Biasanya bila di rumah ajar anak membaca, menulis mak ayah rasa sedikit tercabar. Ramai yang selalu suarakan ‘Saya tak boleh nak ajar anak, rasa nak marah je, lagi-lagi sekejap fokus, sekejap nak main”’. Kenapa kita rasa macam ni?

Sebab utama kita tak faham gaya belajar anak lagi-lagi dia usia 3 hingga 6 tahun ini. Kita hanya nak anak fokus dan dengar apa yang kita nak ajar sedangkan tak faham apa ciri yang ada pada mereka.

Perkongsian dari Puan Aminah Hussain nyata sangat membantu ibu bapa untuk mengetahui ciri yang ada pada anak masing-masing.

Mencecah 3 Tahun Bila Ajar Anak, Mereka Tak Fokus Dan Suka Main 3 Ciri Ini Ibu Kena FahamBerdasarkan apa yang diperkatakan oleh Pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan, Ibu Rose ada cara paling mudah untuk kita mengenal gaya belajar anak. Melalui pergerakan mata dia. Biasanya gaya belajar ini kita akan dapat nampak semenjak anak umur 3 tahun ke atas.

Anak visual biasa matanya ke atas. Sebab dia nak tengok gambar atau membayangkan gambar. Anak ini senang belajar menggunakan gambar, televisyen, filem dan buku.

IKLAN

Anak audio matanya biasa ke tengah, tapi muka anak biasanya akan ke tepi sebab anak nak tadahkan telinga untuk mendengar apa yang kita perkatakan. Kena banyak lagu atau cara belajar yang berirama .

Anak kinestetik anak matanya akan pandang ke bawah. Kinestetik dia gabungan rasa/ emosi dan pergerakan. Anak ini kena banyak bermain sambil belajar.

Kenapa nak kena tahu gaya anak kita jenis mana? Sebab paling utama ialah tidak mahu kita naik marah ketika mengajar anak.

IKLAN

Mencecah 3 Tahun Bila Ajar Anak, Mereka Tak Fokus Dan Suka Main 3 Ciri Ini Ibu Kena Faham

Biasa sangat kita baca kisah seorang mak yang tertekan sebab ajar anak, anak tidak dengar atau tidak masuk. Lepas tu kita boleh cakap

“ini yang aku malas nak ajar anak aku ni, ajar bukan nak faham. takpalah nanti suruh cikgu je ajar di sekolah”

IKLAN

Jangan kawan- kawan. Kita perlu sedaya upaya ajar anak sendiri dirumah. Di sekolah hanya sokongan sahaja. Pendidikan bermula dirumah, kita adalah guru pertama anak- anak kita.

Kenal anak kita untuk kita terjaga emosi.

Sumber: Aminah Hussain

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI