Kehamilan

Mengandung Ramai Bawa Rezeki, Bukan Sebab Tak Ada ‘Kerja’ Lain

Share

Sebelum bercakap dan bertanya sesuatu perkara kepada wanita hamil, anda kena sentiasa ingat yang dia sedang melalui fasa perubahan hormon, bentuk fizikal sehingga menjadikannya mudah menjadi sensitif. Ambil tahu dan elakkan soalan-soalan seperti berikut.

1. Mengandung lagi ke? Bila nak bersalin?
Anda perlu tahu bahawa tempoh kehamilan mengambil masa sehingga 40 minggu atau lebih. Sudah tentulah ia mengambil masa yang panjang sebelum tiba masa untuk bersalin.

Artikel Berkaitan: [Nak Hamil Ibu kena Ready, Bukan Termengandung Tanpa Sengaja! Kalau Nak Jarakkan, Rancanglah]

2. Mengandung kembar ke ni?
Saiz perut ketika hamil boleh menimbulkan isu sensitif. Jika saiz perutnya kelihatan besar pada pandangan anda, jangan sesekali ditanya soalan sebegini. Dibimbangi soalan itu membuatkan wanita hamil beranggapan bahawa perutnya terlalu besar untuk memuatkan seorang bayi.

3. Nanti nak ambil epidural ke? Tahu tak saiz jarum tu?
Jangan sesekali menakut-nakutkan orang lain yang tidak pernah melalui pengalaman yang sama seperti anda. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil itu sedang menunggu hari untuk bersalin.

4. Anak lelaki/ perempuan lagi?!
Jantina anak bukanlah sesuatu yang boleh dipilih. Ia adalah rezeki yang sudah ditentukan oleh Tuhan.

Artikel Berkaitan: [Belum Setahun Mengandung Lagi. Kita Rasa Tak Sedia, Rezeki Anak Tetap Cukup]

5. Kenapa awak seorang je yang panas?
Apabila usia kehamilan bertambah terutamanya di akhir trimester, kebanyakan wanita hamil akan mengalami situasi di mana akan kerap berasa panas disebabkan peningkatan jumlah darah dalam tubuh. Jadi, adalah normal bagi wanita hamil untuk sentiasa berasa panas sedangkan anda rasa di sebaliknya.

6. Berapa lama agaknya boleh kembali kurus lepas bersalin?
Wanita hamil itu belum pun selamat melahirkan anaknya, anda sudah bertanya soalan sebegini. Soalan ini tidak patut ditanya kerana ia mungkin boleh membuatkan wanita hamil itu stres dengan berat badannya.

NAK HAMIL, TETAPI TIADA REZEKI

Kebanyakan wanita yang sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan biasanya sudah mula menyiapkan diri untuk hamil dan menjadi seorang ibu, Peluang untuk hamil berbeza bagi setiap wanita. Mungkin mudah untuk sesetengah wanita, tetapi sukar untuk yang lain.

Sebagai salah satu inisiatif untuk hamil, wanita perlu tahu waktu yang sesuai untuk mengadakan hubungan seks bersama suami. Sebaiknya-baiknya jika anda dan suami merancang untuk hamil kali pertama atau kandungan seterusnya, haruslah merancang sekurang-kurangnya enam bulan sebelum itu.

Anda perlu tahu waktu subur dan tidak boleh leka dengan waktu kitaran haid. Setiap tarikh datang haid perlu dicatat supaya tidak timbul kekeliruan atau tersakah kira waktu subur. Kitaran dikira bermula dari hari pertama datang haid terkini sehingga tarikh datang haid bulan berikutnya. Kitaran haid yang normal biasanya 28-30 hari. Sesetengahnya pula boleh mengalami kitaran haid yang lebih pendek atau lebih panjang, melebihi 40 hari. Dapatkan nasihat daripada doktor atau jururawat perbidanan untuk mengetahui waktu ovulasi anda yang sebenarnya.

Published by
Emy H