Hanya beberapa hari sahaja lagi menyambut Ramadan, menjadi detik yang sangat menyedihkan buat empat beradik yang kehilangan ibu bapa serentak setelah terlibat t dalam kemalangan maut di Kuala Kubu Bharu.
Difahamkan, motosikal yang ditunggang pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Mohd Adly bin Ahmat dan Intan Safinaz binti Mohd Haris, telah terbabas di lorong tengah sebelum dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Saga FL.
“Mana satu mama saya….”
Pengurusan jenazah dan pengebumian berjalan lancar, namun, apa yang merentap jiwa ramai yang hadir pada majlis pengebumian itu adalah apabila salah seorang anak mangsa bertanyakan yang mana satu jenazah ibunya.
Pertanyaan anak itu telah membuatkan suasana bertambah pilu, anak-anak tidak dapat mengetahui yang mana satu jenazah ibu dan bapa mereka kerana kedua-dua wajah ditutup ekoran keadaan jenazah yang agak kritikal.
Disolatkan ratusan jemaah…
“Ratusan tetamu yang hadir mengalirkan air mata saat melihat anak-anak arwah yang masih bersekolah itu menangisi pemergian kedua orang tua mereka yang disayangi ketika jenazah diturunkan ke liang lahad satu-persatu…”
“Mana Satu Mama”? Menangis Tetamu Saat 4 Beradik Bertanyakan Soalan Itu. Sekelip Mata Yatim Piatu
4 Kali Solat Jenazah!
Solat jenazah kali ketiga didirikan di rumah tersebut dan masih ramai yang ingin menunaikan solat jenazah namun kerana ruang tidak mencukupi, jenazah-jenazah tersebut dibawa ke Masjid Kariah Kg. Paya untuk disolatkan kali keempat di sana dengan ratusan lagi sahabat-handai dan orang kampung. Allahuakbar, amalan besar apakah yang arwah suami isteri ini lakukan sewaktu hayatnya sehinggakan solat jenazah mereka sahaja sampai 4 kali?!
Setelah selesai solat jenazah, lebih kurang jam 6 petang kedua-dua jenazah pasangan suami isteri tersebut dibawa ke Tanah Perkburan Islam Kariah Kg. Paya Port Dickson untuk disemadikan dengan dibantu pasukan Skuad dari SPJM Negeri Sembilan.
Ratusan tetamu yang hadir mengalirkan air mata saat melihat anak-anak arwah yang masih bersekolah itu menangisi pemergian kedua orang tua mereka yang disayangi ketika jenzah diturunkan ke liang lahad satu-persatu.
Suasana mendung petang Jumaat seolah mengerti betapa peritnya jiwa anak-anak kecil ini untuk menghadapi kenyataan yang memeritkan ini. Namun takdir yang Allah swt tetapkan, pasti mengandungi hikmah disisi-Nya. Dia lebih menyayangi kedua-dua arwah.
Semoga arwah suami dan isteri ini diberikan rahmat dari Allah swt dan diampunkan segala dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.
Arwah seorang yang sangat menyenangkan
Menurut perkongsian daripada pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia di Facebook, segala urusan pengebumian ditanggung sepenuhnya oleh rakan-rakan pasangan tersebut yang bekerja di Texas Instrumental.
Lebih mengharukan, arwah Mohd Adly disifatkan sebagai seorang yang sangat baik dan menyenangkan dan telah dikebumikan dalam satu liang lahad di kampung halaman arwah di Kg. Paya, Port Dickson. Al Fatihah.
Sumber : Muhammad Rafieudin Zainal Rasid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI