Melihatkan gelagat comel pengacara dan pelakon cantik manis, Uyaina Arshad pasti tidak menyangka yang dia kini semakin hampir untuk melahirkan bayi sulungnya.
Mana tidaknya aksi lincah Uyaina ketika dipentas pengacara cukup bersahaja, langsung tidak menampakkan beban kehamilannya yang semakin sarat. Uyaina tampak aktif dan bertenaga setiap masa.
Kongsi Uyaina menerusi Instagramnya, kandungannya kini sudah pun memasuki usia lapan bulan dan hanya tinggal lagi sebulan, bayi sulung yang ditunggu-tunggu bakal dilahirkan.
Malah kata Uyaina lagi, dia juga naik berat badan sebanyak 10kg sepanjang hamil.
“Mengembang dengan jayanya.
“8 months pregnant and I’ve gained 10 kgs. 1 month plusss to go,” kongsinya menerusi Instagramnya.
Tampil berkongsi beberapa keping gambar terbarunya, jelas menampakkan keserian Uyaina yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
Pun begitu kata Uyaina dia bimbang dengan kenaikan beratnya yang banyak malah turut meminta pengikutnya berkongsi tip menurunkan berat badan dengan cepat selepas bersalin kelak.
“Ada tips tak untuk turun berat badan cepat lepas bersalin nanti?,” katanya berseloroh.
Terdahulu, awal tahun lalu, Uyaina tampil berkongsi mengenai kehamilan sulungnya di media sosial dan memohon doa agar kelahiran bayi yang dinantikannya dan suami dipermudahkan kelahiran nanti.
Menarik: Bagus Untuk Anak Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!