Sebagai ibu hamil, kita sering dinasihatkan untuk menjaga perlakuan dan kata-kata. Sebaiknya, banyakkan beribadah untuk memudahkan proses kehamilan. Lakukan kerana Allah SWT dengan ikhlas, pasti ada kebaikannya untuk si ibu dan bayi dalam kandungan.
Pun begitu, ada beberapa perlakuan ibu mengandung yang ‘kurang sesuai’ dibuat bagi menjaga batas sebagai wanita hamil. Kegembiraan untuk menyambut orang baharu dalam keluarga disalahgunakan, ia boleh bertukar sebagai perbuatan riak.
Harini berbual dengan sahabat solehah. Alhamdulillah dia berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata ketiga tahun depan, insyaAllah.
Sempat dia berkongsi nasihat ustazah yang diserap semasa kuliah Dhuha. Perbezaan bakal ibu solehah dan tidak semasa hamil.
Wanita pada zaman salafussoleh, bila mengandung ‘mengidam’ nak anak jadi imam besar, jadi ulama’, atau sekurangnya tahfiz al-quran. Belum lahir anak itu, sudah berniat nak mewakafkan anak untuk agama. Namun, bukan setakat berniat dan memasang angan, bahkan sudah mempersiapkan modul didikan terbaik supaya anak yang dilahirkan itu nanti bermanfaat untuk ummah.
Semasa mengandung, si ibu akan sangat sibuk menjaga ibadah, menjaga kata-kata, menjaga aurat dengan memakai pakaian taqwa. Al-Quran jadi temanan sejak dari sebelum kahwin hinggalah anak lahir, anak-anak dibesarkan dalam suasana melazimi tadarus dan cinta al-Quran.
MasyaAllah.
Zaman hari ini, kita ibu-ibu mengidam biasanya cuma fokus bab makan, makan puas-puas sebelum berpuasa sebulan lebih ketika berpantang. Kalau mengidam lain, setakat mengidam agar anak rupa persis arabic, korean look, rupa anak selebriti popular dan sebagainya.
Yang si ibu, lebih banyak pegang fon dari pegang al-Quran, lebih banyak baca fb dan whatsapp dari baca Al-Quran.
Ramai bakal ibu yang baca al-Quran semasa mengandung hanya sebab nak anak cantik, nak mudah bersalin.
Ads
Ya, memang bagus fadhilat amalan membaca surah tertentu, namun niat biarlah betul. Jangan pula sebelum mengandung dan selepas bersalin al-Quran dibiar berhabuk.
Sibuk selfie sengaja tunjukkan perut, dah elok berbaju longgar, bila bergambar sengaja pula pegang bawah perut biar nampak baby bump. Astaghfirullah. Padahal baby bump itu aurat.
Belum lahir anak itu, siang malam siapkan list tentang kelengkapan keperluan baby dan keperluan lepas bersalin semata-mata, tapi tak pernah terfikir tentang persiapan didikan anak setelah itu.
Ads
Allahuakbar.
Zuriat bukanlah sekadar rezeki, atau lambang kesuburan, atau sekadar pelengkap perkahwinan, tetapi ia adalah amanah paling berat buat pasangan suami isteri.
Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapanyalah yang mencorakkannya dengan agama Islam atau sebaliknya. Apakah kita telah menunaikan hak anak-anak untuk kenal Allah, Rasulullah SAW dan al-Quran dari ibubapanya sendiri?
Muhasabah buat saya yang menulis kembali nasihat berharga dari teman solehah. Syukran jazilan kak. Robbuna yusahhil.
#intandzulkefli #selfreminder
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki Allah tak pernah tersalah alamat. Pencetus Ummah, PU Amin menyampaikan perkhabaran gembira kehamilan isterinya yang rupa-rupanya kini sudah pun berusia lapan bulan.
Berkongsi khabar gembira itu di Instagramnya, PU Amin turut memaklumkan kehamilan isterinya itu merupakan anak keempatnya.
Berkongsi sekeping gambarnya bersama isteri di hadapan sebuah hospital pilihannya, PU Amin amat bersyukur dengan rezeki pemberian Allah SWT ini.
“Rezeki Allah. Baby dalam perut dah 8 bulan. Anak ke 4. Doakan ya,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, penceramah bebas itu juga turut berterima kasih kepada yang sentiasa mendoakannya dan isteri agar dipermudahkan segala urusan.
“Moga doa doa yang baik itu turut dikembalikan pada kalian semua.
“Saya doakan anda juga dianugerahkan buah hati cahaya mata yang terbaik dari Allah Swt.
” Pakgad ni sampai duduk atas jalan tolong amek gambar. TQ Pakgad. Salam Ramadhan,” kongsinya lagi.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan pendakwah dan selebriti turut sama mendoakan kesejahteraannya bersama isteri serta ucapan tahniah di atas kurniaan rezeki.
Semoga kelahiran bayi keempat pada bulan hadapan dipermudahkan Allah SWT.
Terdahulu, PU Amin mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada tahun 2012 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Aisyah Sofea, Abdullah Umar dan Fatimah Zahra.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @pencetusummah_amin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak semua wanita bertuah mempunyai peluang untuk merasai kehamilan. Ada wanita yang menunggu berbelas tahun bahkan ada yang berpuluh tahun kehadiran cahaya mata. Tetapi ada wanita yang dikurniakan kesuburan hingga mudah mengandung. Malah ada yang setiap tahun.
Oleh kerana terlalu kerap hamil, ada ibu yang berasa malu dan seolah-olah tidak gembira dengan kehadiran bayi yang dikandung. Tahukah anda bahawa emosi ibu mengandung mempengaruhi tumbesaran bayi dalam rahim.
Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan.
Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran.
Rangsangan negatif yang diterima oleh anak pasti akan memberi kesan kepada emosi si anak itu kelak. Dia dapat merasakan kehadirannya seperti tidak dinanti oleh ibu dan ayah. Emosi ibu yang tidak suka dirinya hamil akan turut dirasakan oleh anak dalam perut.
Oleh itu rancanglah kehamilan anda. Jika belum bersedia untuk hamil dalam tempoh terdekat selepas kelahiran anak terdahulu, gunalah kaedah perancangan keluarga yang disarankan doktor.
Janganlah seksa emosi anak di dalam kandungan kerana ramai lagi wanita yang tidak berpeluang hamil menantikan saat menikmati gerakan comel dari dalam perut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal menimang cahaya mata kelima, isteri kepada Fad Bocey, Syaheera Rahman meluahkan rasa lega selepas kini berjaya melepasi trimester pertama kehamilannya.
Mana tidaknya, akui Syaheera, dia mengalami alahan yang teruk di awal trimester pertama kehamilannya seperti tiga kandungannya sebelum ini.
“Sikit lagi perjalanan anak ke-5 mommy.
“Rasa macam tak percaya dah selesai fasa morning sickness yang teruk,” luahnya berkongsi.
Akui ibu kepada empat cahaya mata ini lagi, setiap kali hamil dia akan berdepan dengan alahan yang teruk dan muntah.
Namun dia kini bersyukur berjaya melepasi tempoh sukar itu dan kini berada di trimester kedua kehamila sebelum melahirkan anak kelimanya tidak lama lagi.
“Tak ada beza sebab semuanya memang teruk muntah. So cuba teka sekarang mommy dah berapa bulan?,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Fad Bocey dan isteri mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dab Favian Adrazin Zayyan, 6, Nur Aminah Mishall, 5 dan Ibrahim Jibriel, 3 tahun.