Berdepan dengan masalah anak mengamuk, meragam dan buat perangai sememangnya memeningkan kepala. Hilang kesabaran ibu bapa kala berdepan dengan masalah sebegini. Pun begitu jangan cepat melabelkan anak. Adakalanya anak sedang mengalami Recognition Hunger dalam dirinya.
Menurut Dr Taufiq Razif, mak ayah perlu sensitif dengan perubahan emosi dan perangai anak-anak. Adakalanya anak bukan saja-saja nak mengamuk, ada sebabnya tersendiri. Ikuti nota keibubapaan daripada beliau.
Anak suka buat perangai?
Solahuddin ni pun ada je masa dia akan mengamuk, meragam dan buat perangai juga. Lebih lebih lagi kalau saya sibuk melayan si adiknya, Aisha Soolihah. Mesti tiba tiba je Solahuddin ni buat perangai.
Bila saya bagi je perhatian kat dia, tiba tiba je semua perangai pelik dia tu akan hilang!
Laaa, rupa rupanya sikap meragam, mengamuk dan buat benda benda pelik tu adalah tanda Solahuddin ni sedang mengalami Recognition Hunger.
Solahuddin ni anak nombor 2. Atas dia ada kakak, bawah dia ada adik jadi dia macam tersepit di tengah tengah. Itulah kenapa kita sebagai mak ayah kena tahu tentang Recognition Hunger ni sebab masa ni la senang kita nak counter balik Recognition Hunger tu, kalau dah remaja nanti dia tak meragam depan kita dah, dia akan buat hal yang lebih dasyat lagi tapi di belakang kita ?
Sebab tu masa anak kita kecil ni lah kita kena :
+ sensitif dengan perubahan emosi dan perangai dia
+ peluk cium anak setiap hari walaupun kita sendiri rasa tertekan setiap hari
+ respon perangai pelik mereka dengan penuh sabar dan tenang
+ tak gunakan jerkahan dan kekuatan fizikal kita untuk menekan emosi anak kita
+ bagi perhatian yang seadil yang kita mampu pada semua anak anak kita
+ tak mengamalkan Favouritism dalam parenting, iaitu melebihkan anak anak yang tertentu sahaja
Tolong ajar ilmu ni pada pasangan, keluarga dan mak ayah di luar sana ye. Saya percaya ramai lagi yang belum tahu tentang ilmu ni.