Bagi seorang wanita tempoh mengandung, bersalin, berpantang dan menyusukan anak adalah waktu yang istimewa. Masa inilah pelbagai pengalaman dan proses pembelajaran baharu dalam hidup seorang wanita bergelar ibu akan dirasai.
Buat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tempoh berpantang adalah pengalaman baru dalam hidupnya selepas lebih seminggu melahirkan anak.
Malah, selebriti berusia 39 tahun ini cukup bertuah apabila mendapat penjagaan sepenuhnya daripada Natalis Mother Care.
Tidak hanya itu, pelantun lagu Segala Perasaan ini turut dijaga oleh ibu, Siti Salmah Bachik dan ibu mertuanya, Siti Zainab Hanaffi.
“Alhamdulillah, saya cukup bertuah apabila ibu dan ibu mertua ada sekali menjaga saya sepanjang tempoh berpantang.
Ads
“Sekurang-kurangnya, ada jugalah orang lebih berpengalaman menjaga saya,” katanya
Bagaimanapun, cabaran utamanya selepas melahirkan anak adalah menyusukan badan.
“Ya ALLAH, barulah saya tahu bukan senang rupa-rupanya.
“Tapi, bila fikir bagaimana ibu saya boleh menyusukan lapan anaknya sampai tak tidur malam, saya jadi kuat.
Ads
“Tak akan saya yang baru saja anak seorang ini nak mengeluhkan?,” katanya.
Siti Nurhaliza juga meluahkan rasa syukurnya apabila menantunya, Tya Arifin banyak membantu dan memberi tunjuk ajar mengenai penyusuan yang betul.
Ads
“Dia dah macam cikgu dan mentor saya. Dia yang ajar saya bagaimana melakukannya dengan betul.
“Alhamdulillah, selalu ibu yang ajar anak tapi untuk saya speciallah sikit. Tya yang ajar saya,” jelasnya.
Pelantun lagu Jaga Dia Untukku ini selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.55 kilogram (kg) secara pembedahan, kira-kira jam 8.17 pagi di sebuah pusat perubatan swasta pada 19 Mac lalu.
Bayi itu kemudian dinamakan sebagai Siti Aafiyah sekali gus menggantikan nama gelaran Fatimah Az-Zahra yang digunapakai sepanjang seminggu tempoh kelahirannya.
Sumber: Sinar Harian, Instagram ctdk & Tya Arifin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ahli perniagaan, Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Sheh terkejut apabila mendapati anak sulungnya, Ammara yang baru berusia 5 tahun rupanya mengalami masalah rabun mata.
Menurutnya, dia tergerak hati untuk membuat pemeriksaan mata baru-bari ini dan ternyata selama ini penglihatan anak sulungnya itu kabur sejak bayi.
Reaksi ammara first time pakai spec
“Rupanya ammara rabun jauh since dari kecil lagi dan belle baru tau baru baru ni itupun sebab belle tergerak hati untuk buat checkup mata dia.
“Vision mata dia rendah dan selama ni dia nampak blur je. Ammara ingat vision blur tu normal sebab memang dari kecil itu yang dia nampak. sebab tu dia tak pernah complain kata tak nampak. Dan belle pun tak tau kata dia rabun.”
Pengusaha empayar perniagaan muslimah berjenama Bella Ammara ini tidak menyangka power mata anaknya mencecah 500 di kedua-dua belah mata. Tambahnya lagi, kemungkinan Ammara rabun disebabkan faktor genetik memandangkan suaminya juga mengalami masalah yang sama ketika kecil.
“Bayangkan power mata dia 500 dua dua belah mata. Doktor cakap memang ada kids yang rabun dari kecil sebab faktor genetik. samalah macam daddy dia. And harini first time dia pakai spec and belle sengaja bawa dia tengok diluar rumah untuk dia menikmati sekeliling dengan clear.
“Reaksi ‘wow’ ammara pastu dia cakap ‘now i can see u clearly’ rasa sebak pulak.”
Sharifah Nabilla atau mesra dipanggil Bella juga meminta warga maya yang mempunyai masalah yang sama jika sudi berkongsi pengalaman agar bermanfaat untuk semua.
“Siapa yang ada pengalaman rabun since kecil dan baby boleh la share pengalaman korang macam mana. semoga berguna untuk belle dan juga orang lain.”
Rata-rata warga maya memberikan nasihat tak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman yang sama.
pijahisham sayaa. mmg rabun dari kecil. start dari umur 6thn pakai spek..sampai lah skrg. mmg dari faktor genetik. Bila bsr nak pakai contact lens, mmg kena guna contact lens custom. Kalau buat dekat focus point diorg akan custom lens dekat hong kong. Nak drive malam pun xbest sbb silau tgk lampu2.
lydiasafuan Ibu bapa kena aware dengan kelakuan anak anak yang ada vision problem. 1. Tengok tv dengan keadaan teleng kepala. 2. Mengecilkan mata. 3. Sering menggosok mata. 4. Pening kepala. 5. Prestasi pembelajaran anak menurun mungkin sebab mata dia x nampak. Kalau tanda tanda ni ada. Cecepat bawak anak anak untuk check mata. Jangan sampai mata anak kita kena lazy eye. Iaitu bila dibetulkan dengan power pun anak x kan nampak jelas seperti biasa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan memaksa diri berpuasa sedangkan hakikatnya tubuh ibu hamil langsung tidak mampu untuk berpuasa. Jangan difikirkan diri sendiri tetapi fikirkan perkembangan anak di dalam kandungan.
Begitu juga dengan ibu menyusu. Jumlah kalori tertentu diperlukan untuk memberikan tenaga kepada ibu menyusu. Jangan abaikan kesihatan diri.
Sebagai panduan untuk ibu hamil dan ibu menyusu, inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr Erna Nadia.
Ibu hamil dan ibu menyusu badan boleh berpuasa ke tak? Bergantung pada keadaan kesihatan ibu tersebut.
Paling asas, ibu mengandung ( yang sihat, tiada masalah kesihatan), memerlukan kalori yang lebih berbanding ibu tak mengandung.
Jadi masa bulan puasa, jika ibu hamil yang sihat ini nak berpuasa ok saja. Tiada masalah InshaAllah. Cuma masa berbuka dan bersahur lebihkan sedikit portion karbo dan protein serta serat.
Untuk ibu hamil yang ada masalah kesihatan atau berat badan berlebihan atau yang ada apa apa simptom alahan mengandung, dapatkan nasihat doktor yang merawat anda. Tidak semua yang ada masalah kesihatan tidak boleh berpuasa.
Jika anda masih risau akan kesihatan diri anda dan bayi anda, tiada masalah untuk berbuka puasa. Cuma nanti kena ganti puasa dan bayar fidyah.
Untuk ibu yang menyusu badan, keperluan tenaga juga adalah lebih tinggi dari wanita biasa, lebih kurang 500 kalori sehari untuk 6 bulan pertama umur bayi sebab bayi hanya minum susu ibu sahaja kan waktu ni.
Lepas umur bayi 6 bulan dan boleh makan makanan, keperluan susu badan juga berkurangan, jadi kalori cuma perlu lebih dalam 300-350 kalori dan semakin meningkat umur bayi, semakin berkuranglah lebihan kalori ibu.
Masa menyusu ini, jika tak cukup makan masih ok, susu akan okay, hanya bila kurang air dan kurang pengambilan protein yang akan buatkan susu berkurang.
Jadi, masa bulan puasa, jika ibu menyusu nak berpuasa, okay sahaja cuma lebihkan minum air dan protein.
Protein boleh dapat daripada makanan segar sahaja. Contohnya ayam, telur, ikan, daging, makanan laut, kekacang, keju.
Lebihkan dalam 4-5 hidangan protein semasa bulan Ramadan. Contoh masa berbuka ambil 2 hidangan, moreh ambil 1 hidangan, sayur ambil 1-2 hidangan.
Namun, jika anda risau akan bayi anda atau anda ada masalah kesihatan tapi masih mahu teruskan menyusu, diharuskan berbuka puasa.
Ini keistimewaan ibu hamil dan ibu menyusu yang Allah bagi semasa bulan puasa. Cuma niat kena betul. Bukan tak puasa sebab malas nak puasa padahal boleh sahaja berpuasa.
Pengambilan air untuk ibu hamil dan menyusu perlu lebihkan sedikit dari biasa. Badan yang kurang air boleh menyebabkan dehidrasi dan masalah kejang ( cramps). Begitulah. Harapnya membantu jawab persoalan anda.
Dr. Erna Nadia Sama macam bila dah sarat mengandung, boleh ke solat duduk? Jika membawa mudarat kepada diri sendiri, boleh sahaja. Islam tidak pernah membebankan.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bab batuk, selesema bukan orang dewasa je yang tak tahan tapi bayi dan kanak-kanak lagi la terasa peritnya. Lagi susah hati bila anak sepanjang masa merengek. Masa tidur pun tak boleh nak tidur lena.
Kalau anak dah usia dua tahun ke atas bolehlah nak bagi ubat tapi yang umur dua tahun ke bawah mana boleh bagi sembarangan ubat. Lagi berbahaya. Ok tak perlu nak risau. Cuba teknik stim dan tepukan percussian yang dikongsikan oleh Puan Siti Nurain Mohd Amin pada anaknya sendiri berusia 7 bulan.
Anak bongsu saya, Ameer Zuhayr selsema dan batuk berkahak. Minggu lepas, beliau demam. Pakej nak masuk 7 bulan dan tumbuh 2 batang gigi baru; menjadikan jumlah “senjata” dia cukup 4 batang.
Memang padu dan perit. Ibu menyusu mungkin faham. Haha
Tak tahan melihat dia susah nak bernafas dan batuknya berbunyi, saya ambil pendekatan untuk buat stim dan tepuk percussion.
Kaedah ini saya belajar daripada Dr Nadir Khan dari Klinik Wangsa dan juga bahagian fisioterapi KPJ Ampang Puteri sebelum ini.
Tujuannya untuk melonggarkan kahak pada paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada.
Kanak-kanak bawah 2 tahun, mana ada ubat khas untuk batuk selsema, kan. Jadi doktor saran guna kaedah ini.
Diingatkan, ini hanya kaedah alternatif menggunakan natural remedi. Mohon rujuk doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya ya.
Bahan yang diperlukan ialah, 1. Periuk nasi 2. 1 labu bawang putih (8-10 ulas) 3. Air 4. Lemon (tiada di rumah, saya tak guna bagi sesi ini) 5. Hati yang kering. Kahkah
Bawang putih amat bagus kerana ianya natural anti-virus dan antibiotik.
Kaedah penyediaan air stim.
1. Tuang air dalam periuk nasi.
2. Tumbuk bawang putih secara kasar. Tak perlu lumat. Saya tumbuk sekali dengan kulitnya. Dasar malas. Haha
3. Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.
4. Tutup periuknya dan tunggu sehingga air mendidih.
Kaedah stim dan tepuk percussion.
1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.
2. Letakkan kerusi bersebelahan periuk. Untuk kita duduk.
3. Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta. Saya hanya peluk Ameer dan tundukkan kepalanya ke arah periuk.
4. Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat panas dan boleh mencederakan anak. Sudahlah selsema dan batuk, tambah melecur pula nanti. Naya. Haha
5. Tepuk secara ‘cupping’ pada bahagian belakang dadanya. Caranya seperti di atas.
5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini.
Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.
7. Anak bakal melalak, kau steady sahaja. Itu pentingnya ada bekalan hati kering. Haha Doktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka. Stim banyak masuk, maka cairlah kahak itu semua. Gitu.
8. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Saya akan pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih.
9. Selesai, angkat balik periuk tadi ke tempat asal. Pantang anak-anak saya tengok benda pelik atas lantai. Ada saja yang gatal tangan nak sentuh.
Saya rasa macam menang anugerah bila tengok hingusnya yang berwarna hijau pekat berjuraian keluar dari hidung. Puas hati weh.
Kahak/hingus ini mungkin keluar dari hidung dan mulut. Kalau takde, kool sahaja. Dia keluar kat bawah. Hat dalam pampers. Hehe
Doktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari. Siaplah, kita repeat petang ini ya Ameer. Sambil buat stim, Ummi pun buat facial sauna. Haha
Lepas stim dan percussion tadi, saya mandikan dia. Tak sampai 10 minit lepas menyusu, terus tidur.