Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga, pempengaruh media social, Siti Jamumall terpaksa membuang kandungannya gara-gara kandungan anggur atau molar pregnancy.
Menerusi Tik Toknya semalam, Siti memberitahu kandungannya terpaksa digugurkan selepas doctor mengesahkan dia mengalami kehamilan anggur atau molar pregnancy.
“Rancang nak sorok dulu berita kehamilan sampai bayi dalam kandungan besar sikit tapi tak kesampaian. Siti kena molar pregnancy,” katanya berkongsi.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia terpaksa menjalani prosedur mencuci kandungan dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya.
“Allah bagi pinjam sekejap. Doakan semoga semuanya selamat.
“Kena jalani prosedur untuk cuci kandungan. Takut tapi kena kuat,” katanya lagi.
Terdahulu, Siti dan suaminya Khairul Aiman Abdul Kudus mendirikan rumah tangga pada 1 Jun lalu. Siti turut mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan TTC, Elak Minum Manis Berlebihan
Mengambil air manis atau dengan kuantiti gula yang tinggi sememangnya perlu dikurangkan terutama buat pejuang garis dua.
Menurut satu kajian, pengambilan gula secara berlebih terutama minuman manis boleh menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki.
Ini bermakna sekiranya anda sedang dalam fasa TTC atau ‘trying to conceive’, dinasihatkan agar menghadkan pengambilan gulan supaya kekal subur.
Pengambilan gula secara berlebih terutama dalam air manis boleh mengakibat kualiti air mani terjejas, penambahan berat badan dan rintangan insulin.
Ini antara sebab kenapa pasangan TTC kena kurangkan pengambilan air manis berlebihan.
1. Rintangan insulin
Insulin adalah hormon yang dirembeskan oleh pankreas. Peranan utamanya adalah untuk mengawal paras gula darah dalam badan anda.
Rintangan insulin bermaksud ketidakupayaan otot, lemak dan sel hati untuk bertindak balas terhadap insulin dan menyerap glukosa daripada darah anda. Oleh itu, pankreas akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk memudahkan kemasukan glukosa ke dalam sel anda.
2. Kualiti air mani terjejas
Sama seperti wanita, kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk pengambilan gula. Satu kajian menunjukkan penggambilan gula secara berlebihan dikaitkan dengan pengurangan kepekatan sperma pada lelaki.
Penurunan kepekatan yang ketara dilihat daripada pengambilan gula daripada minuman ringan dan gula dalam produk makanan.
Pengambilan minuman ringan dalam kajian ini tidak berlebihan, dengan purata hanya 0.2 minuman sehari, tetapi ia masih mengurangkan kepekatan sperma antara 18-23%.
3. Penambahan berat badan
Terlalu banyak gula dalam pemakanan seharian boleh menyebabkan penambahan berat badan dan peningkatan lemak dalam badan.
Walaupun penambahan berat badan yang sederhana mungkin bermanfaat untuk kesuburan jika anda dianggap kurang berat namun pengambilan gula bukanlah cara yang ideal.
Sebaliknya, anda boleh menyokong kesuburan anda dengan menambah berat badan dengan diet yang sihat dan padat kalori jika anda kurang berat badan.
Sekiranya anda dan pasangan sedang dalam fasa TTC, kurang-kurangkanlah mengambil minuman bergula. Biar sihat!
Semoga bermanfaat!
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Miscarriage Hope Desk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Intan Salleh Hamil Pun Nampak Cantik, Kongsi Gambar Dengan Anak-anak, Comel ‘Baby bump’ Dia
Intan Salleh hamil pun nampak cantik, kongsi gambar dengan anak-anak, comel ‘baby bump’ dia. Personaliti media sosial, Intan Liana Salleh berkongsi momen bersama ketiga-tiga orang anak lelakinya.
Intan Salleh Hamil Pun Nampak Cantik, Kongsi Gambar Dengan Anak-anak, Comel ‘Baby bump’ Dia
Sedang hamil anak ke empat, Intan memberi bayangan bahawa dia sedang bahagia dengan kehidupannya sekarang. Masanya banyak dihabiskan bersama anak-anak. Gelagat anak-anak mencuri perhatian warga maya. Semua comel-comel!
Aku dan kebahagiaanku, tulis Intan di ruangan kapsyen.
Perkongsian Intan dilaman Instagramnya mendapat respon daripada warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun. Terbaharu, Intan dan suaminya sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Sumber: Instagram Intan Salleh
Baca artikel lain juga: Alhamdulillah, Putera Ketiga Habis Tenaga Hampir Give Up Intan Saleh Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki
Comelnya, Makin Berseri& Alami Plasenta Previa Tahap 2, Intan Saleh Tunggu Hari Bersalin!
Comelnya Baby Bump Gambar Intan Saleh Raih Perhatian, Ramai Ucap Tahniah!
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terinspirasi! Sanggup Jual Emas & Buat Loan, Suami Kenang Pengorbanan Isteri Bantu Majukan Bisnes
Apa saja sanggup seorang isteri lakukan demi membantu suami dalam kesusahan. Biarpun terpaksa bergolok gadai, tidak pernah sekalipun rasa terbeban, niatnya ikhlas untuk pastikan suami berjaya.
Ada masanya dalam kehidupan suami isteri kita diduga sehingga tiada satu apa pun. itulah tandanya Allah SWT mahu melihat sejauh mana kesabaran dan kesungguhan kita. Bagaimana kita berusaha dan menyerahkan harapan kepada-Nya.
Bila dah sukses, jangan sesekali lupa jasa isteri yang mendorong kita saat mundur. Kisah dari suami ini, Ali Omar, boleh dijadikan inspirasi dan panduan buat suami isteri di luar sana.
Perkongsian tentang liku perjalanan hidupnya sehingga berjaya sekarang adalah hasil bantuan isteri yang sanggup susah senang bersama.
Lalui Jalan Paling Gelap Dalam Kehidupan Lepas Berkahwin
Liku2 perjalanan hidup saya memang susah. Setelah saya berkahwin pada 9/8/2007. Saya melalui jalan yang paling gelap dalam kehidupan. Waktu tu isteri saya bertugas di Hospital Pulau Pinang.
Saya tak mampu bayar sewa rumah hampir 6 bulan di Penang, kerana tidak mempunyai wang saya tidak bekerja waktu itu. Hanya Isteri sahaja bekerja waktu itu, tetapi tuan rumah bernama Miss Hun dia izinkan saya duduk walaupun 6 bulan tak bayar sewa rumah.
Baca Juga:
Hargai Kesetiaan Isteri Saat Dirinya Susah, Suami Ni Hadiahkan Kereta Mewah Sempena Anniversary
Sedihnya! Status FB Suami Reda Pemergian Isteri Sehari Lepas Bersalin, Meruntun Hati Warganet
Hampir 5 Tahun Kahwin, Pasangan Ini Kekal Positif Untuk TTC Lepas Gugur Anak Pertama Tahun Lepas
Alami Alahan Teruk Masa Mengandung Anak Pertama
Waktu isteri tercinta Nor Fariha mengandung anak pertama Nor Adrinas Damya, sebulan 3-4 kali masuk hospital akibat alahan yang teruk. Ada satu hari isteri tercinta nak makan buah tetapi saya tiada satu sen pun duit nak beli buah. Lalu isteri tercinta saya, Nor Fariha memberikan fon Nokia untuk saya jual.
Saya pergi di Komtar bersama adik ipar saya menjual telefon Nokia isteri tercinta dengan harga RM450. Setelah dapat duit RM450 saya pergi beli makanan untuk isteri saya makan di hospital. Semua rakan2 saya tahu cerita hidup saya ini betul2 susah.
Pernah juga satu kali dalam perjalanan dari Kelantan ke Penang tayar kereta saya pecah di Gerik jam 3 pagi. Waktu itu juga isteri tercinta saya, Nor Fariha sarat mengandung puteri sulung, Nor Adrinas Damya. Wwaktu itu kandungan dalam 7 bulan.
Jalan Kaki Sampai Bandar Cari Hotel Bajet
Saya dan isteri dan kawan saya seorang berjalan kaki hingga ke bandar Gerik mencari tempat tidur sewa hotel bajet bernilai RM50. Esok pagi kemudian nak beli tayar tiada duit.
Jual 1 rantai tangan kecik di Kedai Emas Gerik untuk beli tayar. YA Allah amat2 besar ujian menempuhi kehidupan diriku & isteri tercinta Nor Fariha di awal pernikahan.
Isteri Buat Pinjaman Bank Untuk Buat Bisnes
Sebelum saya nak berjaya dalam hidup. Isteri tercinta membuat pinjaman dengan Bank Rakyat RM50K & kesemua duit ini diserahkan kepada saya untuk membuat perniagaan. YA Allah besarnya jasa isteri tercinta terhadap diriku.
Setelah isteri tercinta melahirkan Kakak (Nor Adrinas Damya) hari ke 46 hari, saya telah mendapat berita gembira berkaitan perniagaan saya berjaya mendapat melebihi RM3 juta waktu itu.
Anugerah dari Allah S.W.T. rezeki puteri sulung Kakak (Nor Adrinas Damya) & hasil doa titik peluh isteri tercinta membuat pinjaman dengan Bank Rakyat kepada diriku..
Tanpa Doa & Semangat Isteri tercinta Nor Fariha terhadap diriku , hidupku ini tidak akan berada ke tahap ini seperti hari ini ..TERIMA KASIH ISTERI TERCINTA HARGAI ISTERI KITA INSYAALLAH KITA AKAN BERJAYA DI DUNIA AKHIRAT ❤🤲
#matakurelabuta
#darimelihatwanitalain
#selaindaridirimu
#sayangkuNorfariha❤
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI