Bermula dengan anak lahir, rutin ibu berubah. Apabila masuk sahaja usia 6 bulan dan anak mula belajar makan, penyediaan makanan untuk anak juga penting bagi memastikan anak cukup zat.
Namun memikirkan untuk buat bubur anak yang mengambil masa lebih 30 minit mungkin agak lama ditambah pula dengan ibu bekerja yang sentiasa nak cepat. Ibu bergelar suri rumah pun tetap sama kerana nak juga buat kerja lain.
Ads
Selepas ini tak perlu nak fikir dua tiga kali untuk buat bubur anak. Cara yang dikongsikan oleh Kamsiah Mat Osman ini cukup mudah dan cepat dan hanya ambil masa 10 minit untuk siap.
Ads
Ads
Basuh beras bersih-bersih, masukkan dlm bekas dan isikan airSimpan beras tadi dlm peti sejuk beku semalaman,sebelah tu ayam untuk masak bubur anak,pack siap2 senang nak masak nntiTime ni boleh letak sayur atau apa-apa bahan lain, agak mengelegak terus masukan beras yg beku tdSemua dah bersatu mcm ni tuggu 10minit pastikan api sederhana kecil tau?Tadaaa…siap??setelah 10minitDh siap masak td pn_scha blend dan masukan dlm bekas mcmni☝?simpan dlm peti sejuk,time anak nak mkn keluarkan satu bekas rendam guna air panas.sehari 3kali ank pn_scha makan?sebekas beras td boleh dpat 5bekas
Sekarang tengah musim demam. Bila ada yang demam, cuba buat #TALBINAH, makanan sunnah yang di anjurkan Nabi Muhammad saw untuk redakan demam.
TALBINAH MAKANAN SUNNAH WAKTU DEMAM
Talbinah ni simple. Guna 3 bahan je.
Tepung barli, susu dengan madu. Sunnah, 3 bahan ni je atau kadang kadang, boleh campur kurma. Siat-siatkan kurma atas bubur tu.
Kalau tak ada tepung barli, boleh guna barli yang biji tu. Dah masak, blend. Atau blend dulu barli tu, pastu masak. Yang mana senang la.
Kalau nak beli tepung barli pulak, cari yang asli. 100% barli. Tepung barli kat kedai, banyak yang di campur tepung. Khasiat dah tak sama.
Jangan terpedaya bila tengok harga murah. Yang Kak Bib guna ni, memang 100% original.
Oh. Selain bagus untuk redakan demam, talbinah ni ada banyak lagi khasiat lain.
Antara khasiat talbinah;
1. Hilangkan stress
2. Rawat sistem penghadaman
3. Bantu hilangkan kesedihan
4. Elakkan darah tinggi
5. Kawal kanser
6. Lambatkan penuaan
7. Bantu kurangkan kolesterol
8. Rawat insomnia
9. Turunkan gula dalam darah
10. Kuatkan imunisasi badan
Ah. Banyakkkan khasiat talbinah ni. Pasni, kalau anak demam, boleh kasi talbinah ok! Tak demam pun boleh. Khasiat dia banyak sesangat.
RESEPI TALBINAH
1 cawan Tepung barli
2 1/2 cawan susu
2 1/2 cawan air
Madu asli
Masak tepung barli dengan susu dan air. Biar sampai pekat sikit. Agak-agak jek. Kalau pekat sangat, boleh tambah air atau susu lagi. Tutup api.
Bila nak makan, masukkan talbinah dalam mangkuk, tuangkan madu. Guna madu yang asli ok. Biar mahal, tapi berkhasiat dan sihat.
Jangan campur madu time tengah masak Khasiat madu tu boleh hilang. Talbinah ni kita boleh makan talbinah bila bila masa jek. Budak kecik, orang tua semua boleh.
Bagi yang pernah merasai keenakkan Ayam Bawang Mamak pasti tak cukup sepinggan nasi. Nasi boleh habis licin dek kesedapannya.
Cukup semua rasa, wajib cuba resipi Ayam Bawang yang dikongsikan oleh Anna Azilla ini. Sedap!
Dah lama save resepi ni sebab suka makan. Kalau pergi kedai mamak, ni antara pilihan utama. Arini akak rajin lebih sikit. Kita main masak-masak, sambil mood “standby”. Maka trjadi la, “Ayam Bawang”. Terima kasih pada yang share resipi. Hakak ada ngelat-ngelat sikit.
Bahan-bahan:
Ayam –
4..5 ulas bawang -dimayang
Serbuk kunyit, serbuk kari dan lada sulah
Pes bawang merah -5 ulas
Pes bawang putih -4 ulas
Pes halia -seinci lebih
1 sdk serbuk jintan manis, jintan putih
2 sb serbuk kari
Sedikit serbuk kari
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
Daun pandan, daun kari
Basuh ayam bersih. Gaul dengan garam, kunyit, serbuk kari, lada sulah dan serbuk cili.
Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang. Goreng sampai perang, jangan rentung pulak.
Ni rupa kejadian nya. Time ni, bau dia..perghhh…harum.
Guna minyak goreng bawang tadi, goreng ayam yang telah d mekap tu. Angkat dan toskan.
Tumis tiga sekawan, masukkan pes bawang dan serbuk jintan manis, jintan putih dan serbuk cili.
Masukkan sos-sos tadi. Kacau bagi sebati.
Dah garing, tambah kan air sedikit. Time ni perasakan la dengan garam, gula dan serbuk perasa. Ikut suka.
Ok masukkan ayam tadi dan gaul sebati.
Last sekali tabur la bawang yang dah siap goreng tadi.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ubah selera anak-anak kita dengan menu yang sihat tetapi tinggi protin. Salah satu menu yang boleh disediakan untuk anak adalah Dumpling yang mana merupakan antara makanan tradisi masyarakat Cina yang sangat popular. Jika dibandingkan dengan nugget, French fries mahupun burger, dumpling pastinya lebih menyihatkan kerana tinggi protin.
Bukan sahaja boleh berintikan sayur-sayuran, inti dumpling juga boleh dipelbagaikan dengan isi ikut selera anak-anak anda. Bukan itu sahaja, dumpling ini turut digemari oleh kanak-kanak kerana rasanya yang kurang pedas dan boleh dimakan bersama sup. Macam mana nak buat? Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Dahlia Kamaruzza di facebooknya ini. Nampak senang dan sedap.
Resepi homemade chicken dumpling
Kulit dumpling:
1/2 cawan tepung gandum unbleach
1/2 cawan tepung ubi kayu/jagung
1/2 cawan air panas mendidih
1 sudu makan minyak masak
Sedikit tepung jagung -untuk tabur sebelum gelek supaya doh tak lekat
Uli je semua bahan sampai jadi doh dan rehatkan. Lepas tu bulat-bulatkan bentuk guli besar sikit dan gelek je sampai nipis. Siapkan kulit dulu semua baru letak inti dan bentukkan.
Beginilah rupa tepung yang dah siap dilenyek.
Inti dumpling:
1 keping ayam dada
Carrot sedikit (dadu)
Daun ketumbar sedikit (hiris)
Minyak bawang putih sedikit
1 sudu makan tepung jagung
Blackpeppep sedikit
Kalau rajin boleh cincang je ayam tu then baru campur dengan semua bahan lain dan gaul sebati. Tapi mummy masuk dalam blender je blend semua. Senang. Pakai blender yang tak perlu add on air pun dia boleh kisar tu. Then ketepikan.
Ambil kulit dan letak inti satu sudu kecil. Basahkan hujung kulit dengan sedikit air baru tampal kedua bahagian dan bentukkan.
Lepas tu tekan sikit kat tengah tu dan tampal kedua hujung dia jadi lah betuk separa bulat.
Macam ni.
Boleh susun dalam bekas bertutup dan dilapis plastik. Simpan dalam freezer. Nak makan keluarkan dan rehatkan kejap then boleh stim/rebus/goreng.
Dumpling ni boleh dimasak dengan cara kukus. Jadi bukan sesuai untuk anak saja, mak-mak pun bagus kerana rendah kalori dan rendah lemak. Dumpling yang dibuat dari isi ayam atau apa-apa jenis sumber protin lain bagus kerana kaya dengan protein yang tinggi. Dan semestinya lebih baik daripada pengambilan makanan yang tidak sihat seperti nugget, fries atau burger setiap hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.