Bila berlaku kecemasan seperti tangan anak berdarah atau sebagainya, tangisan adalah reaksi pertama yang dapat dilakukan anak kecil kita untuk memberitahu keadaan mereka. Esakan semakin kuat dan berlarutan pastinya terus membuatkan kita semakin cemas. Jangan panik kerana kitalah yang mampu menenangkan si kecil.

Menerusi perkongsian di facebook, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi satu langkah mudah yang dapat menenangkan anak ketika berada di waktu kecemasan. Malah beliau juga berkongsi cerita anaknya yang terluka terkena kaca. Menangis tanpa henti dan pendarahan yang banyak, ini yang dilakukan kepada anaknya. Cepat-cepat kita bertindak seperti yang disyorkan oleh beliau.


Tangan anak sulung saya ni baru je lepas basah lencun dengan darah. Tadi masa dah selesai mandi dan keluar bilik air, dia duk selongkar barang kat dalam almari buku seorang diri. Entah macam mana jari telunjuk dia terhiris pada bahagian tepi cermin kaca dekat almari tu sampai terkoyak besar.

Menangis Tak Berhenti, Jangan Biar Anak Makin Panik & Cemas, Cepat-Cepat Buat Langkah Ni!

Darah merah mengalir keluar dari luka tu dah macam air, tak nak berhenti. Empat lima helai tisu kat tangan dia semuanya habis lencun dengan darah. Esakan dia mulanya perlahan tapi tak lama kemudian tiba-tiba dia bertempik nyaring. Saya tahu dia tengah sakit sangat-sangat sebab tangisan dia tu lain macam.

Terkejut jugak bila terpandang tapak tangan yang berlumuran darah tu. Cepat-cepat saya compress kuat-kuat luka kat jari dia tu dengan tisu bersih yang lain. Sambil tu saya peluk dia erat-erat.

Pelukan ni nampak macam remeh tapi sebenarnya pelukan dari kita mak ayah ni akan stimulate badan anak untuk rembeskan hormon endorphin.

IKLAN

Hormon tu berfungsi macam ubat tahan sakit lalu buatkan otot badan anak kita jadi lebih tenang dan melegakan fizikal dia yang tengah tersiksa tu.
Lepas tu satu demi satu tisu saya tambah dan compress kat luka tu sebab darah masih lagi mengalir. Sempatlah tengok sepintas lalu. Memang agak besar kulit jari yang terkoyak tu.

Tak lama kemudian luka dah mula ada tanda nak berhenti berdarah. Cepat-cepat saya alirkan air bersih kat kawasan luka tu sebelum cover dengan kain perca bersih ni dan balut kuat-kuat.

Menangis Tak Berhenti, Jangan Biar Anak Makin Panik & Cemas, Cepat-Cepat Buat Langkah Ni!

Syukurlah saya perhatikan dah tak ada tanda pendarahan pada balutan tu.Tapi tak boleh nak happy lagi. Saya kena perhatikan jugak progress luka tu takut-takut ada tanda jangkitan kuman.

IKLAN

Boleh jadi kawasan luka tu akan jadi sangat-sangat sakit, kulit kat keliling tu bertukar warna kemerah-merahan atau bernanah. Tiba-tiba demam pun tanda yang tak bagus jugak. Harap-harap tak berlakulah macam tu.

Selain dari masalah jangkitan, kalau anggota badan anak kita terluka dan ada pulak masalah macam kat bawah ni, kena cepat bawak ke fasiliti kesihatan untuk dapatkan rawatan yang lebih baik:
👉 Kalau luka tu terlampau dalam atau pun gap luka tu besar sangat
👉 Darah tak berhenti mengalir walaupun dah tekan dan balut luka tu kuat-kuat.
👉 Luka berlaku dekat bahagian muka
👉 Ada kotoran yang banyak di bahagian luka. Ni wajib kena bersihkan dengan teliti.
👉 Anggota tu jadi kebas sampaikan anak beritahu dia tak rasa apa-apa
👉 Atau pun luka tu disebabkan gigitan manusia atau binatang

Tolong #kongsikan pasal benda ni pada pasangan dan ahli keluarga yang lain jugak ya.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

IKLAN

Menangis Tak Berhenti, Jangan Biar Anak Makin Panik & Cemas, Cepat-Cepat Buat Langkah Ni!

EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI