Membesarkan anak-anak pada zaman kini bukan mudah lebih-lebih lagi jika kedua ibu bapa bekerja dan sangat sibuk. Namun ianya bukan alasan untuk ibu bapa mengabaikan cawan emosi anak-anak. Hanya dengan meluangkan masa, anda sebagai ibu bapa boleh menjadi superhero di hati anak-anak.

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Petanda ‘Cawan’ Emosi Anak Belum Penuh

Masa Adalah Hadiah Terbaik

Menerusi perkongsian daripada penulis keibubapaan, Puan Wawa Shauqi dalam WEBINAR SIMPANAN SSPN x PA&MA, Detik Indah Bersama Si Manja, ada beberapa cara untuk ibu bapa menjadi superhero buat anak-anak. Ikuti perkongsian ini.

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Petanda ‘Cawan’ Emosi Anak Belum Penuh

Bagi ibu bapa yang sibuk, pulang dari kerja hanya ada 1 jam sahaja bersama anak. Jadi luangkan sebaiknya bersama mereka. Abaikan fon, tutup tv dan lakukan aktiviti selama yang mungkin supaya cawan emosi mereka penuh.

“Anak-anak kita pada 3 tahun akan datang ditentukan oleh bagaimana kita melaburkan MASA, TENAGA & EMOSI untuk anak-anak pada hari ini.”

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Petanda ‘Cawan’ Emosi Anak Belum Penuh

Sebelum mula kerja, penuhi dahulu cawan emosi anak agar mereka tidak meragam dan mengamuk. Mereka hanya perlukan perhatian kita sebentar sahaja untuk penuhi tangki emosi.

Ads

Apa yang anak akan dapat jika kita penuhi cawan emosi mereka? Semestinya hormon Oxytocin! Hormon kasih sayang yang anak tak dapat melalui barang permainan yang ada.

Mengamuk Tak Tentu Pasal, Petanda ‘Cawan’ Emosi Anak Belum Penuh

Seterusnya, dalam membesarkan anak-anak perkara utama yang perlu dijaga oleh ibu ayah sepenat mana pun, nak marah macam mana pun adalah menjaga perkataan. Kenapa?

Kesilapan Kita Dalam Berkata-kata

Marah macam mana sekalipun, elakkan melabel anak. Sebagai contoh anak nakal, elakkan sebaiknya tegur kesalahan mereka.

– Melabel ketika marah
Solusi: Hanya sebut perbuatan/ kesilapan anak

Ads

– “Anak saya memang macam ni”
Solusi: Umpat yang baik-baik

– Hanya marah bila anak buat salah
Solusi: Sebut dan puji kebaikan mereka

– Menyebut perangai buruk anak sebagai menyusahkan dan bala
Solusi: Katakan ia sangat kualiti

Kenapa?

Kerana kata-kata membentuk pemikiran. Pemikiran akan kemudian membentuk tindakan. Tindakan akan menjadi habit dan kemudian membentuk character. Character akan menjadi masa depan anak-anak. Kalau kita sentiasa lemparkan kata-kata positif pada anak, masa depan anak akan menjadi positif. Anak-anak akan membesar dengan character yang membina.

Ads

Kata-kata ibu tak ada hijab. Kata yang baik-baik.

Tukar:

  • Degil kepada bermotivasi
  • Susah dengar kata kepada tinggi fokus bila buat kerja / tekad
  • Tak ada adab kepada berani mencuba
  • Penyibuk kepada ambil berat
  • Kuat menyepah kepada kreatif

Boleh jadi, perangai anak yang dirungsingkan itu rupanya kualiti untuk mereka men jadi manusia berjaya.

Kita yang dewasa ini tergopoh dan tak logik expect anak bersikap macam orang dewasa.

It’s ok jika kita masih struggle dengan emosi untuk mendidik anak, bukan bermakna kita ibu bapa yang tak baik. Ada suatu masa nanti kita akan berjaya mengawal emosi dengan baik.

Untuk perkongsian penuh daripada Puan Wawa Shauqi boleh klik video di bawah. Semoga bermanfaat!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI