Tengok anak orang lain dah bergolek meniarap bila tengok anak kita baru meniarap kejap dah nangis macam tak ada esok. Dia tak suka ke?
Umur dah 4 bulan ni. Tak meniarap lagi … Aduhh.. anak aku ada masalah ke??
Mesti ada yang risau kan tengok anak tak meniarap lagi. Bila tiarapkan terus nangis. Macam mana tu ya?
Melalui perkongsian Puan Lin Talib, meniarap ni biasanya umur 3-4 bulan dia start. Memula dari terlentang ke meniarap lepas tu dia akan belajar dari meniarap ke terlentang.
Masa meniarap tu, dia akan belajar untuk angkat kepala dia. Ini akan membantu dalam menguatkan leher dan juga tulang belakangnya. Sambil tu, meniarap melatih pernafasan anak dan menjadikan paru-parunya lebih kuat.
Tapi ..Bagaimana nak latih anak meniarap ni?
Jom kita tengok:
1. Letak atas bantal
Letakkan bantak kecil di bawah badan anak dan biarkan anak meniarap kejap. Letakkan juga mainan di hadapan anak supaya dia ralit tengok mainan sambil meniarap.
2. Letak atas badan ibu/ bapa
Ads
Saya suka letak anak atas badan saya. Di mana dadanya di atas perut saya.
Sambil dia meniarap kita main la dengan dia. Pastikan tangan kita pegang anak. Jadi badut kejap. Sambil menguatkan bonding antara parent dan anak, ia juga membantu anak berlatih meniarap.
Bila letak atas badan kita, memang rasa kurang stabil sikit. Sambil itu ia melatih keseimbangan atau vestibular anak. Boleh mulakan seawal 3 bulan.
Memula kita pegang anak, dah lepas tu kita tengok dia akan mula pandai balance badan dia, jadi kita sekadar berjaga-jaga saja.
Sambil dia meniarap, sambol kita main dengan dia, sambil tu tangan kita urut belakang dia. Dari bahu urut sampai ke pinggang ok?
3. Buat ikut kiraan masa
Ads
Masa mula-mula buat.. cuba buat ikut kiraan 10 saat. Lepas tu kita terbalikkan. Buat lagi.
Lepas tu upgrade la jadi seminit… 2 minit dan seterusnya.
4. Urut badan guna minyak
Setiap kali lepas mandi dari umur sebulan sampai la sekarang, memang amalkan sapu minyak kelapa pada badan anak.
Cara urutan guna ibu jari pelan light light je kita urut belakang dia, tangan dari bagu sampai ke jari-jari.. punggung sampai ke kaki.. lepas tu depan pulak..
Urutan pada bayi ni bagus tau. Ia mampu meransang sensori serta otot bayi supaya jadi kuat sambil melancarkan perjalanan darah dalam badan.
Ads
Sambil tu, ia menenangkan anak dan dapat mengeratkan bonding tauu. Tapi jangan urut macam urut Tok Wan pulak.
5. Mandikan gaya orang India mandikan bayi
Yang ni tak tahulah nak demo macam mana. Haha. Sebab masa saya berpantang, bidan saya yang ajarkan dan saya buat ketika anak umur sebulan sampailah sekarang.
Alhamdulillah, walaupun nampak kasar tapi anak jadi cergas!
Maybe ada kawan-kawan Indian kita boleh share kan cara mandian bayi mereka?
Ha, nanti cuba buat dekat anak ya. Buat sikit-sikit dulu dan relax. Banyakkan bermain dengan anak. Biarkan anak rasa disayangi ya
Bila anak tu rasa disayangi.. dia rasa selamat.. jadi dia akan mudah nak berkembang. InsyaAllah.
Sehari selepas menjengah dunia, Norman Hakim dan Memey Suhaiza akhirnya menunjukkan wajah anak perempuan.
Memilih nama Mikayla Delisha Hakim untuk kelahiran puteri kali ini, Norman mengharapkan si kecilnya dapat membesar dengan sihat dan sentiasa di bawah rahmat Allah.
Norman juga turut berkongsikan maksud nama anaknya iaitu
MIKAYLA; Pemberian Allah DELISHA; Gembira dan Membuat Orang lain Gembira HAKIM; Arif Bijaksana
Keterujaan ini juga bukan setakat pada Norman sahaja tetapi Memey juga turut berkongsi momen kegembiraannya.
Inilah anak bertuah yang selama ni dalam perut. Hari-hari ligat, macam-macam excercise dia buat. Tapi semalam dah ada depan mata mummy.Tak boleh tidur mummy malam tadi sebab excited sangat rasanya. Seronok sangat bau baby.
Alhamdulillah anak baik, mengandung senang, melahirkan pun senang. Sakit tu tetap sakit. Terima kasih anak.
Mengandung Senang, Bersalin Mudah
Menerusi instagram Memey sebelum dia melahirkan Mikayla, dia ada berkongsikan rasa sakit main-main pada sebelah pagi dan tak sangka akan bersalin 12 Julai.
Memandangkan tarikh jangkaan bersalinnya awal Ogos, memang tak disangka langsung. Namun bila sampai di hospital, rupanya dah 5 cm.
Rasa macam tak percaya sebab tak ada tanda-tanda yang menunjukkan dia bakal bersalin awal, tapi semua itu kehendakNya.
Baby Tunggu Abang Danish Balik
Menerusi instagram anak sulung Norman Hakim, Danish Hakim dia juga ada berkongsi perasaan gembiranya dengan kehadiran adik perempuan baru dalam keluarga.
Baby girl baby girl..thank you tau sebab ‘tunggu’ Abang balik dari jauh dulu baru ‘keluar’.
Seronok tengok kegembiraan ahli keluarga Norman yang masing-masing begitu sayang menyayangi antara satu sama lain. Semoga ukhwah ini kekal selamanya.
Kredit: ig Norman Hakim, Memey Suhaiza & Danish Hakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berfikiran positif dan terima kurniaan Allah dengan hati yang terbuka, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila Hassim dipuji ramai peminat apabila berkongsikan wajah anak keempatnya, Nur Amna Quxandra yang dilahirkan kelmarin.
Walaupun Nur Amna bayi istimewa kerana mengalami cleft lip atau sumbing, ternyata Lan dan Sheila cukup kuat.
Pasangan ini ternyata gembira dengan kehadiran bayi perempuannya dan tidak lokek untuk berkongsi gambar kepada semua peminat.
Malah rata-rata peminat pun turut sama mendoakan yang terbaik buat Nur Amna. Daripada komen yang diberikan netizen ada yang menyatakan Nur Amna adalah bayi bertuah dan anugerah terindah buat Lan sekeluarga.
Terdahulu Lan dan isterinya mengetahui keadaan bayinya sumbing semasa kandungan berusia 30 minggu.
Selepas itu, Sheila meminta pandangan daripada ibu bapa yang mempunyai anak sumbing untuk berkongsi pengalaman.
Walaupun bayi ini dianggap istimewa dalam keluarga Lan dan isteri, sikap keterbukaan pasangan ini wajar dipuji dan langsung tidak menunjukkan mereka sedih sebaliknya begitu kuat.
Apa yang membuatkan netizen cukup tersentuh hati, Lan dan Sheila bertekad untuk membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang pada Nur Amna.
Daripada komen di instagram Lan juga, ada netizen yang berkongsikan masalah anak mereka yang senasib dengan anak Lan dan rata-ratanya menyatakan boleh dirawat dengan membuat pembedahan.
Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Lan dan Sheila atas kelahiran cahaya mata keempat mereka.
Sumber: lansolo_official & sheilarazlan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi menangis bila diletakkan di carseat? Sebelum ibu ayah jangan kata anak tidak mahu duduk di carseat & give up untuk letak, ketahui faktor ini yang mungkin menjadi sebabnya.
Car seat atau kerusi keselamatan bayi amat penting untuk digunakan sepanjang perjalanan. Kerana malang tidak berbau dan sekiranya berlaku kemalangan, risiko kecederaan dapat diminimumkan dan kehilangan nyawa dapat dielakkan.
Mama & papa perlu elakkan memangku anak di riba ketika kereta sedang dipandu/ bergerak kerana ia meningkatkan risiko bayi terlepas daripada pangkuan atau pelukan sekiranya berlaku kemalangan. Biarlah mereka menangis hari ini daripada kita menangisi pemergian mereka di kemudian hari.
Untuk melakukannya, memang ibu ayah perlukan kekentalan. Ada ibu bapa yang mengadu bayi jadi kerap menangis apabila diletakkan di car seat. Ia mungkin disebabkan oleh perkembangan yang sedang dilaluinya seperti mula bereksperimentasi dengan keadaan dan orang sekelilingnya.
Ibu ayah perlu faham yang peringkat sensori motor/ motor deria terjadi sejak lahir hingga si manja berumur 2 tahun. Dalam fasa ini, seorang bayi melalui perubahan tumbesaran yang mendadak.
Seorang bayi akan menggunakan kemahiran dan kebolehan mereka yang ada ketika lahir (melihat, mendengar, memegang dan merasa/menghisap) untuk belajar lebih tentang persekitarannya. Dengan kata lain, mereka belajar tentang dunia ini melalui deria dan pergerakan motor mereka.
6 PERINGKAT PERGERAKAN MOTOR SI MANJA
Terdapat enam sub-peringkat di dalam fasa ini:
Refleks (0-1 bulan): Bayi belajar dan memahami melalui penglihatan, pendengaran, merasa, menghidu dan menghisap.
Reaksi ulangan primer (1-4 bulan): Bayi mungkin pada mulanya terhisap jarinya sendiri tetapi kemudian mengulang perbuatan yang sama kerana dirasakan seronok.
Reaksi ulangan sekunder (4-8 bulan): Bayi akan mula untuk mengulang sesuatu dengan sengaja untuk melihat reaksi pada persekitarannya. Contohnya membaling sesuatu objek untuk melihat reaksi anda.
Menyusun reaksi (8-12 bulan): Anak mula faham dan melakukan perbuatan dengan tujuan tertentu. Dia juga mula meniru dan memahami tentang sesuatu objek serta kesannya sebagai contoh permainannya akan berbunyi apabila digoyangkan.
Reaksi ulangan tertier (12-18 bulan): Ini adalah fasa cuba gagal (try & error) mereka untuk bereksperimentasi dengan persekitaran.
Perwakilan pemikiran awal (18-24 bulan): Anak mula mengaitkan simbol yang mewakili objek atau peristiwa di persekitarannya. Mereka mula memahami dunia dengan operasi pemikiran berbanding hanya bergantung pada perbuatan.
Ibu bapa harus peka dengan perkembangan kognitif seorang bayi yang meningkat secara drastik dalam peringkat ini. Kerap kali kami berhadapan aduan ibu bapa bahawa anak-anak mereka ketika berumur di bawah 2 tahun ini kerap menangis di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS).
DIA MUNGKIN BEREKSPERIMEN!
Jika kesemua keperluan fizikal & emosi anak (susu, lampin, keselesaan, tidak penat) telah dipenuhi, anda perlu faham pada fasa tertentu ketika ini, mereka mungkin sedang bereksperimentasi dengan anda!
Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh ini,...