“Kenapa saya asyik teringin makan lemon je masa mengandung ni?” Soalan ini biasa dilontarkan oleh ibu hamil, terutama apabila selera bertukar arah kepada makanan masam seperti lemon.
Ramai ibu hamil percaya pengambilan lemon boleh meredakan morning sickness. Lemon sebenarnya agak berbeza bagi ibu hamil.
Anda perlu tahu, makan dan minum lemon semasa mengandung mempunyai beberapa pro dan kontra masing-masing bergantung kepada tubuh ibu hamil itu sendiri.
Persoalan utamanya juga adakah sihat ibu hamil mengambil buah lemon ini setiap hari?
Beberapa kajian klinikal, mengidam lemon atau makan masam semasa mengandung adalah perkara biasa. Ia mungkin berkait rapat dengan pelbagai factor termasuklah perubahan hormone yang berlaku kepada ibu hamil.
* Perubahan hormon
Hormon seperti estrogen dan progesteron yang berubah boleh menjejaskan deria rasa dan bau.
* Tubuh perlukan vitamin C
Lemon kaya dengan vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dan menguatkan sistem imun.
Ads
* Mengurangkan rasa loya (morning sickness)
Rasa masam dari lemon dipercayai boleh membantu mengurangkan rasa mual.
Pengambilan lemon yang dikatakan dapat meredakan morning sickness sebenarnya ada pro dan kontranya. Ini yang ibu hamil perlu tahu.
Lemon bantu lancarkan penghadaman, sembelit
Ads
Jika diambil secara sederhana, lemon dapat bertindak baik kepada tubuh ibu hamil. Antaranya ialah dapat meningkatkan imuniti tubuh ibu hamil serta melancarakan penghadaman.
1. Meningkatkan imuniti tubuh
Lemon kaya dengan vitamin C, sejenis antioksidan yang kuat. Semasa hamil, sistem imun ibu menjadi sedikit lemah untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi dalam rahim. Manakala Vitamin C pula membantu melawan jangkitan seperti selsema dan batuk, menyokong pembentukan kolagen yang penting untuk kulit, sendi dan salur darah bayi serta memudahkan penyerapan zat besi, sekali gus mencegah anemia semasa hamil.
2. Melancarkan penghadaman
Ramai ibu hamil mengalami masalah perut kembung, angin dan rasa tidak selesa di bahagian perut. Lemon, jika dicampur dengan air suam boleh merangsang penghasilan jus gastrik dan enzim pencernaan malah membantu makanan dihadam dengan lebih lancer selain dapat mengelakkan rasa sebu dan tidak selesa selepas makan.
3. Mengurangkan sembelit
Masalah sembelit sangat biasa berlaku semasa kehamilan kerana perubahan hormon melambatkan pergerakan usus. Dengan adanya pengambilan lemon, boleh merangsang hati untuk menghasilkan hempedu dan cecair penting dalam proses penghadaman.
Ads
Kesan Buruk Jika Lemon Diambil Berlebihan
1. Pedih Ulu Hati / Heartburn
Semasa mengandung, otot yang memisahkan perut dan esofagus menjadi longgar disebabkan hormon progesteron, menyebabkan asid mudah naik ke kerongkong. Lemon mengandungi asid sitrik yang boleh menambah keasidan dalam perut dan memburukkan simptom pedih ulu hati dan ketidakselesaan dada.
2. Hakisan Enamel Gigi
Asid sitrik dalam lemon juga boleh memberi kesan kepada lapisan pelindung gigi (enamel). Jika diambil berlebihan atau tanpa penjagaan mulut ia boleh boleh menyebabkan gigi menjadi sensitive dan kerosakan gigi dan berlubang meningkat.
3. Ketidakselesaan Perut
Lemon yang terlalu banyak boleh mengganggu keseimbangan pH dalam perut, terutama jika ibu tidak mengambil makanan lain yang bersifat alkali. Ini boleh menyebabkan perut memulas atau ‘masuk angin’ serta rasa mual dan ketidakhadaman yang berpanjangan.
✅ Tips Selamat Mengambil Lemon Semasa Hamil
* Ambil dalam kuantiti sederhana, contohnya perah sedikit dalam air suam.
* Gunakan straw jika minum air lemon untuk kurangkan sentuhan dengan gigi.
* Elakkan lemon jika anda ada gastrik atau pedih ulu hati teruk.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penambahan garam dan gula sememangnya dilarang dalam sajian menu anak-anak kita. Pun begitu, anak kecil pun sama, hendak merasa makanan sama macam kita yang mempunyai rasa manis, masam dan sebagainya. Barulah bayi makin berselera hendak makan.
Perkongsian ibu, Nur Aliaa Syahirah ini boleh mama jadikan rujukan. Mana tidaknya, melalui perkongsiannya di facebook, beliau mengumpulkan kelima-lima penambah perasa yang boleh disediakan buat bayi comel kita.
Bagi bayi yang kurang seleranya, bolehlah mama sediakan penambah perasa ini. Barulah anak makin berselera. Jom semak resipi yang dikongsikan olehnya.
Penambah perasa for Akid AnaQi, 7 bulan. Sebagai ganti garam & gula.
1. Tumiskan semua bahan ni dengan unsalted butter.
2. Bila dah kekuningan boleh tutup api dan biarkan sejuk.
3. Lepas tu boleh lah blend sampai hancur.
4. Simpan dan bekas kecil.
Tomato Paste
Celery
Carrot
Bawang Holand
Tomato ceri
Bawang putih
1. Kukus tomato dulu untuk buang kulitnya.
2. Lepas tu blendkan semua bahan sekali.
3. Masakkan atas api perlahan semua bahan sampai agak kering.
4. Siap.
Chicken Feet Stock (CFS)
Kaki ayam
Bawang putih
Tomato
Sup bunjut
Halia
Saleri
Bawang holand
1. Masak semua bahan atas api yang perlahan selama 3-4 jam.
2. Kalau air kurang tambahkan air sedikit.
3. Dah siap tapiskan dan ambil airnya sahaja.
Chicken Powder
1. Rebus ayam.
2. Lepas tu carik-carikkan.
3. Masukkan dalam air fryer dengan suhu 170C selama 15 minit.
4. Lepas tu blendkan.
5. Siap.
Serbuk Ikan Bilis
1. Basuh bersih-bersih dan rendam ikan bilis semalaman.
2. Toskan airnya.
3. Masukkan dalam air fryer dengan suhu 160 C selama 20 minit.
4. Siap.
Bosan dengan menu ayam goreng, apa kata hari ini mama ubah kebiasaan dengan ayam bakar pula untuk anak-anak di rumah. Resipi ayam bakar yang satu ini cukup mudah dan paling penting sihat untuk anak-anak kerana tidak menggunakan minyak ketika dibakar. Malah mama pun boleh berdiet.
Ayam Bakar Daun Kunyit dengan rasa rempah dan daun kunyit yang diperap lama buat rasa ayam cukup menyengat. Resipi yang dikongsikan oleh Dapur Cheyah ini cukup simple tapi rasanya cukup sedap. Jom cuba!
Perghhh! Sangat harum semerbak weh bilamana bakar ayam ni. Bila rasa pula macam makan rendang. Sangat recommended bagi cheyah. Jom terjah resepi yang senang ni.
Bahan-bahan:
1 ketul ayam bahagian dada (suka hati korang la nak yang bahagian mana eh)
2 helai daun kunyit (cheyah dah hiris nipis)
1 batang serai
2 biji bawang merah
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil serbuk kari
Sedikit garam
1. Kena blanderkan semua bahan sekali gus kecuali serbuk kari, garam dan daun kunyit.
2. Bila dah hancur cantik molek. Masukkan dalam ayam dan tambah bahan lain tu. Gaul sebati bagi semua bahan mesra.
3. Perapkan selama sejam. Lagi lama lagi best. Cheyah perap pagi, petang baru bakar.
4. Bakarlah suka hati korang nak guna apa. Cheyah guna pemanggang ajaib je. Kalau bakar guna oven pun boleh.
Ok dah settle! Senang gilerr kan. Janji masak simple dan sedap belaka. Selamat mencuba!
Sebut je nuget, semua anak-anak suka makan. Namun jika pengambilan terlalu kerap tak berapa elok untuk kesihatan kerana kandungan bahan perasa dan pengawetnya tinggi.
Jadi sebagai alternatif untuk memenuhi keinginan anak, ibu boleh buat sendiri nuget yang berkhasiat untuk anak tanpa tanpa MSG, pengawet, dan kurang garam.
Dah banyak resipi nuget sihat ibu boleh cuba. Tetapi resepi chicken nugget stick yang dikongsikan oleh Puan Nurul Natasya Abidin ini sangat menarik dan nampak sedap.
RESEPI NUGGET AYAM STICK UNTUK ANAK
Ini antara bahan yang diperlukan menyediakan nuget ayam. Anak yang tak makan sayur pun akan menggemarinya.
BAHAN-BAHAN
Ayam bahagian dada – blend
Daun sup – cincang halus
Carrot – cincang halus
Tepung ubi – 2 sudu
Tepung gandum – 5 sudu
Garam secukup rasa
Lada sulah
CARA-CARA
Mula-mula, rebuskan atau kukus semua bahan. Kalau nak senang melekat pada batang aiskrim / chopstick / lidi, rebus bulat dulu kemudian baru cucuk.
Seterusnya bila dah elok dibentuk, bolehlah bekukan dalam freezer. Tujuan kita bekukan ni supaya testurnya lebih cantik, tak berderai dan kurang serap minyak bila digoreng.
Bila dah agak beku dalam freezer, bolehlah goreng dengan minyak panas macam kita goreng nugget biasa.
Masa nak goreng, gaul dengan telur dan salut dengan tepung untuk bagi rangup.
Bila dah goreng, hasilnya memang buat anak-anak tergoda. Cuma jika ada lidi senang untuk anak nak pegang tapi perlulah hati-hati untuk elakkan tercucuk ketika anak makan.
Yang penting, rasanya lagi juicy sebab guna bahan segar dan tiada tambahan perasa lain. Kalau anak susah makan nasi pun boleh buat macam ni. Sekurang-kurangnya dapat khasiat makanan sebenar.
Selamat mencuba!
Kredit: Puan Nurul Natasya Zainal Abidin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.