Kebelakangan ini terlalu banyak kes melibatkan penderaan bayi dan lebih malang ada yang maut akibat kecuaian penjaga-ibu bapa atau pengasuh. Jika diamati rata-rata anak kecil ini mengalami pendarahan di otak.
Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya pendarahan otak bagi bayi mudah berlaku jika seseorang bayi digoncang terlalu kuat. Mungkin awalnya tak nampak kesan tapi jika terlalu kerap ia akan menjadi penyebab kepada bayi tersebut.
Menurut Dr Suriyakhatun keadaan ini boleh berlaku apabila depresi (tekanan) atau kurangnya sikap sabar sehingga bayi dibawah jagaan menjadi mangsa.
Kes dera bayi semakin banyak di ketengahkan sehingga ada yang post video yang mungkin di ambil oleh pemangsa atau kuncu pemangsa.
Ini satu perkembangan yang tidak sihat dan bagi saya akan ada orang yang sakit otak akan tiru.
Kita juga dikejutkan dengan ibu kelar anak sehingga mati dan pengasuh mendera anak sehingga mati kerana pendarahan di otak. Mungkin anak itu banyak menangis menyebabkan pengasuh menjadi marah lalu dia ketuk kepala bayi atau goncang bayi terlalu kuat.
Bayi lebih mudah mendapat pendarahan di otak dan boleh mendapat pendarahan bila di goncang. Sebab itu tidak digalakkan menghayun bayi terlalu kuat dan laju dalam buai.
Ibu yang mengalami depresi akan cepat marah serta kurang sabar. Banyak kes mendera bayi atau anak adalah dari ibu mereka sendiri dimana ibu mengalami depresi dan kadangkalanya depresi ini adalah selepas bersalin (post natal depression)
Bagi pengasuh atau pembantu yang mendera bayi, saya rasa mereka ini pun mengalami masalah sakit jiwa atau ada perasaan marah yang dilepaskan kepada anak di bawah jagaan mereka sebab tak mungkin orang yang tidak ada sakit jiwa mendera anak yang tidak ada dosa itu.
Ada anak yang susah nak jaga sebab terlalu banyak menangis, susah tidur dan susah nak dipujuk menyebabkan ibu bapa menjadi terlalu penat menjaga anak-anak bermasaalah ini. Anak begini selalunya ada penyakit. Menangis tanpa boleh dipujuk dengan mudah adalah kerana anak itu tidak selesa, mengalami sakit atau emosi amat terganggu. Dapatkan rawatan awal dan pastikan punca menangis itu cepat ditangani .
Dalam kes begini, walaupun ibu bapa atau penjaga tidak mendera anak itu, perasaan meluat atau benci mungkin timbul sebab mereka menjejaskan dan menyusahkan ibu bapa atau penjaga. Perasaan meluat ini dapat di rasa oleh anak dan akan menjejaskan lagi emosi anak yang sudah sakit itu menambahkan sakit mereka.
Awas ibu bapa yang ada pengasuh atau hantar anak ke nurseri. Jika anak tiba-tiba dapat muntah yang memancut, terlalu banyak tidur, lemah anggota badan, segera bawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi sebab ia mungkin petanda shaken baby dan mungkin ada pendarahan di otak.
Sumber: Dr Suriyakhatun