Lain anak lain rezekinya. Bagi pelakon Eyra Hazali, dia amat bersyukur bila mana dianugerahkan rezeki untuk terus menyusukan dua anaknya, Hayder dan Endra.
Walaupun diuji dengan terpaksa menjalani pembedahan pada tahun lepas, sehinggakan anak keduanya tidak mahu mengusu, namun Eyra tidak putus semangat.
Melalui Instagramnya, Eyra berkongsi cerita dua journey penyusuannya yang berbeza. Jika anak pertama dia bangga kerana dapat menyusu hingga usia hampir satu tahun namun lain pula kisahnya dengan anak keduanya.
Rupanya dek kerana menjalani pembedahan pada tahun lepas, Eyra mengakui dia tidak dapat menyusukan anaknya Endra sepenuhnya seperti abangnya, Hayder.
“Assalamualaikum semua. Today Eyra nak borak tentang breastfeeding. Untuk Hayder, susah juga pada mulanya tapi lama-lama jadi lebih baik daripada yang Eyra jangkakan sampai Eyra boleh susukan dia selama hampir 1 tahun! Satu perjalanan yang menakjubkan baginya.
“Bila dapat tahu pregnant kan Endra pula, rasa tak sabar nak breastfeed and pump sebab itu antara moment yang sangat berharga eventhough kita penat.
Ads
“Tapi apakan daya, saya tak dapat nak menyusukan Endra sepenuhnya kerana pembedahan yang saya lakukan tahun lepas,” kongsi Eyra lagi.
Bahkan kata Eyra, disebabkan hal itu dia terpaksa berusaha keras untuk kembali menyusukan anaknya biarpun dalam tempoh yang sukar.
Malah paling membuatkan ibu cantik manis ini jadi sayu hati bila mana melihat anaknya yang sering menangis kerana tidak kenyang.
Tidak patah semangat, akui Eyra lagi, dia cuba berusaha sebaik mungkin dan kini dia bersyukur Endra hanya mahu menyusukan secara terus sahaja berbanding minum dari botol susu.
Ads
“Doctor ada bagitahu dan doctor pun bagi semangat supaya saya tak giveup and I have to work hard.
“Endra selalu sangat menangis sebab tak kenyang tapi saya tahu saya perlu terus beri yang terbaik untuk anak saya.
“Of course, Eyra berusaha untuk cuba dan Eyra cari keperluan penyusuan untuk memotivasikan saya untuk menyusukan anak saya dan alhamdulillah, kini kebanyakan masa Endra memang nak direct feed.
“This moment bukan saja bagi kepuasan pada Eyra but also perasaan lega sebab Eyra tahu my Endra akan sentiasa kenyang and happy,” kongsinya lagi.
Pelakon, Hanis Zalikha menyatakan rasa terharu dan sebak melihat zuriatnya di depan mata. Menerusi perkongsianya di instagram, dia memberitahu terharu melahirkan Alisa kerana terasa lama Alisa, anak keduanya itu berada di dalam perut.
Hanis yang mendirikan rumahtangga bersama Hairul Azreen dikurniakan sepasang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 3 tahun dan Alisa Aisyah (18 hari).
Muka-muka pagi kesayangan saya. Masih terharu sebab dah beranak, sebab terasa lama @thealisaaisyah dalam perut. Sekarang dua beradik dah ada dalam hidup Mommy Daddy
Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira,Di bulan ramadhan ni isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59pm , Dua2 anak Daddy lahir hari Jumaat, Thank you Mommy @haniszalikha Thank you sayang Thank you my bam bam
Rata-rata netizen geram melihat kecomelan Yusuf dan Alisa. Ada juga yang menyatakan rupa Alisa saling tak tumpah seperti Yusuf Iskandar.
Gelagat pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia tidak pernah membosankan. Ada sahaja aksi pasangan ini yang mencuit hati ramai dengan gelagat mereka.
Datuk Fizz Fairuz yang terkenal dengan sifat lucu dan suka menyakat isteri kali ini turut membuatkan ramai yang ketawa berdekah.
Aksi dan celoteh Fizz yang merawat isterinya ketika sedang sakit buat ramai yang terhibur.
Baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang cyst serta kandungan luar rahimnya, Almy turut ketawa tanpa henti saat disakat suaminya yang tampil sebagai seorang doktor ketika merawatnya di rumah.
Tidak hanya membawa ubat-ubatan ketika merawat bahkan suami kepada empat orang cahaya mata ini tampil lengkap berpakaian ala doktor yang lengkap tertulis namanya sendiri.
“Saya masuk dulu, assalamualaikum. Jangan terkejut eh, kita cuma nak tahu mana urat,” seloroh Fizz yang hanya menggunakan peralatan berupa permainan anaknya.
Malah Fizz juga turut muncul dengan lengkap berpakaian sut PPE khusus buat isterinya.
Gurauan dan gelagat Fizz sudah semestinya dipuji wargamaya malah ramai yang menyifatkan Fizz sebagai seorang suami yang pandai mengambil hati dan menceriakan isteri yang sedang sakit.
Jika anda masih menyusukan anak anda dan anda perlu ke luar negara, hal ini merisaukan kerana ia melibatkan tempoh masa yang lama dan penerbangan antarabangsa. Apakah panduan dan tip yang boleh anda lakukan supaya penghasilan susu tidak berkurangan dan tip memerah serta menyimpan ketika ke luar negara? Disini juga anda perlu tahu bagaimana boleh anda bawa pulang susu perahan dengan selamat ke tanah air melalui penerbangan antarabangsa?
Untuk memastikan penghasilan susu tidak terjejas ketika berpisah dengan bayi, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah ini.
1.Sebelum berlepas
Sediakan bekalan susu ibu sebelum meninggalkan bayi untuk kegunaan semasa ketiadaan anda. Kumpul bekalan beransur-ansur dalam beberapa minggu lebih awal daripada pemisahan yang dirancang. Bayi yang tidak pernah disusui susu ibu perahan menerusi susu dari botol atau cawan juga akan memerlukan peluang untuk berlatih kemahiran ini dengan penjaga yang lain sebelum anda berlepas. Ibu yang tidak dapat menyusukan dalam tempoh masa yang panjang mungkin akan menghadapi pengurangan penghasilan susu. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan bekalan susu semasa perpisahan bergantung pada faktor-faktor ini;
Jumlah masa untuk membuat persediaan
Tempoh dan destinasi perjalanan
Fleksibiliti anda dalam penggunaan masa semasa dalam perjalanan
Dalam kebanyakan kes, sekembalinya ibu, penyusuan secara terus oleh si manja akan membantu mengembalikan bekalan susu ibu ke tahap yang sepatutnya. Namun, ada juga keadaan di mana dalam perpisahan yang berpanjangan, bayi atau kanak-kanak yang telah terbiasa dengan menggunakan botol atau cawan akan menghadapi kesukaran beralih kembali ke payudara.
Mengekalkan penghasilan susu semasa keluar negara
Masukkan dalam jadual perjalanan untuk memerah susu ibu. Jadualkan seperti kekerapan anak anda menyusu (biasanya setiap 2-3 jam untuk bayi berumur kurang daripada 6 bulan) akan membantu ibu mengekalkan bekalan susu. Sudah tentu, perpisahan yang lama ini akan menyebabkan bekalan susu sukar dikawal. Secara umum, pemisahan seminggu atau kurang biasanya tidak menimbulkan masalah besar bagi seorang ibu yang ingin mengekalkan penyusuan semasa pemisahan dari anaknya. Ibu mungkin perlu merancang kaedah alternatif mengeluarkan susu ibu. Perahan yang sekejap boleh dilakukan secara manual atau dengan bantuan bateri yang kecil atau pam payudara manual. Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan bekalan susu yang banyak dalam tempoh masa yang panjang, pam elektrik payudara gred hospital lebih membantu.
Penyimpanan susu ketika di luar negara
Susu perahan perlu disimpan di dalam bersih, steril dan bertutup rapat seperti botol simpanan khas. Susu boleh disimpan dan diangkut dalam beg pendingin dengan ais kering. Susu yang baru di perah adalah selamat untuk kegunaan bayi walaupun disimpan pada suhu bilik enam hingga lapan jam. Susu segar boleh disimpan dengan selamat dalam beg terlindung sejuk dengan pek ais beku sehingga 24 jam sebelum dipindahkan ke dalam peti ais. Apabila susu disejukkan, ia perlu kekal sejuk sehingga susu yang diberikan kepada bayi. Susu yang beku boleh digunakan selama sejak selepas dicairkan sepenuhnya. Anda perlu mendapatkan tempat penyimpanan yang selamat dan suhu yang sesuai dalam sebelum dibawa balik. Jika boleh, pembekuan semua susu dan membawanya kembali dalam beg atau kotak pendingin atau terlindung beg amat disyorkan. Jika tiada kemudahan untuk menyimpan susu perahan yang sesuai, ia perlu dibuang sebelum pulang. Sebelum susu dibuang, catatkan jumlah susu yang diperah supaya anda boleh menganggar sama ada penghasilan susu baik atau merudum.
Penerbangan
Anda perlu mengisytiharkan susu perahan di kastam. Sila dapatkan surat sokongan daripada mana-mana hospital atau klinik terdekat. Pam payudara elektrik adalah dianggap barangan peribadi semasa perjalanan udara dan boleh bawa dan disimpan tempat duduk penumpang, sama seperti sebuah komputer riba. Dapatkan surat sokongan dari Perunding Laktasi berdekatan.
Imunisasi semasa menyusu
Jika anda melancong ke negara yang mungkin memerlukan imunisasi tertentu, sila berbuat demikian dengan segera sebelum perjalanan. Kebanyakan ibu-ibu menyusu boleh mengambil imunisasi berdasarkan cadangan untuk jadual perjalanan tertentu. Ini imunisasi tidak mengganggu penyusuan. ibu.
Kit kesihatan pengembara
Kebanyakan barangan termasuk dalam kit kesihatan kembara serasi sepenuhnya dengan susu ibu. Di samping itu, ibu yang menyusukan anaknya mungkin perlu membaca krim antikulat membantu dalam merawat jangkitan payudara juga dikenali sebagai seriawan. Ubat-ubatan lain yang boleh dibawa ialah cirit-birit, loya, sakit kepala dan lain-lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.