Mengandung, Bersalin & Berpantang Bukan Isteri Je Tanggung Semua, Suami Kena Hadap Sama!

Share

Bila mengandung selalunya isteri yang akan tanggung semua dari awal kehamilan sampailah ketika bersalin dan berpantang, tambah pula bila anak ramai dan masih lagi kecil, orang kata kalau tak kuat mental boleh koyak.

Ada ramai anak memang seronok, meriah dengan kasih sayang dalam keluarga. Tapi bukan semua yang berkehendakkan begitu. Beranak ramai atau sikit bukan bergantung kepada kekuatan mental semata-mata, tapi itu juga adalah ketetapan Allah.

Seperti yang dikongsikan oleh En. Azlan Noor dalam postingnya yang mana dia menekankan apabila sang isteri hamil, suami juga ada peranan penting untuk sama-sama lalui tempoh kehamilan sehinggalah isteri selamat melahirkan, berpantang dan seterusnya membesarkan anak-anak.

Ujian Mengandung Tiap Orang Tak Sama

Saya lelaki, tapi saya faham satu perkara.

Beranak ramai atau sikit ni bukan ditentukan oleh mental kuat atau tak.

Semua tu ketetapan Allah kerana ujian ibu mengandung, bersalin dan berpantang ni tak sama setiap orang. Berbeza setiap anak.

Hanya yang lalui sendiri je yang tahu, keperitan yang dirasai dari awal hingga berpantang.

Ada kawan cerita. Lepas pengalaman bersalin anak kedua, dia dah serik untuk mengandung dan beranak lagi.

Masa mengandung anak kedua tu, dia kena alahan teruk, muntah-muntah sampai kena tahan wad. Semasa berpantang, baby dia menangis non-stop selama 3 bulan.

Dengan diri sendiri belum terurus, sakit bersalin belum hilang, luka belum kering, tenaga hilang belum berganti, nak kena bersabar dengar tangisan anak. Koyak teruk mental kawan saya tu.

Setiap hari air mata tumpah. Setiap hari nangis seorang diri masa mandi untuk legakan hati.

Berubat? Dah tak tau nak berubat di mana.

Doktor? Dah tak tahu nak gi doktor mana.

Dah tak tahu nak buat apa dah.

Sampai satu tahap, satu hari tu anak nangis non-stop. Dia mesej suami,

“Boleh tak nak simbah je baby ni?”

Mujur Allah masih sayang dia dan anak dia, tak jadi apa-apa perkara buruk. Suami berjaya tenangkan dia dan kembalikan kewarasan.

Suami Kena Hadap Sama

Di sini kita belajar bahawa suami juga main peranan bantu dalam hal ni.

Sebenarnya, mengandung, bersalin, berpantang ni, bukan isteri je yang perlu menanggung.

Yang silapnya, ramai fikir isteri je yang kena hadap semua tu.

Dari mula mengandung sampai berpantang, orang lelaki boleh teruskan hidup seperti biasa. Boleh keluar ngeteh dengan kawan sampai lewat malam. Tinggalkan isteri dengan baby dengan alasan susu cap gantung dah ada tak perlu bancuh. Sumbat terus keluar.

Bukan! Bukan macam tu.

Maaf cakap, dulu pun saya fikir macam tu jugak. Tapi selepas lihat sendiri betapa seksanya Surihati saya melahirkan tiga zuriat kami, saya faham suami selaku orang paling rapat lah yang kena main peranan bantu isteri lalui fasa dari mengandung sampai pulih sepenuhnya semula.

Kalau Nak Anak Ramai

Jika nak isteri beranak ramai

Isteri tengah mual dan muntah, tolonglah gosok dan usap belakang dia. Biar lega. Picit kepala dengan minyak, biar hilang pening.

Isteri kena tarik mengkarung malam-malam, tolonglah betulkan kaki dia. Kendurkan semula urat betis tu. Sapu dan gosok minyak biar kurang rasa tegang otot tu.

Isteri dah mula rasa sakit contraction tu, tolonglah berada di sisi, pegang kedua tangan dia, bagi kata-kata semangat. Lap peluh yang menitik di dahi dia.

Isteri dah disorong masuk wad bersalin tu, tolonglah ada di tepi katil bacakan surah, doa dan zikir. Lihat sendiri badan isteri terangkat-angkat, dada turun naik tahan seksanya saat zuriat anda nak lalui bukaan kecil tu. Amati sendiri betapa banyak darah isteri yang telah tumpah. Betapa letih dan lelah nak lalui semua ni.

Isteri dalam pantang, tolonglah beri sepenuh perhatian kepada isteri. Pakaikan dan ikat barut. Masakkan lauk berpantang. Carikan tukang urut. Bakar dan tungkukan. Pakaikan stokin.

Isteri nak menyusu, tolonglah bagi sokongan dan semangat. Buat urutan dibelakang badan. Tolong hilangkan bengkak susu. Bantulah sendawakan dan tidurkan baby.

Tak Minta Banyak, Nak Suami Faham & Ambil Berat

Banyak? Tak banyak pun.

Semua tu benda yang para isteri kena lalui. Semata-mata nak beri zuriat dan keturunan buat suami.

Kalau rasa penat dan tak mampu,

Ketahuilah….

Isteri juga penat untuk lalui semua ini. Namun sayangnya Allah kepada wanita bergelar isteri, Dia jadikan mereka kuat dan tabah untuk harungi semua ini.

Isteri tak minta pun ditukarkan suami yang kena memgandung ,bersalin dan lalui semua tu.

Isteri hanya minta suami yang faham, ambil berat.

Untuk sama-sama berpayah tempuhi saat sukar ini.

Untuk sama-sama berperit harungi saat jerih ini.

Untuk sama-sama bina keluarga bahagia yang diimpikan selama ini.

Itu sahaja.

Silakan follow saya —> Azlan Noor untuk baca posting-posting terbaru setiap hari. TQ.

Kredit: Azlan Noor

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SAHR