Meniarap Bantu Anak Kuatkan Otot Badan. Rajinlah Buat Tummy Time!

Share

Tengok anak orang lain dah bergolek meniarap bila tengok anak kita baru meniarap kejap dah nangis macam tak ada esok. Dia tak suka ke?

Umur dah 4 bulan ni. Tak meniarap lagi … Aduhh.. anak aku ada masalah ke??

Mesti ada yang risau kan tengok anak tak meniarap lagi. Bila tiarapkan terus nangis. Macam mana tu ya?

Melalui perkongsian Puan Lin Talib, meniarap ni biasanya umur 3-4 bulan dia start. Memula dari terlentang ke meniarap lepas tu dia akan belajar dari meniarap ke terlentang.

Masa meniarap tu, dia akan belajar untuk angkat kepala dia. Ini akan membantu dalam menguatkan leher dan juga tulang belakangnya. Sambil tu, meniarap melatih pernafasan anak dan menjadikan paru-parunya lebih kuat.

Tapi ..Bagaimana nak latih anak meniarap ni?

Jom kita tengok:

1. Letak atas bantal

Letakkan bantak kecil di bawah badan anak dan biarkan anak meniarap kejap. Letakkan juga mainan di hadapan anak supaya dia ralit tengok mainan sambil meniarap.

2. Letak atas badan ibu/ bapa

Saya suka letak anak atas badan saya. Di mana dadanya di atas perut saya.

Sambil dia meniarap kita main la dengan dia. Pastikan tangan kita pegang anak. Jadi badut kejap. Sambil menguatkan bonding antara parent dan anak, ia juga membantu anak berlatih meniarap.

Bila letak atas badan kita, memang rasa kurang stabil sikit. Sambil itu ia melatih keseimbangan atau vestibular anak. Boleh mulakan seawal 3 bulan.

Memula kita pegang anak, dah lepas tu kita tengok dia akan mula pandai balance badan dia, jadi kita sekadar berjaga-jaga saja.

Sambil dia meniarap, sambol kita main dengan dia, sambil tu tangan kita urut belakang dia. Dari bahu urut sampai ke pinggang ok?

3. Buat ikut kiraan masa

Masa mula-mula buat.. cuba buat ikut kiraan 10 saat. Lepas tu kita terbalikkan. Buat lagi.

Lepas tu upgrade la jadi seminit… 2 minit dan seterusnya.

4. Urut badan guna minyak

Setiap kali lepas mandi dari umur sebulan sampai la sekarang, memang amalkan sapu minyak kelapa pada badan anak.

Cara urutan guna ibu jari pelan light light je kita urut belakang dia, tangan dari bagu sampai ke jari-jari.. punggung sampai ke kaki.. lepas tu depan pulak..

Urutan pada bayi ni bagus tau. Ia mampu meransang sensori serta otot bayi supaya jadi kuat sambil melancarkan perjalanan darah dalam badan.

Sambil tu, ia menenangkan anak dan dapat mengeratkan bonding tauu. Tapi jangan urut macam urut Tok Wan pulak.

5. Mandikan gaya orang India mandikan bayi

Yang ni tak tahulah nak demo macam mana. Haha. Sebab masa saya berpantang, bidan saya yang ajarkan dan saya buat ketika anak umur sebulan sampailah sekarang.

Alhamdulillah, walaupun nampak kasar tapi anak jadi cergas!

Maybe ada kawan-kawan Indian kita boleh share kan cara mandian bayi mereka?

Ha, nanti cuba buat dekat anak ya. Buat sikit-sikit dulu dan relax. Banyakkan bermain dengan anak. Biarkan anak rasa disayangi ya

Bila anak tu rasa disayangi.. dia rasa selamat.. jadi dia akan mudah nak berkembang. InsyaAllah.

Sumber: Lin Talib 

Published by
Wan Amy