Anak-anak kembar seringkali menjadi perhatian apabila berada di tempat awam. Berbaju sedondon, wajah seiras, ketinggian lebih kurang sama, bermain bersama, keletahnya sangat mencuit hati. Ramai yang jatuh cinta dengan anak kembar, tidak kurang juga ramai yang mengimpikan untuk memiliki anak kembar.
Namun, adakah anda telah bersedia mental dan fizikal untuk memelihara dan membesarkan mereka? Tidak sama dengan membesarkan dua orang anak anda yang selang setahun umurnya. Ianya begitu berbeza kerana anak kembar ini umurnya sama, perkembangannya sama, akalnya sama, lasaknya sama.
Kadang-kala bayi kembar menangis serentak, ibu ayah pun jadi keliru mahu menenangkan siapa terlebih dahulu. Oleh itu, saya mahu mengatakan bahawa kedua ibu ayah perlu memainkan peranan yang sama banyak dalam membesarkan anak kembar. Lebih-lebih lagi semasa bayi berumur bawah 1 tahun yang memerlukan lebih perhatian. Di sini saya ingin berkongsi tips menguruskan anak kembar kepada ibu dan ayah.
1) Bahagi tugas
Berdasarkan pengalaman saya yang mempunyai anak kembar, kedua ibu dan ayah perlu berbincang dan berbahagi tugas. Bukan sahaja tugas menjaga anak, ianya juga meliputi tugas menguruskan rumah dan juga tugas di pejabat. Sebagai contoh, ketika ibu sedang menidurkan kembar A yang mengamuk mahu tidur, si ayah boleh melayan kembar B yang ingin bermain. Dalam menyelesaikan kerja rumah, ibu ayah juga perlu berbahagi tugas. Ibu membasuh pakaian, kemudian ayah menyidainya jika ibu tidak sempat. Apabila ibu mempunyai kerja pejabat yang perlu diselesaikan di rumah, ayah boleh mengambil alih membantu menjaga anak. Pembahagian tugas ini perlu dibincang, dan dipersetujui sejak sebelum si kembar lahir lagi. Dengan itu, selain sibuk menjaga bayi kembar, kerja-kerja lain pun dapat diselesaikan. Ingat, ayah jangan hanya berharap kepada ibu, dan ibu juga jangan hanya berharap kepada ayah. Kedua-duanya ada peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jangan beri tekanan kepada salah seorang sahaja untuk menguruskan si kembar. Kedua ibu ayah mesti bekerjasama.
Ads
2. Bahagi kasih sayang
Ibu ayah perlu bijak memainkan peranan. Menguruskan anak kembar memang sulit. Apatah lagi apabila seorang demam, seorang lagi berpotensi untuk demam juga kerana mereka sentiasa berdampingan bersama, mudah untuk virus merebak. Dalam bab kasih sayang, anak kembar kadang-kala mempunyai rasa cemburu terhadap kembarnya sendiri. Oleh itu, ibu ayah harus bijak mencari solusi dalam hal ini. Kerana itulah anak kembar seringkali dipakaikan baju yang sama, dan dibelikan barang-barang yang sama. Ini salah satu cara untuk meminimumkan rasa cemburu antara mereka. Apabila salah seorang menangis, berilah perhatian kepadanya dahulu. Jika kedua-duanya menangis serentak, di sinilah kreativiti dan kesabaran ibu dan ayah diperlukan. Tugas ini ternyata mencabar, dan kadang-kala ibu ayah juga bimbang tidak mampu memberi kasih sayang yang sama rata. Buat yang terbaik semampunya.
Ads
3. Ikut jadual
Ibu ayah anak kembar pastinya ada cara menguruskan anak mengikut keselesaan dan keutamaan yang tersendiri. Sebenarnya, cara paling berkesan dan teratur tanpa rasa sangat terbeban adalah dengan membuat jadual harian. Jadual atau rutin ini adalah berbeza dari hari pertama si kembar lahir sehinggalah besar. Ini sangat perlu supaya ibu ayah dapat menguruskan masa dengan lebih bagus, dah mempunyai masa untuk berehat walaupun sekejap. Ianya nampak remeh, tapi percayalah ia dapat memberi impak yang besar untuk rumahtangga yang lebih harmoni dan kurang bebanan dan tekanan. Sebagai contoh dalam keluarga saya, kami mempunyai jadual yang berbeza untuk hari minggu dan hari bekerja. Untuk rutin hujung minggu pastilah lebih panjang kerana si kembar berada 24 jam dengan kami. Tentukan masa untuk si kembar tidur serentak (sebaik-baiknya jika boleh), masa makan yang sama setiap hari, dan masa yang sama untuk tidur setiap hari. Bayi harus dibiasakan dengan rutin sejak lahir.
4. Berkorban
Benar kata orang, membesarkan anak kembar ini, penat dan letihnya dua kali ganda. Harus berkorban dua kali ganda juga dari segi kewangan. Jika anak kembar tiga, akan jadi tiga kali gandalah semuanya. Sebelum lahirnya anak kembar, ibu ayah harus bersiap sedia secara fizikal dan mental. Banyakkan membaca buku-buku panduan menguruskan anak kembar. Bertanya kepada ibu ayah lain yang ada pengalaman dengan anak kembar. Barang-barang keperluan bayi juga perlu disediakan untuk dua orang. Apabila mereka lahir,ibu ayah harus berkorban dari sudut lain pula. Tekanan dan perasaan penat sememangnya ada. Ibu dan ayah bergilirlah menjaga si kembar. Beri peluang antara satu sama lain bergilir untuk berehat juga. Kedua-duanya harus ringan tulang dan tahu peranan masing-masing.
Semakin si kembar membesar, lain pula cabaran yang ibu ayah bakal hadapi. Bersabarlah, semua kepenatan dan tekanan ini hanya sementara. Melihat keletah mereka setiap hari akan menjadi hiburan dan pengubat buat ibu ayah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mama baring atas katil sambil tengok awak lena. Kamu dah tidur beberapa jam yang lalu, itulah yang kita berdua perlukan. Hari ni bukanlah hari yang mudah untuk kita.
Waktu kita makan tadi, Mama kira jam untuk sampai waktu tidur. Mama berkira-kira menunggu kalau adanya masa untuk Mama berehat kerana menjagamu bukannya mudah. Macam-macam emosi Mama rasakan. Ada masanya nak uruskan perasaan awak tu pun dah sangat susah sebab Mama anggap itu juga apa yang Mama rasa.
Letihnya Mama adalah dari sudut fizikal dan emosi. Tapi bila kamu tidur, Mama baring di sebelah kamu dan peluk tubuh kecilmu. Ketika itulah Mama dengar dengkuran lembut kamu. Mama lihat dadamumu berombak tenang sambil kamu menghela nafas. Mama pegang tangan kamu dan Mama ciumnya. Betapa manisnya perasaan itu. Biarpun kami semakin besar, pada Mama kamu masih kecil. Ketika inilah Mama tewas, Mama menangis.
Mama menangis kerana kasih sayang Mama sangat besar untuk kamu melebihi yang hati Mama mampu tanggung.
Mama menangis bila tengok betapa cepat kamu membesar, dulu masih bayi. Sekarang dah bersekolah.
Mama menangis kerana Mama rasakan tak layak untuk Mama miliki kamu. Kamulah yang menjadikan Mama seorang ibu.
Mama menangis kerana ada ketikanya Mama hilang sabar denganmu. Mama akui, emosi Mama bagaikan roller coaster.
Mama menangis kerana perlakuan kamu kadang-kadang buat Mama naik angin, tetapi sebenarnya itu hanya usaha kamu untuk menarik perhatian Mama.
Mama menangis kerana kamu sepatutnya mendapat ibu terbaik dalam dunia, tetapi Mama hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan.
Bila kamu hadir dalam hidup Mama, kamulah yang mengajar segalanya. Buat Mama menjadi seorang ibu. Jangan pernah kamu persoalkan tentang cinta, kerana bagi Mama kamulah CINTA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah menyambut kelahiran cahaya mata, mak ayah jangan terlupa atau melengahkan pendaftarkan anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini penting.
Pendaftaran adalah percuma dan perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kelahiran.
Sebagai persediaan awal, ini panduan dan kelengkapan dokumen yang perlu mak ayah sediakan ketika mendaftarkan anak seperti perkongsian Hai Momy di laman TikTok.
1. Bawa surat doktor yang diserahkan semasa proses discaj
Selepas isteri keluar hospital, doktor bertugas akan memberi satu surat yang bertajuk Urusan Seri Paduka Baginda.
Jadi, bawalah surat tersebut ke Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran anda untuk proses pendaftaran kelahiran.
2. Dokumen penting yang perlu dibawa
Mereka yang pertama kali melakukan pendaftaran kelahiran selalu tercicir dokumen atau mengalami masalah dokumen tidak lengkap.
Oleh itu, sebelum bergerak ke JPN, pastikan:
Borang pendaftaran kelahiran
Borang pengesahan kelahiran (asal)
Dokumen pengenalan diri ibu dan ayah (asal dan salinan)
Sijil nikah (asal dan salinan)
Buku ibu hamil atau buku pink (asal dan salinan)
3. Dapatkan nombor giliran di kaunter
Dalam tempoh ini, anda boleh lengkapkan dokumen berkaitan kelahiran dan mengisi nama pilihan untuk si manja.
Kemudian tunggu nombor giliran anda dipanggil dan pastikan butiran di dalam dokumen permohonan tersebut betul.
4. Proses pendaftaran siap
Kebiasaannya proses pendaftaran kelahiran siap dalam tempoh 10 minit sekiranya segala dokumen penting lengkap.
Selepas menerima surat beranak si manja, pasti anda akan diselubungi rasa terharu.
Paling penting, anda perlu melakukan pendaftaran dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kelahiran kerana kelewatan akan merumitkan proses kelulusan.
Lumrah bila anak-anak kecil melakukan kesilapan, orang dewasa juga tidak terlepas daripada melakukanya. Namun anak-anak ini dalam proses untuk berkembang dan belajar tentang kehidupan.
Jika tidak diperbetulkan dan tidak diberitahu tentang kesalahanya, anak-anak akan simpan di dalam minda bahawa perkara tersebut betul dan akan tetap melakukan kesilapan tersebut sehingga besar.
Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung
Teguran itulah yang dapat mendidik mereka menjadi manusia yang tahu menghormati orang lain dan bersopan satu hari nanti. Jika dibiarkan maka jadilah seperti Sazali dalam filem “Anakku Sazali lakonan dan arahan P.Ramlee.
Saya pernah jumpa dua orang adik beradik yang sangat ‘biadap’. Umur lebih kurang 6 tahun. Orang lain tengah solat, diorang selamber je pergi keluarkan ikan daripada akuarium kat tepi surau tu dan bunuh ikan-ikan tu semua!
Saya okey lagi kalau memang ayah dia dah tegur dan nasihat tapi masalahnya ayah dia buat benda tu macam tak ada apa-apa! Kononnya macam ” alaaa..biasa la budak-budak
“Aduh! Parah!
Lebih parah lagi kalau salah belajar Ilmu Parenting. Katanya tak boleh sebut langsung perkataan JANGAN pada anak-anak. Bukan tak boleh langsung sebenarnya tapi kena tahu caranya.
Bila nak larang anak dengan perkataan JANGAN kita kena letak SEBAB dan PILIHAN/SOLUSI selepas teguran kita tu. Contohnya :
“Adik JANGAN bawa makanan masuk bilik SEBAB semut suka benda manis ( ni SEBAB ) Nanti semut ikut adik masuk bilik. Sakit kan kalau semut gigit. Kalau adik nak makan, adik makan la dekat meja ni ( ni PILIHAN/SOLUSI ) ”
Dalam surah Luqman Ayat 13 pun Luqman guna perkataan JANGAN untuk larang anaknya. Luqman pun siap bagi sebab ( reason ) sekali bila dah larang anaknya.
Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seatbelt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya.
Tolong sebarkan benda ni pada pasangan dan keluarga kita ye. Tolong sangat
p/s : Jom belajar ilmu cara nak didik anak di Telegram saya. Klik je link ni kalau nak belajar cara nak didik anak ? t.me/NotaTaufiqRazif
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.