Alasan rimas dan sakit pada bahagian perut antara alasan yang sering diterima oleh wanita hamil jika diminta memakai tali pinggang keledar. Hakikatnya ia amatlah berbahaya. Bahaya itu ibu dan bayi sendiri jika berlaku kemalangan.
Bagi mengelakkan rasa sakit, ini cara pemakaian tali pinggang keledar yang betul seperti yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Doktor Kesihatan Wanita & Kehamilan.
Pemakaian tali keledar keselamatan untuk ibu hamil.
1. Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.
Ini untuk pastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung dan tak kena secara terus pada perut.
Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.
2. Jadi sentiasalah pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yang duduk di belakang.
Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.
3. Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
4. Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah dada ibu.
5. Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.
6. Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).
Tak payah beli pelbagai produk atau span untuk cover perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlaku accident.
Kajian menunjukkan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
Jangan bila mengandung je sibuk pakai tali pinggang. Tak mengandung pun kena gak. Jangan terkial-kial nak pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis.
Menarik: Tak Payah Susah Tukar Kiri Kanan Masa Menyusu, Kedua Payudara Hasilkan Susu Foremilk & Hindmilk
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)