“Bayi awak songsanglah” kata doktor semasa membuat ujian imbasan. Cuak hati si ibu bila mendengarnya. Terus tergambarkan perlu dibedah untuk bersalin, risau dan bimbang!
Tenang dulu mama, jangan cemas. Paling penting untuk anda perlu tahu bayi akan berada dalam posisi songsang dalam tempoh tertentu dan akan kembali ke kedudukan kepala ke bawah menjelang minggu ke-36. Tetapi bagi kes bayi songsang, posisinya tidak berubah.
JENIS-JENIS SONGSANG
Terdapat tiga keadaan songsang yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.
1.Complete breech
Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap bahagian bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya.
2.Extended breech
Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan.
3.Footling breech
Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.
Artikel berkaitan: Minggu Ke-36 Patut Kepala Ke Bawah. Kuantiti Air Ketuban, Uri Bawah, Cyst & Fibroid Antara Punca Bayi Songsang
FAKTOR TERJADINYA KANDUNGAN SONGSANG
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kandungan songsang. Ia sering terjadi disebabkan oleh;
- Kedudukan uri di bawah (placenta previa).
- Tali pusat pendek
- Bayi mempunyai kecacatan.
- Air ketuban terlalu banyak atau sedikit.
- Ketumbuhan dalam pelvis seperti cyst, fibroid di dalam rahim ibu.
- Bentuk uterus yang tidak normal atau keradangan seperti endometriosis.
- Kontraksi pramatang yang menyebabkan kelahiran berlaku pada waktu itu.
PROSEDUR EXTERNAL CEPHALIC VERSION ( ECV) BANTU PUSINGKAN BAYI SONGSANG
Bagi kandungan songsang tanpa komplikasi, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi tentang prosedur External Cephalic Version atau ECV yang boleh dilakukan untuk untuk memusingkan bayi sebelum bersalin.
Menurut beliau, kandungan yang mungkin mengalami keadaan nuchal cord atau atau tali pusat melilit leher tetap boleh melalui prosedur ini kerana semuanya dipantau rapi, Sekiranya tidak berjaya, ibu akan bersalin menerusi pembedahan caesarean.
Nak Bersalin Normal Cuba ECV
ECV dilakukan pada usia kandungan 36 minggu pada kehamilan pertama dan 37 minggu untuk kandungan kedua dan berikutnya. Secara ringkasnya, ia adalah prosedur memusingkan bayi secara fizikal (seperti urutan) yang dahulunya dilakukan oleh para bidan zaman dahulu kala.
Namun, kini ianya dikendalikan oleh mereka yang berkemahiran dan lengkap dengan alatan perubatan untuk menjamin keselamatan ibu mengandung dan bayi.
Kadar kejayaan pemusingan bayi songsang melalui teknik ECV ini adalah tinggi, iaitu 50% peluang berjaya.
ECV TIDAK MENYAKITKAN
Jangan risau, kebanyakan ibu yang berkongsi pengalaman mereka mengakui bahawa prosedur ECV tidak menyakitkan tetapi memberikan ketidakselesaan kepada mereka buat sementara waktu sahaja.
Yang tukang buat ECV dan pesakit dua-dua kena BERTENANG . Biasa bila saya buat ECV saya kena kunyah coklat untuk dapat ketenangan. ?
Si ibu tak boleh makan coklat, kene puasa 6 jam sebelum ECV, in case kalau ada komplikasi perlukan pembedahan caeser, ibu dah berpuasa dan ready jika ada sebarang komplikasi berlaku.
ECV BUKAN UNTUK BAYI MELINTANG, KEMBAR ATAU SONGSANG BERMASALAH
Satu lagi, ECV ni hanya untuk baby songsang SAHAJA.
Baby melintang, kembar atau baby songsang yang bermasalah lain yang difikirkan tidak selamat untuk pusing – jangan paksa doktor anda lakukan ya. TAK BOLEH ECV
BAYI SONGSANG BERGERAK SENDIRI MENGUBAH KEDUDUKAN
Baby songsang ni tak boleh bergerak pun ikut lampu bila disuluhnya lampu even lampu spotlight menghala ke perut ibu tu. JANGAN MENGARUT
Artikel berkaitan: Tali Pusat Lilit Leher Bayi Tak Bahaya. Hanya Segelintir Berisiko Lemas Atau Kurang Oksigen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI