ayah yang ditunggu-tunggu sejak setahun lalu kerana terpisah setelah Covid-19 benar-benar mengundang sebak orang ramai.

Ramai sebenarnya yang senasib dengan keluarga ini, namun video yang dikongsikan oleh Puan Syazwana Jamal buatkan sesiapa saja menitik air mata melihat kerinduan anak-anak saat dapat memeluk ayah yang ada di depan mata.

Anak-anak terpaksa menanggung rindu kerana ayah mereka bekerja di luar negara dan tak boleh balik ke Malaysia seperti sebelum ini.

Selepas setahun terpisah antara Qatar & Malaysia

Akhirnya, selepas setahun anak-anak menunggu kepulangan ayah dia orang. Rasa macam mimpi. Mula sebelum PKP awal Mac 2020 ayah dia orang balik Qatar, sampailah sekarang Februari 2021 baru jumpa semula.

Bayangkan sebelum ni tiap-tiap bulan balik namun disebabkan Covid tak dapat balik. Asyik ulang-ulang kena bagitahu anak-anak ayah tak boleh balik sebab ada virus. Bahaya. Anak-anak sekecil 4 dan 5 tahun terpaksa kena faham.

Plan asal tahun lepas memang Akram nak balik awal bulan 2 sebab covid macam nak reda dah. Tiba-tiba Covid naik balik dekat Malaysia. PKP pulak. Jadi aku tak mengharap.

Diam-diam suami minta cuti 

Rupa-rupanya, diam-diam Akram minta cuti dan manager dia approved!

Dua hari before fly baru Akram bagitahu aku. Masa tu aku tengah kerja. Menggigil terus nangis. Aku macam tak percaya, tanya dia maknanya apa ni? Dapat cuti ke? Boleh balik ke? Dia cakap mula-mula nak suprisekan sampai balik Malaysia tapi kawan dia nasihatkan bagitahu isteri dan mak dia supaya kami boleh doakan yang terbaik untuk dia balik. Lagi-lagi masa nak buat swab test kat sana. Tu penentu segalanya. Kalaulah tetiba positif memang punah semuanya.

Alhamdulillah sehari sebelum balik dia buat test dan negatif. Jadi sampai KLIA dapat kuarantin 7 hari je kat Subang.

Akram tak balik for good. Cuma cuti sebulan. Tolak kuarantin seminggu Malaysia, seminggu Qatar masa balik sana nanti tinggallah 2 minggu untuk kami. Tu pun cuti dia dah tinggal 10 hari. Lepas ni tak tau lah macam mana nak balik lagi.

Menitis air mata, anak gembira jumpa ayah

Tapi kemudian punya cerita nanti lah. Yang penting anak-anak happy sangat-sangat sebab ayah dah janji bila masuk tadika baru ayah nak balik.

Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga. Tanpa doa keluarga dan kawan-kawan mungkin aku pun tak kuat. Bukan senang aku hidup sendiri kat Sepang bertiga dengan anak-anak tanpa Akram dan keluarga. Keluarga jauh kat Johor. Semua benda aku terpaksa hadap sorang. Sejak January 2017. 4 tahun dah.

Apa aku boleh cakap, Allah selalu ada dan tolong aku. Doa suami, keluarga dan kawan-kawan jadi semangat aku.

Kredit: Syazwana Jamal

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN