Bagi yang pernah merasa Roti Sangkaya, roti kukus dengan sos pandan pastinya teringat-ingat akan rasa pandannya yang segar dan dihidangkan ketika panas. Saat disajikan di atas meja, perut yang kenyang pun terasa lapar kembali. Begitulah penangan Roti Sangkaya yang cukup enak dan segar rasanya.
Pun begitu, bagi yang mengidam atau teringin untuk merasa roti kukus yang satu ini, tidak perlulah ke restoran untuk menjamahnya sebaliknya boleh mencubanya sendiri di rumah. Rupanya tidaklah sesukar mana untuk menyediakannya sendiri, lebih-lebih lagi menyediakan sos pandannya.
Bukan hanya ibu hamil, bayi kecil kita dan anak-anak juga dapat menjamahnya sekali. Rotinya lembut dan memudahkan anak makan. Resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Farisha Sofea nampak cukup enak sekali. Gabungan santan, susu cair dan sedikit susu penuh krim buat rasanya berlemak. Jom cuba!
ROTI SANGKAYA VERSI BABY
Ads
Bahan Bahan :
Bahan A :
Roti wholemeal secukupnya dibelah 2
Bahan B :
1/2 cawan air pati pandan
1/4 cawan santan
1/4 cawan susu penuh krim
1 biji telur
1 1/2 sb tepung jagung non gmo
Ads
Bahan Lain:
Susu penuh krim suam / ASI
Kukus seketika Bahan A anggaran dalam 5 hingga 7 minit. Letakkan di dalam pinggan. Ketepikan seketika.
Ads
Di dalam periuk, satukan pula ke semua Bahan B dan kacau sebati.
Kemudian masak di atas dapur menggunakan api perlahan sehingga adunan menjadi pekat dan meletup letup.
Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit susu penuh krim suam/ASI.
Siap sedia dihidang bersama roti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain makanan berat dan utama, anak juga sama macam kita, sukakan makanan yang pelbagai. Salah satu menu yang boleh diberikan kepada anak-anak kita adalah beraneka bubur. Pun begitu, untuk bayi dua tahun ke bawah perlulah dikawal kandungan gulanya supaya tidak terlalu manis. Sebolehnya elakkan letakkan gula di dalam bubur anda.
Potong juga buah atau elemen utama dalam saiz yang kecil supaya tidak membahayakan anak untuk makan. Apapun jenis makanan dan bubur pastikan ibu sentiasa mengawalnya ketika anak makan. Lebih selamat. Anak kenyang, ibu pun senang hati.
Empat pilihan pengat atau bubur manis daripada empat ibu hebat ini nampak sedap. Pilihan buat anak-anak kita di petang hari. Jom cuba.
Resipi Atieyn Myra ini mudah sahaja, hanya gunakan 4 bahan sahaja.
Petang ni tea time Mawaddah ibu buatkan bubur jagung. Sedap walaupun no sugar no salt. Ibu dah makan semangkuk dah.
Bubur Jagung Simple
2 tongkol jagung manis
1 cawan air
⅓ cawan santan segar (saya lebihkan untuk rasa yang lebih creamy)
2 biji kurma (boleh lebihkan kalau nak lagi manis)
1. Kupas jagung dan sisirkan isinya. Ketepikan.
2. Rendam kurma dengan air panas. Buang kulit dan biji. Lenyekkan.
3. Masukkan santan, air dan kurma ke dalam periuk. Nyalakan api. Masak sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan jagung. Kacau sekejap. Masak sekitar 5 minit sahaja. Tutup api. Siap!
Tips : Kalau beli jagung manis / jagung susu / jagung mutiara dari cameron, cara masaknya memang 5 minit sahaja. Kalau untuk rebus, makesure didihkan air sehingga menggelegak then celup 5 minit. Kalau lebih masa jagung akan kering dan hilang rasa.
Ini pula resipi perkongsian ibu Nor Syahidah Ramli yang menyediakan Pengat Pisang Kurma tanpa garam dan gula. Hanya kurma dan manis pisang sebagai perasa. Dua bahan saja dan cukup.
Semua makanan anak saya Zaid tak ditambah garam/gula tapi tetap cukup rasa.
Bak kata doktor yg ummi jumpa, “Setiap orang tahap masin, manisnya lain-lain. Macam tu juga baby. Baby tu tak kenal lagi masin manis. Deria dia pun 3 kali ganda kuat dari kita. 2 tahun ke bawah tak perlu gula garam. Cukup kenalkan dengan yang semulajadi”
Ps: untuk anak yang masih makan texture halus, boleh blend makanan. Masak dan blend ikut texture anak masing-masing.
Pengat Pasta Kurma dan Pisang
(Sesuai untuk 7m+)
Bahan-bahan:
Pisang – dipotong kecil
Kurma Pasta
Cara:
1. Masak kurma pasta dari Eatalian Express selama 5 minit dengan air yang secukupnya.
2. Masukkan pisang.
3. Masak sehingga lembut semuanya.
Note: boleh masukkan puri kurma sebagai pengganti gula.
Bubur gandum versi baby 9 bulan dari Puan Nurul Afifah pun nampak sedap. Laju je anak makan.
Guna barang asas yang ada di rumah saja.
Bubur Gandum Versi Bayi
Bahan :
Biji gandum
Santan
Kurma
Air secukupnya untuk rebus
Cara cara:
Biji gandum rebus sampai lembut kembang. Dah lembut masukkan santan. Asingkan untuk portion anak. Maniskan skit dengan puree kurma. Selebihnya untuk hidangan keluarga.
Kalau tak ada gandum, guna barli pun boleh. Kalau nak wangi lagi letak daun pandan.
Ini pula resipi Bubur Barli daripada Puan Dahlia Kamaruza. Barli memang sedap dan baik untuk kesihatan jadi tak salah beri anak rasa barli pula kali ini. Jom cuba.
Bubur Manis Barli Epal & Pear
Barli 2 sudu besar
Apple merah 1/2 biji
Pear 1/2 biji
Caranya:
Rendam dulu barli selama 1/2-1 jam. Apple dan pear buang kulit dan potong dadu kecil. Lepas tu rebus je semua sampai barli kembang dan buah lembut.
Rebus sampai air agak kering kemudian blend kejap. Kalau nak halus boleh blend sampai halus. Ikut texture mana yang anak nak makan. Kalau dah boleh makan tak perlu bleh.
Tak perlu tambah kurma pun dah ada rasa manis-manis dari buah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mencapai matlamat untuk menurunkan berat badan bukanlah satu hal yang mudah. Jika isteri membuat keputusan untuk berdiet selepas melahirkan anak, suami haruslah turut sama menyokong penuh hasrat isteri. Ada baiknya suami ikut sekali berdiet, barulah isteri rasa lebih bersemangat untuk berdiet.
Lain pula kisahnya dengan isteri ini, Darina Sekeri yang membantu suaminya menurunkan berat badan idea. Dalam tempoh satu tahun sahaja, suaminya berjaya turun 20kg malah bertukar dari saiz XL ke S. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sebegini jika tidak disokong oleh pasangan. Menariknya demi mencapai tujuan ini, isteri sama-sama berdiet malah menyediakan resipi diet buat suami tercinta. Nak tahu apa jenis resipinya?
Setelah berjaya membantu suami saya lost 20kg, dari size XL ke size S, dari seluar size 36 ke size 28, dari 85 kg ke 65kg dan maintain dari tahun 2019-2020.
Ini antara menu bekal kami suami isteri.
Menu Ayam Dan Ulam
Saya suka bekal ulam sebab lebih senang nak prepare. Ayam atau ikan goreng saya guna airfryer (tanpa minyak).
Nasi tu nampak putih je, saya ada simpan budu sebotol kat ofis. Nak makan letak budu. Letak sikit tak ada masalah. Asalkan ada rasa.
Bekal Ikan & Ulam
Ni selera orang kampung. Kang kata eat clean orang kata salah pulak sebab makan budu.
Air dan minuman manis kena stop. Sekali sekala makan karipap tu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh. Tapi tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula).
Kena juga bersenam untuk badan fit. Baru la badan tak menggelebeh bila dah kurus.
Ulam Dengan Ikan Rebus Air Asam
Menu Ikan Rebus Dan Ulam
Terdapat 22 resipi ringkas tapi sihat lain yang dikongsikan oleh pasangan ini di facebooknya. Tak salah untuk kita mencuba asalkan menu ringkas dan sihat semacam ini.
Tak dapat banyak, turun 2 hingga 3 kg sudah cukup memadai buat si isteri. Jom sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan suku suku separuh seperti yang disarankan oleh KKM.
Tip:
Sayur wajib ada. Ulam lagi senang sebab tak payah masak. Berkhasiat pulak tu.
Ayam atau ikan goreng guna airfryer (tanpa minyak).
Bukan eat clean tapi makan cara sihat. Bagi ada rasa sikit-sikit tak apa.
Amalkan sukatan suku-suku separuh yang disarankan KKM.
Air dan minuman manis kena stop.
Sekali sekala makan karipap tu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh. Tapi tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula).
Kena juga bersenam untuk badan fit supaya badan tak menggelebeh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebiasaanya warna kuih onde-onde bewarna hijau, dari air perahan daun pandan. Namun resipi kali ini sedikit berbeza kerana pemilik resipi, puan Lily Azhary
Onde-onde bunga telang, bagi yang pertama kali mendegar nama ini pasti tertanya-tanya bagaimana penyediaan kuih ini. Luaranya sangat cantik, dengan warna bunga telang. Lain daripada yang lain. Ikuti resipi penuh ini.
Kuih onde-onde bunga telang sebagai pemanis mulut berbuka puasa hari ini.
ONDE-ONDE BUNGA TELANG
Bahan-bahan;
2 cawan tepung pulut
1 cawan air ekstrak bunga telang
2 ketul gula melaka(dipotong dadu kecil)
1/2 biji kelapa parut muda (di ambil putihnya saja)
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
-Rebus bunga telang dengan 2 cawan air jadikan 1 cawan. Anggaran 50-70 kuntum bergantung kepada kepekatan warna yang di kehendaki). Sejukkan.
-Apabila sudah sejuk boleh mula buat adunan dengan mencampurkan tepung pulut dan air bunga telang tadi. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
-Bentukkan bulat dan isi inti gula melaka. Tutup adunan dan bentuk bulat semula. Ulang proses hingga doh habis.
-Rebus dalam air mendidih hingga bebola tadi timbul. Toskan , golekkan di atas kelapa parut yang sudah di gaul dengan garam.
Tips:
Setelah doh diisi inti dan di bentuk sapukan bekas/dulang untuk meletakkannya dengan sedikit minyak untuk mengelakkan doh melekat.
Kelapa parut jika mahu tahan lama, kukus sekejap kemudian gaul rata dengan garam.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.