Keibubapaan

Mengamuk Tak Kira Tempat, Berguling Di Pasaraya, Begini Cara Nak Atasinya!

Share

Pada usia anak tiga tahun dan ke atas, anak sudah mula menunjukkan emosinya secara terang terangan kepada mak ayah. Mereka sudah mula mengekpersikan ketidakpuasan hati mereka pada mak ayah. Mengamuk antara salah satu emosi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka pada mak ayah. Mak ayah jangan panik kerana ia merupakan perlakuan biasa seorang anak kecil.

Menurut Ibu Rose, banyak langkah yang boleh dilakukan untuk menteteramkan keadaan ini. Tiga perkara dikongsikan beliau ini boleh anda contohi kala berdepan dengan situasi sebegini. Hanya gunakan kepakaran dan kesabaran mak ayah sahaja.

3 LANGKAH ATASI ANAK 2-3 TAHUN MENGAMUK DI PASARAYA

Seperti yang selalu Ibu katakan, anak pada usia ini sudah pandai merajuk jika anda tidak mengikut kehendaknya. Namun itu bukan bermaksud anda perlu memenuhi semua kehendakannya.

ANDA PERLU MEMEGANG TERAJU KEPIMPINAN ANDA DENGAN LEBIH KEMAS.

Adakala jika bersesuaian ikutlah dan penuhilah kehendaknya. Jika tidak sesuai, katakan sahaja itu tidak boleh.

Katakan dengan PENUH KASIH SAYANG dan TEGAS.

Oh, jika dia berguling-guling kat pasaraya apa nak buat? Ada 3 langkah mudah dilakukan (tapi perlukan kekuatan mental parents yang bijak) :

1.BIARKAN dan HANTAR TENAGA KASIH SAYANG, BACAKAN AYAT AL-QURAN

Anda boleh biarkan saja dan tengok sejauh mana dia hendak berguling. Biarkan dia melepaskan energy marahnya selagi tak merbahaya. Say nothing but send loving energy. Bacakan ayat Al-Quran supaya dia dan anda terhindar daripada hasutan syaitan yang banyak berkeliaran di pasaraya tu.

2.UBAH KEDUDUKANNYA atau BASUH WAJAHNYA DENGAN AIR

Anda boleh ambil sahaja dia dari situ dan bawa ke tempat yang lebih tenang. Kawasan yang luar dari lalu lalang, atau juga boleh ke dalam kereta. Boleh juga basuhkan mukanya, untuk redakan rasa kecewanya.

3.BILA TENANG BARU TERANG

Bila dia sudah tenang, anda boleh menerangkan kepadanya mengapa tidak. Teranglah dengan munasabah.

Dalam keibubapaan, begitulah. Ada saja cabarannya. Namun, ia akan lebih mudah di atasi, bila ibu bapa punya ilmu parenting yang baik dan benar. InsyaAllah, anak itu akan membesar menjadi orang yang berjaya dan berdaya.

Published by
SRM