“Mengenangkan Apa Papa Rasa Kalau Ada Depan Faz, Anak Perempuan Tunggalnya Bakal Melahirkan Anak Pertama.” Fazura Sayu Teringat Arwah Ayah!

Share

Tiga hari yang lalu merupakan hari lahir buat arwah bapa kepada pelakon jelita, Nur Fazura. Mengenangkan arwah bapanya yang telah tiada, pelakon Gol & Gincu ini yang sedang hamil enam bulan memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.

Artikel berkaitan: Usia Kandungan Fazura Masuk 5 Bulan, Fattah Amin Beraya Denga Keluarga Terdekat Sahaja Demi Kesihatan & Keselamatan Isteri Tercinta

Dalam perkongsian tersebut, Fazura terkenangkan pemergian arwah bapanya Sharifuddin Adnan sempena tarikh hari lahir Allahyarham bapanya iaitu pada 3 hari yang lalu.

Menerusi entri tersebut juga, Fazura turut meluahkan rasa sayu membayangkan jika bapanya masih ada dan sempat melihat dirinya yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

“Hari ni merupakan hari lahir Allahyarham Papa. He would have been 64 today.

“Tahun ni rasa sayu yang luarbiasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan Faz sekarang bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.

“Rindu tak terkata. Tapi Faz tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, suri hati kepada Fattah Amin ini turut memohon orang ramai untuk mengirimkan doa kepada arwah ayahnya yang telah tiada.

“Pohon Faz jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham papa.. Sharifuddin bin Adnan. Semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT.”

Dalam posting tersebut juga, Fazura turut memaklumkan tentang pemergiaan teman baik arwah papanya yang sudah dianggap seperti bapa saudara sendiri. Dia juga turut meminta agar sama-sama mendoakan roh arwah dicucuri rahmat.

Faz turut bersedih atas pemergiaan teman baik arwah Papa yang sudah dianggap seperti bapa saudara Faz. Beliau telah berhijrah ke alam abadi lewat subuh semalam, sehari sebelum hari lahir Papa.

“Mari kita sama-sama mendoakan agar roh Mohamed Amin Bin Hussin dicucuri rahmat. Semoga isteri dan anak-anak yang dikasihi dikurniakan kekuatan dan ketenangan untuk melalui hari-hari yang akan datang,” tulisnya lagi.

Dalam satu perkongsian yang lain, Fazura juga sempat mengucapkan selamat hari bapa kepada suami tercinta Fattah Amin.

“To my hubsbaby and soon-to-be-daddy of our child, Happy Father’s Day!

“You are going to be such an amazing father and we are so blessed for you. Hope you love this little gift I bought via Coach On Delivery to surprise you!

“So happy that I was able to just shop from home and have it delivered to our doorstep. Even got a bag for myself too! Love!,” tulisnya.

Sumber: Instagram Nur Fazura

Artikel Berkaitan: Tahniah Fazura! Kongsi Berita Kehamilan Di Instagram. Usia Kandungan Sudah Masuk Empat Bulan

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah