Tya Ariffin atau nama sebenarnya Nutria Wulandari Ariffin isteri kepada Asyraf Dato’ Khalid telah mengamalkan pemakanan jamu sejak zaman kanak-kanaknya lagi sehingga kini. Jamu yang pertama diamalkan ialah jamu beras kencur.
Walaupun sibuk dengan perniagaan Jamu Mutyara diusia mudanya iaitu 24 tahun, tapi Tya tetap menyusukan Arif Jiwa Asyraf sepenuhnya katanya ketika ditemui di pelancaran produk jamu Mutyara.
Jamu juga boleh diamalkan oleh ibu yang menyusukan anak. Jamu boleh menambahkan susu badan kerana antara bahan yang terdapat dalam jamu mutyara ialah kurma.
Fungsi kurma itu sendiri untuk menambah susu badan ibu. Siapa yang mengamalkan jamu tentu susu badanya akan bertambah.
Tya masih menyusukan Arif sepenuhnya sehingga sekarang dan Tya juga sibuk menguruskan perniagaan. Jadi Tya akan simpan stok susu untuk Arif. Tya akan pam dan simpan untuk Arif kerana Arif memang susah untuk berjauhan dengan Tya.
Kurang waktu bersama kawan kerana sibuk menumpukan perhatian.
Tya bersyukur di umur muda (24 tahun) Tya sudah ada suami, anak dan perniagaan sendiri. Mungkin ramai kawan-kawan yang masih enjoy dengan kehidupan sendiri tapi bagi Tya, ini suatu cabaran dan kebahagiaan untuk Tya. Ternyata kehidupan Tya lebih seronok bersama suami dan anak. Mungkin cara kita berseronok tu lain dan Tya gembira dengan jalan yang Tya pilih.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mungkin Orang Luar Anggap Mengada-Ngada, Tapi Ini Yang Patut Ibu Buat Sepanjang Berpantang
Wanita mengandung dan baru melahirkan anak selalunya akan menitikberatkan amalan berpantang. Itu tak boleh ini tak boleh supaya dapat kembali cergas dan bertenaga. Tapi adakah kita terfikir rehat yang cukup, emosi stabil sangat penting untuk proses pemulihan bagi wanita lepas bersalin.
Ini yang selalu diambil ringan oleh ibu lepas bersalin. Ada yang sekadar seminggu atau dua minggu berehat dan selepas itu mulalah buat kerja rumah atas alasan tertentu. Ya betul isteri perlu buat tapi adakah suami fikir kesan jangka masa panjang ini jika biarkan isteri buat semua urusan rumah tangga masa dalam pantang?
Berikut antara kupasan yang diberikan oleh Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Saleh yang berlaku kini dan mungkin salah satu punca yang memberi tekanan dalam diam buat seorang wanita bergelar ibu.
Saya fikir amalan ‘berpantang’ selepas bersalin perlu dijenamakan semula agar lebih bersifat mesra syariat dan mengikut fitrah insaniah yang tepat.
Wanita bersalin bukan sekadar perlu diperingatkan agar melangkah perlahan, tidak boleh membaca, makan dan minum sekadarnya, memakai stokin sepanjang masa, mengikat tocang ketat-ketat, berpilis di dahi, mesti berurut, bertungku dan berdian dan mandi dengan dedaunan wangi. Ini untuk sihat tubuh badan (mungkin) dan supaya kembali cantik (?).
Yang wanita bersalin mahu ialah perkongsian tanggungjawab dan bantuan menguruskan diri, anak-anak serta bayi yang baru lahir. Seluruh tubuh yang sakit tidak memungkin mereka berjalan ke hulu dan ke hilir, membongkok dan mengiring melakukan rutin harian, walaupun yang mudah…apatah lagi mengejar anak yang lasak.
Badan yang masih lemah amat perlukan rehat yang panjang. Ibadah khusus pun Allah rehatkan, ada yang sehingga 60 hari. Bagaimana pula mereka dibiarkan memasak untuk makan sendiri? Apatah lagi menjaga 2-3 anak kecil serentak sewaktu badan masih belum mampu berdiri dan memasak untuk suami pula? Kadangkala mereka jugalah yang berkejar ke jemuran bila guruh berdentum atau renyai mula merintik.
Bila melakukan semua urusan rumahtangga, mereka ditegur pula kerana tidak prihatin terhadap tubuh sendiri yang perlukan rehat. Bila minum terlebih kerana haus dan kepenatan mereka disindir pula nanti perut buncit menggelebeh. Bila bayi disuakan botol susu, mereka diperli malas menyusui bayi sendiri sedangkan si ibu jugalah yang menyempurnakan urusan rumahtangga dan kurang masa yang ada untuk proses penyusuan.
Justeru, yang wanita bersalin mahu ialah waktu rehat untuk proses penyembuhan yang lancar, bantuan ahli keluarga untuk meringankan rutin harian kerana mereka belum dapat mengurus sepenuhnya dan yang penting juga, agar mereka tidak terlalu tertekan dengan situasi SAKIT, SUSAH, KELIRU, MENGANTUK, PENAT dan LAPAR.
Al-Faatihah buat bayi-bayi syurga yang dibunuh bonda mereka. Maafkan ibu kalian. Kalau mereka dihormati, pasti mereka lebih menyayangi.
Sumber: Nik Salida Suhaila Nik Saleh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lahir Terus Masuk NICU, Paru-Paru Ada Air Ketuban. Syukur Sangat, Kini Ahmet Sihat
Pengalaman bersalin bagi setiap wanita tak sama. Ada yang melahirkan anak dengan mudah tanpa apa-apa komplikasi. Tak kurang juga yang bersalin dengan selamat tapi bayi pula ada masalah lain.
Hati ibu mana yang tak risau kan tapi bila mengenangkan semula pengalaman tersebut setelah melihat anak membesar dengan sihat terasa hebatnya kuasa Allah.
Bagi Datin Rebecca Nur Al-Islam dia mengimbas kembali detik cemas sewaktu melahirkan anak kelimanya, Ahmet Reaggan pada 18 Julai tahun lalu.
View this post on InstagramA post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
Rebecca menerusi akaun Instagramnya menceritakan pengalaman tersebut sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya.
“Masya-Allah Allah Hu Akbar, how time Flies @ahmetreaggan. #18072019 Setahun yang lepas mummy Becca melahirkan anak bertuah ini. Masya-Allah how time flies, setahun sudah.
“Masih teringat di dalam fikiran dan hati setahun yang lepas betapa risaunya mummy Becca sebab selepas lahirkan baby @ahmetreaggan kena tahan di NICU Gleneagles Hospital disebabkan dalam paru-parunya ada air ketuban sikit.
View this post on InstagramA post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
“Pulangnya mummy after beranak tanpa baby Ahmet dirumah, Allah je tahu betapa sedihnya mummy that time. Papa risau, oma pun risau, semua risaukan Ahmet that time.
“Tapi Allah SWT itu lebih mengetahui dan maha mengatur segalanya yang terbaik, #trustinAllah dan Allah swt maha mendengar doa hamba-hamba-NYA.
“Alhamdulillah syukur after 11 days baby @ahmetreaggan dibenarkan pulang. And now my darling sayang mom baby @ahmetreaggan sihat sepenuhnya. Syukur sangat-sangat.
“Selamat hari lahir anak ku, semoga membesar dengan sihat sentiasa, dilindungi Allah SWT di setiap langkah mu anak ku.
“Menghormati semua orang tua, disayangi ramai, disayangi Allah SWT dan semoga menjadi anak yang soleh sayang Mom. Berjaya dunia akhirat kelak. Ameen Allahhuma Ameen… Sanah Helwah Anak ku Ahmet,” tulisnya.
Terdahulu, Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Pelakon itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan selain dua anak angkat, Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Ria
Sumber: ig Rebecca Nur Al Islam Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Jangan Terus Basuh Bila Anak ‘Membuang’, Periksa Najis Dulu, Petunjuk Tahap Kesihatan Anak!
Setiap kali mencuci najis ada, selalulah perhatikan najisnya. Bukan apa, ada waktunya najis anak berubah-ubah mengikut jenis pemakanannnya. Bukan itu sahaja, malah menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, warna dan kekerapan anak membuang sebenarnya memberi petunjuk akan tahap kesihatannya.
Jadi mak ayah periksalah, bukan terus basuh sahaja. Ini penting. Ada 11 fakta yang dikongsikan oleh doktor untuk panduan mak ayah.
11 Fakta Penting Tentang Najis Bayi Kita Yang Semua Mak Ayah Wajib Tahu
1. Bab najis baby jangan pandang sebelah mata ye. Mak ayah kena belajar jugak pasal benda ni. Ciri-ciri najis dan kekerapan baby membuang tu sebenarnya boleh jadi petunjuk tahap kesihatan sebenar si comel kita.
2. Kebiasaannya baby yang baru lahir dia akan buang najis tu dengan agak banyak dan agak kerap. Mak ayah semua boleh tengok untuk beberapa hari yang pertama, najis tu warnanya hijau tua atau kehitaman (meconium).
3. Lepas baby dah mula kerap menyusu, nanti najis tu akan start berubah. Mana yang fully breastfeed, selalunya kekerapan buang najis dalam 5 ke 6 kali sehari dan ianya lebih cair berbanding bayi yang minum formula milk.
4. Namun secara umumnya, memang najis bayi berumur kurang dari 6 bulan akan lebih cair berbanding bayi yang lebih berusia. Nak buat macam mana, dah makanan dia kalau tak susu ibu, susu formula. Dua jenis tu je lah.
5. Okay, ada beza ye konsistensi najis baby kita yang fully breasfeed dengan baby yang minum susu formula. Yang breasfeed tu najis selalunya berketul kecil, lebih cair dan warna kuning ala-ala marjerin. Manakala bayi yang diberi formula milk najisnya sedikit pekat lebih kurang seperti campuran sos mustard dan cottage cheese.
6. Mak ayah kena tahu yang kekerapan buang najis berbeza antara bayi. Ada yang kerap sangat sampaikan setiap kali lepas menyusu je terus berak. Yang jarang sampai 3 hari sekali pun ada tau.
7. Cuma yang kita kata baby sembelit tu kalau najis dia keras dah macam batu kecil (pellet-like stools). Tapi parent kena perhatikan jugak. Kadang tu baby sembelit tapi yang mengalir keluar najis cair sebab najis cair tu dapat melepasi najis keras dalam usus. Antara tanda lain sembelit ni boleh buatkan najis anak berdarah.
8. Baby ni kadang very tricky sebenarnya. Nampak macam meneran dan sakit masa buang najis tapi tak sembelit pun sebenarnya. Dia jadi macam tu sebab baby kita masih tak pandai nak gunakan otot bahagian abdomen untuk tolak keluar najis. Tambah pulak tak ada tarikan gravity sebab bayi kan asyik dalam keadaan baring je.
9. Tiga faktor yang selalu buatkan masalah sembelit ni boleh jadi sebab masalah dehydration, pertukaran susu daripada susu ibu tukar ke susu formula atau pun boleh jadi jugak sebab baby baru mula makan makanan pelengkap (weaning diet).
Faktor lain mungkin berpunca dari masalah usus, hormonal deficiency atau ubat-ubatan.
10. Bila najis si comel jadi lebih cair daripada biasa dan jadi lebih kerap, dia mungkin tengah mengalami diarrhea. Boleh jadi sebab virus, bakteria, alahan pada makanan atau susu lembu dan boleh jadi berpunca dari side effect ubat.
Masa baby tengah demam selsema, lagilah boleh nampak kadang tu najis ada banyak sangat lendir.
11. Jadi kalau mak ayah rasa baby tengah cirit birit, tolong pastikan dia minum banyak ye untuk replace balik apa yang dah keluar tu.
Tapi jika dah sampai ada tanda-tanda baby kita dehydrated – tak aktif, dua-dua belah mata jadi cengkung, air mata pun kurang macam nak kering je masa dia menangis dan amount kencing pun berkurangan, cepatlah bawa jumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.
Serius saya cakap, ilmu pasal najis bayi ni antara ilmu yang banyak mak ayah tanyakan pada saya samada masa kat hospital atau pun dekat inbox FB ni. Memang banyak yang saya tak sempat nak jawab. Saya mintak maaf sangat-sangat ye.
Sebab tu saya harap mana yang dah baca, tolong #sebarkan ilmu penting ni ye. Harapnya ramai mak ayah yang hatinya akan rasa lebih tenang dan tahu apa nak buat bila dah tahu ilmu tentang najis bayi ni.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI