Uncategorized

“Mengandung Lagi Cantik Berseri-seri,” Penampilan Scha Alyahya Jadi Tumpuan. Ramai Puji Seri Ibu Hamil

Share

Pada Ogos yang lalu pasangan selebriti terkenal Scha Alyahya dan suami, Awal Ashaari mengumumkan kepada peminat bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua.

Kehamilan kedua tersebut adalah selepas 6 tahun mereka dikurniakan puteri sulung mereka, Lara Alana yang juga sering menjadi mencuri perhatian warga maya.

Setelah hampir lima bulan usia kandungan, masih ramai yang tidak dapat melihat kandungan Scha seperti kebiasaan ibu hamil yang lain. Hal tersebut membuatkan ramai yang berteka-teki dan mengatakan bahawa Scha dan Awal bakal menimang cahaya mata lelaki.

Demi tidak mahu menghampakan peminat-peminat yang begitu teruja dengan kehamilan keduanya itu, Scha dalam posting terbarunya di Instagram berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang hamil.

“Featuring babybump bump bump,” tulis Scha yang kelihatan semakin berseri memakai blaus berwarna putih.

Malah sudah dapat dilihat baby. Bump yang sering kali menjadi persoalan peminat-peminatnya sebelum ini.

Dalam ruangan komen pula, ramai yang menyatakan Scha cantik dan berseri.

Terdahulu, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia 6 tahun.

Sumber: IG schaalyahya

Baca: Hadiah Birthday Awal! Hamil Kali Ni, Scha Benci Handphone, Tak Boleh Tengok Awal

Baca: Kerap ke Tandas & Kurang Makan Hiasi Trimester Pertama. Kehamilan Kedua Yang Cukup Mencabar Buat Scha Alyahya!

Baca: “Pernah Rasa Down Sampai Nak Padam Akaun Instagram,” Fasa Pertama Kehamilan Yang Sukar Buat Scha Alyahya!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SAHR