“Menangis Sebab Anak Tak Kenyang” Dua Journey Penyusuan Berbeza, Eyra Hazali Kongsi Cerita!

Share

Lain anak lain rezekinya. Bagi pelakon Eyra Hazali, dia amat bersyukur bila mana dianugerahkan rezeki untuk terus menyusukan dua anaknya, Hayder dan Endra.

Walaupun diuji dengan terpaksa menjalani pembedahan pada tahun lepas, sehinggakan anak keduanya tidak mahu mengusu, namun Eyra tidak putus semangat.

Melalui Instagramnya, Eyra berkongsi cerita dua journey penyusuannya yang berbeza. Jika anak pertama dia bangga kerana dapat menyusu hingga usia hampir satu tahun namun lain pula kisahnya dengan anak keduanya.

Rupanya dek kerana menjalani pembedahan pada tahun lepas, Eyra mengakui dia tidak dapat menyusukan anaknya Endra sepenuhnya seperti abangnya, Hayder.

“Assalamualaikum semua. Today Eyra nak borak tentang breastfeeding. Untuk Hayder, susah juga pada mulanya tapi lama-lama jadi lebih baik daripada yang Eyra jangkakan sampai Eyra boleh susukan dia selama hampir 1 tahun! Satu perjalanan yang menakjubkan baginya.

“Bila dapat tahu pregnant kan Endra pula, rasa tak sabar nak breastfeed and pump sebab itu antara moment yang sangat berharga eventhough kita penat.

“Tapi apakan daya, saya tak dapat nak menyusukan Endra sepenuhnya kerana pembedahan yang saya lakukan tahun lepas,” kongsi Eyra lagi.

Bahkan kata Eyra, disebabkan hal itu dia terpaksa berusaha keras untuk kembali menyusukan anaknya biarpun dalam tempoh yang sukar.

Malah paling membuatkan ibu cantik manis ini jadi sayu hati bila mana melihat anaknya yang sering menangis kerana tidak kenyang.

Tidak patah semangat, akui Eyra lagi, dia cuba berusaha sebaik mungkin dan kini dia bersyukur Endra hanya mahu menyusukan secara terus sahaja berbanding minum dari botol susu.

“Doctor ada bagitahu dan doctor pun bagi semangat supaya saya tak giveup and I have to work hard.

“Endra selalu sangat menangis sebab tak kenyang tapi saya tahu saya perlu terus beri yang terbaik untuk anak saya.

“Of course, Eyra berusaha untuk cuba dan Eyra cari keperluan penyusuan untuk memotivasikan saya untuk menyusukan anak saya dan alhamdulillah, kini kebanyakan masa Endra memang nak direct feed.

“This moment bukan saja bagi kepuasan pada Eyra but also perasaan lega sebab Eyra tahu my Endra akan sentiasa kenyang and happy,” kongsinya lagi.

 

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM