Menariknya Idea Rak Alat Tulis. Selesai Masalah Mama Jadi ‘Singa’ Tengah Malam

Share

Pastinya mama papa yang ada anak bersekolah rendah melalui situasi di mana alat tulis selalu hilang. Masa nak pergi sekolah, kotak pensel penuh berisi. Tapi bila balik, tengok semula kotak pensel kosong. Betul tak?

Walaupun dah pesan jaga elok-elok alat tulis, tampal sticker nama, ikat tali dan sebagainya, tetap juga hilang. Bila fikir sekali macam ada ‘kaki’ pula alat tulis anak ni. Hari ni hilang pensel, esok pembaris, lusa pemadam, lepas tu pensel warna pula tak cukup.

Boleh buat mama papa stres ni! Bila ditanya macam mana boleh hilang? Bagi siapa pinjam? Jawapan selamat anak-anak mudah je “Entahlah, tadi masa kat sekolah ada je” atau pun “Abang/kakak tak perasan pula siapa ambil. Tengok-tengok dah tak ada!”.

Senang sungguh jawapan anak-anak tu kan. Tapi kita sebagai ibu bapa ni tak sampai hati nak marah walaupun geram. Jadi nak tak nak sementara tunggu anak dah pandai fikir sendiri mama papa terpaksalah kena buat stok alat tulis di rumah. Biasanya anak dah masuk darjah 4, 5 atau 6 mereka dah boleh berdikari.

Sebagai penyelesaian untuk mama papa yang tiba-tiba waktu malam tengah susun jadual buku anak-anak, tengok kotak pensel kosong, idea dari Puan Farhana Ibrahim ni menarik. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.

Alhamdulillah.. Yeay… Terima kasih baba sudi buatkan rak alat tulis ni. Rak ni banyak kegunaan, lagi-lagi bila waktu kecemasan. Ibaratnya orang kata ON CALL..

Antara kegunaan rak alat tulis ni ialah

✅ Senang nak capai bila semuanya diletakkan satu tempat.
✅ Mudah nak tahu barang apa yang tak ada atau habis.
✅ Mengelakkan ummi jadi ‘singa’ bila tiba-tiba tengah malam baru anak nak bagitahu, esok kelas seni kena bawak manila kad / warna air.

Boleh dapatkan di ShopeeBila dah ada semuanya, memang tak kelam-kabutlah. Cuma jika barang yang anak nak tu tak ada, ibu pun boleh tiba-tiba bertukar watak kan?

P/S: Rak yang digunakan untuk letak dan susun alat tulis tu, boleh DIY sendiri je. Beli paip PVC dan cantumkan. Nak nampak lagi cantik, cat ikut warna kesukaan.

#susunaturalattulis
#intanfarhanaibrahim

Kredit: Intan Farhana Ibrahim

**Nak dapatkan drawer ini pada harga yang berpatutan, klik saja di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy