Malam nak tidur tiba-tiba bunyi gigi bergesel, agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu. Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah. Malah ada yang berlarutan sehingga usia dewasa.
Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, keadaan tersebut mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan yang dialami oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Ia merupakan tindakan di luar kawalan dan sekiranya ia dibiarkan akan menyebabkan beberapa keadaan yang membuatkan si kecil atau anda sendiri berasa tidak selesa.
Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa pasangan atau anak kecil kita mengeluarkan bunyi yang menakutkan daripada gigi mereka di waktu malam?
Ads
Sebenarnya, mereka sedang mengisar dan menggesel gigi mereka TANPA SEDAR! Ia juga mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan.
Dalam bahasa perubatan, ia dipanggil ‘bruxism’. Perbuatan mengisar gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.
Sekiranya dibiarkan, ia akan akibatkan
Ads
✔️ Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut ✔️ Kesakitan/ luka di bahagian sudut mulut ✔️ Kesukaran untuk tidur ✔️ Sakit telinga ✔️ Sakit pada otot muka ✔️ Sakit kepala pada waktu pagi
Bagi mencegah, cuba latih rahang untuk berehat dan mengelakkan dari gigi bergesel pada waktu sedar.
Ads
Jangan ambil mudah, dapatkan rawatan. Jika perlu , doktor gigi akan memberi alatan Perlindungan Mulut.
Mengepam tidak salah tapi pastikan ibu dalam pantang mendahulukan aspek pengukuhan penyusuan terus daripada payudara. Kisah yang diceritakan oleh Pakar Laktasi IBCLC, Dr Hairin Anisa Tajuddin ini boleh dijadikan iktibar kepada ibu-ibu lain.
Ibu -ibu perlu tahu, selepas kelahiran, pengukuhan bayi kepada penyusuan terus daripada payudara amat mustahak. Proses pelekapan yang betul dan proses penyusuan itu sendiri amat membatu bayi untuk bonding dan membantu ibu mengosongkan payudara dengan baik.
International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC) & Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa Tajuddin berkongsi sebuah kisah benar tentang penyusuan susu ibu yang melibatkan ibu yang masih di dalam fasa berpantang atau confinement. Ibu bertindak hanya mengepam susu kepada bayi tanpa penyusuan terus kepada bayi kerana desakan orang di sekeliling.
Ini menyebabkan dua kesan yang memudaratkan iaitu ibu dan bayi tiada bonding serta payudara ibu bernanah. Berikut ialah perkongsian beliau;
Kisah Semalam ;
Breast Abscess & Baby has No more Bonding with mom.
Semasa confinement, ibu minta confinement lady or center untuk jaga baby. Sedangkan ibunya hanya berehat dan melakukan pengepaman sahaja. Susu yang dipam (Expressed Breast Milk) diberikan melalui botol dan yang memberi susu tersebut juga wanita lain (bukan ibunya sendiri).
Alasannya ialah ibu ingin berehat. Ibarat macam puteri raja yang tak boleh sentuh anaknya. Kena rehat 24 jam. Hanya pegang anak sesekali sahaja. Bukan tak boleh berehat.
Memang ibu perlu rehat sebab kalau stress sangat nanti boleh jadi Post Partum Blues pulak. Tapi, kerja-kerja rumah boleh serah kepada orang lain jika ada, tapi penyusuan bayi sepatutnya diberikan kepada ibu. Let the mom & baby develop spiritual bonding.
Akibatnya : Baby tak suka bau ibu…diletakkan atas dada ibu pun baby dah menjerit-jerit seolah-olah dipukul, apa lagi nak disusukan secara direct. Lagilah baby tolak semahu-mahunya. Seolah-olah baby tu tak suka betul kepada ibunya.
Bila saya dukung baby ke dada saya, baby diam dan relax aje. Berulang kali saya letak baby semula kepada ibu selepas baby senyap. Immediately baby mengamuk menjerit. Saya pulak yang stress lihat baby memang tak nak ibunya dukung.
Ini bukan salah ibu semata-mata tapi salah cara sistem sokongan yang ibu lalui. Orang-orang disekelilingnya tidak menunjukkan jalan yang betul.
Baby memang alami keliru puting (nipple confusion) yang teruk. Letak aje puting ibunya, dia tolak-tolak sambil menjerit dan nangis. Beri susu perahan pakai cawan pun baby malas nak guna lidahnya untuk handle susu dalam mulut. Aduh.
Ibunya alami breast abscess, bernanah. Sakitnya tambah dengan blocked ducts yang teruk. Sebelum ini saya dah tunjuk ajar ibunya cara menyusukan dengan betul dan baby mesti hisap direct. Jangan pam sahaja, nanti akan jadi abscess. Then masin mulut saya, ibu masih tak buat apa yang suruh dan ajarkan, maka baby menolak payudara ibu untuk disusukan .Maka terjadilah breast abscess.
Inilah sebab saya ulang kali kata MENGEPAM BUKAN PENYELESAIAN MASALAH…
Baby perlu MENYUSU TERUS DARI IBU, walaupun bekerja, balik kerja baby kena menyusu terus…faham tak?
Pam gunakan hanya di tempat kerja sahaja. Tapi ibu perlu guna perahan tangan juga jika rasa payudara tidak betul-betul lembut dan ada lumps (benjolan) selepas mengepam.
Susu tiada selepas bersalin adalah persoalan yang selalu bermain di fikiran mama selepas bersalin. Soalnya benarkah susu benar-benar tiada?
Semua wanita bergelar IBU yang normal pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi mereka. Kerana ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yang tersayang.
Menurut Kaunselor Laktasi, Noorfazila Abdul Rahman, susu ibu dicipta oleh Allah swt sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui si ibu. Kebiasaannya ramai ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak seakan hilang arah dan tiada panduan bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sejurus selepas melahirkan bayi.
KURANG SOKONGAN & ILMU
Biasanya mereka memang bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi dek kerana kurang sokongan dan ilmu berkenaan ini membuatkan mereka keliru apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Saya sungguh-sungguh tidak mahu perkara begini berlaku dan akhirnya membuatkan ibu dengan mudah percaya yang mereka TIADA SUSU dan tak mampu menyusukan anak sedangkan apa yang sepatutnya mereka lakukan tidak mereka lakukan.
SOKONGAN PADU DARI SUAMI DAN PERSEKITARAN
Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan keluar dengan banyak sejurus selepas melahirkan sedangkan realitinya bukan lah seperti itu. Bukan mudah untuk menjayakannya jika tiada sokongan padu dari suami dan persekitaran. Kerana penyusuan bukan sahaja tanggungjawab seorang ibu malah tanggungjawab seorang ayah.
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini, bila berdepan dengan situasi konflik seperti ini terutama bila melibatkan suatu tragedi sehingga meragut nyawa. Sebagai seorang ibu yang bersungguh-sungguh mahu menjayakan penyusuan susu ibu, ibu bapa seharusnya mula membuat persediaan awal sebelum kelahiran anak lagi.
MENCARI ILMU PENYUSUAN
Apa yang dimaksudkan dengan persediaan awal ini ialah mencari maklumat dan memenuhkan dada dengan ilmu penyusuan sebanyak yang boleh. Perkara utama yang perlu diketahui adalah bagaimana dan bila sebenarnya susu telah mula terhasil dan tersedia di dalam payudara ibu?
IA TERBENTUK SEJAK AWAL
Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu yang sebenarnya badan ibu telah bersedia menghasilkan susu sejak dari peringkat awal kehamilan. Ianya dikenali sebagai Fasa Memogenesis yang berlaku sekitar minggu ke 7 atau ke 8 kehamilan. Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu (Laktogenesis 1) untuk menghasilkan kolostrum telah pun bermula.
Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara ibu telah pun menghasilkan susu! Hebatnya ciptaan Allah swt ini kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu kerana pada waktu ini ada bayi yang dilahirkan pramatang. Jadi walaupun ibu bersalin pramatang, ibu tetap mampu menyusukan anak dan tetap ada rezeki susu ibu buat si bayi.
Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperolehi oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat di antaranya zat antibodi yang disebut immunoglobulin. Selain terdapat antibodi, di dalam kolostrum terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
SUSU TIDAK ADA SELEPAS BERSALIN?
Benarkah susu tiada langsung selepas bersalin? Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu di dalam payudaranya kerana penghasilan kolostrum sudah bermula sejak 16 minggu usia kandungan cuma paras hormon ibu yang berbeza membuatkan ada ibu yang sudah mula keluar susu sejak sebelum melahirkan dan ada ibu yang hanya keluar pada hari ke 2-3 anak dilahirkan.
Jadi, untuk meningkatkan paras hormon prolaktin ini, rangsangan dari hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Sebab itulah ibu perlu mendapatkan anak secepat yang boleh untuk disusukan supaya proses pengeluaran susu akan lebih cepat berlaku.
Jadi setiap ibu perlu bersedia dan susukanlah anak anda dengan yakin tanpa ragu-ragu sama ada anak mendapat susu yang cukup atau tidak. Sememangnya bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang tersangat kecil.
Selain itu, warna kolostrum yang jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan dan ibu tidak sedar kehadirannya. Hanya rangsangan kerap pada payudara saja yang dapat membantu kolostrum tersebut diterima oleh bayi anda. Jadi ibu tak perlu panic jika anda melalui situasi seperti ini kerana ianya sesuatu yang normal dan apa yang perlu anda lakukan hanyalah menyusukan anak sekerapnya termasuk disebelah malam..
Lebih kerap payudara ibu mendapat rangsangan lebih cepat kolostrum akan mula keluar, lebih banyak kolostrum akan diterima oleh bayi dan lebih banyak susu bakal terhasil. Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama 6 jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya. Bila bayi menangis bukan lah semata-mata kerana dia kelaparan tapi banyak lagi factor lain yang menyebabkan bayi menangis. Jadi susukan lah anak anda kerana hanya penyusuan saja yang dapat menenangkan anak dan memberi keselesaan kepadanya.
Selain itu, ibu perlu memastikan pelekapan (latch on) yang betul dan posisi penyusuan yang tepat untuk memudahkan proses kelahiran. Ikuti sambungannya nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila isteri selesai bersalin, para suami kena ambil tahu tentang beberapa perkara penting yang berlaku kepada isteri mereka. Proses bersalin mengambil masa yang panjang dan menyakitkan ibu hamil akan meninggalkan pelbagai kesan fizikal dan emosional kepada mereka.
Jadi, sebagai suami anda perlu beri sokongan kepada isteri untuk menghadapi perubahan tersebut. Kalau tak tahu, kena ambil tahu apa perkara yang memberi kesan mendalam kepada isteri dan bantulah meringankan bebanan isteri.
5 benda suami nak kena tahu tentang isteri yang lepas bersalin ( post partum )
1. Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.
2. Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.
3. Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.
4. Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).
Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :
– Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa
– Batuk darah
– suhu badan naik
– sesak nafas
Bahaya ke pulmonary embolism ni?
– Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!
5. Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.
Masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka kesan koyakan Episiotomy je tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.
p/s : Tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye