Ibu dan ayah yang baru sahaja kehilangan anak tersayang amat memerlukan sokongan dan kata-kata semangat daripada orang sekeliling. Setiap individu pasti pernah mengalami situasi dimana orang yang kita sayang telah tiada. Kematian berlaku secara mengejut dan secara tidak langsung menganggu emosi mereka.
Kejutan boleh berlaku secara berterusan dalam beberapa minit atau hari. Kejutan ini boleh mengangu keupayaan ibu dan ayah untuk bekerja atau membuat sebarang keputusan. Jadi ahli keluarga terdekat lah yang harus membantu mereka.
Sentiasa berada berdekatan untuk memberikan semangat kerana ibu muda yang baru melahirkan anak, atau baru menjaga anak paling terkesan apabila anak mereka telah tiada. Yelah.. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandung 9 bulan, dijaga dan dibelai setiap hari pergi buat selamanya.
Perkongsian panduan untuk ahli keluarga dan juga ibu ayah harap dapat membantu anda apabila anda berada dalam situasi ini.
PANDUAN UNTUK BERHADAP DENGAN IBU DAN AYAH MANGSA
Barang Keperluan
Ketika menerima berita kematian, sudah tentu mereka tidak dapat membuat keputusan. Orang yang terdekat dan rapat siapkanlah barang keperluan mereka seperti baju, tudung dan sebagainya. Pilihkan baju yang sesuai untuk ke hospital atau tempat pengkebumian. Tolong bawa barang-barang penting si ibu seperti handbag dan ic serta dokumen yang berkaitan. Pegang handphone mereka jika perlu, dan ambil alih semua panggilan yang diterima. Emosi mereka ketika itu hanya dia sahaja yang tahu dan kadang-kadang tidak mahu menjawab apa-apa soalan.
Masak Makanan Yang Sihat
Ketika sedang bersedih tubuh berada dalam tekanan dan biasanya lebih lemah berbanding masa lain. Jadi masaklah untuk mereka makanan yang berkhasiat, hidangkan dan makan bersamanya. Walaupun kemungkinan besar pelawaan tersebut ditolak, pujuklah mereka dengan baik. Pesan untuk jamah sedikit makanan agar bertenaga untuk melakukan urusan yang akan datang.
Berkongsi Rasa
Kadang-kadang yang mendengar lebih baik. Jadilah pendengar yang setia. Biarkan mereka meluahkan perasaan. Apabila mereka berkongsi perasaan sedih, kecewa sekurang-kurangnya akan berasa lega sedikit. Jika mereka berdiam dan tidak mahu berkongsi, gengam tanganya dan pesan “Mengadu lah pada tuhan, sesungguhnya tuhan itu maha mendengar lagi maha mengetahui”.
Perbanyakkan Membaca Al-Quran
Jika si ibu menagis dan masih tidak boleh bertenang, anda sebagai orang yang paling hampir bacalah al-quran dari mana-mana surah. Alunan bacaan al-quran sangat menenangkan jiwa. Ajak si ibu solat bersama dan perbanyakkan membaca al-quran. Jangan biarkan mereka tersebut dalam keadaan bersedih.
PANDUAN UNTUK IBU AYAH MELAWAN KESEDIHAN
Menangis lah
Menangislah untuk melepaskan kesedihan. Menangis merupakan sistem pertahanan yang diberikan Tuhan kepada manusia supaya kita berasa lega pada saat menghadapi tekanan yang hebat ini. Namun diingatkan, jangan menangis terlalu lama kerana akan menganggu emosi dan kesihatan.
Lakukan Aktiviti
Apabila kita duduk bersendirian, kita akan teringat perkara-perkara yang menyedihkan. Jadi elakkan! Jangan berada dalam keadaan ‘kosong’ kerana syaitan amat suka menganggu fikiran manusia yang bersedih. Aktiviti yang padat akan membuatkan anda leka dan tak sedar masa bergerak pantas. Lakukan sebanyak mungkin aktiviti dan kembali kepada tugasan harian anda.
Tulis Perasaan Anda Dalam Diari
Kalau anda bukan golongan yang berkongsi perasaan dengan orang lain seperti panduan di atas, anda boleh meluahkan perasaan anda menerusi penulisan. Tulis apa sahaja yang anda rasa, luahkan semua, rindu atau apa sahaja kerana buku itu milik anda. Cara ini dapat meredakan kesedihan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI