Meniarap bukan sahaja boleh kuatkan leher bayi dan elak kembung, tapi ada banyak lagi kelebihan lain. Mulakan awal banyak lebih baik.
Jangan hanya dukung atau duduk di stroller sahaja, beri bayi masa untuk meniarap lebih lama! Tummy time atau meniarap ada banyak kebaikannya kepada bayi. Ia bukan sahaja satu milestone bayi, tetapi aktiviti rangsangan untuk si kecil. Menurut Aisyah Rozalli, Occupational Therapist (Juruterapi Cara Kerja) menerusi perkongsiannya di Facebook, bayi yang baru berusia sehari pun sudah boleh mula tummy time dalam jangka masa singkat iaitu seminit atau dua minit selepas selesai menyusu.
9 TIP MENIARAP KEPADA BAYI
5 KEBAIKAN MENIARAP KEPADA BAYI
#1. RANGSANG KOMUNIKASI
Sambil meniarap sambil cakap dengan bayi, sambil tepuk-tepuk. Kita bagi stimulasi untuk tingkatkan ‘auditory attention’ bayi. Kalau nak seronok lagi, tiarapkan baby atas perut aama atau papa. Bagi bayi nampak muka mama dan papa, hubungan menjadi lebih rapat.
#2. KUATKAN OTOT LEHER, DADA, BAHU & LENGAN
Ini semua otot-otot utama yang akan bantu bayi anda belajar menghisap susu dengan lebih efisien, angkat kepala ke kiri dan kanan, belajar merayap dan merangkak dengan lebih mudah.
Otot-otot yang kuat ini pun penting untuk keselamatan bayi sebagai contog sekiranya dia tertidur meniarap atau mengiring, dia cukup kuat untuk pusingkan kepalanya dan selamatkan hidungnya dari tersembam dan lemas (semoga Allah jauhkan).
Masa meniarap, bayi dapat melihat persekitarannya. Jadi tidaklah bayi hanya menatap siling dan ke atas sahaja. Bila bayi dapat tengok persekitaran, mereka akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input dari sekitarnya.
#4. ELAK ‘FLAT HEAD’
Bila bayi tidak mempunyai otot leher yang kuatakan berisiko untuk berbaring di sebelah bahagian sahaja. Maka, sebelah bahagian tersebut akanakan ‘flat’ atau leper. Ia dinamakan plagiocephaly.
#5. KURANGKAN KEMBUNG PERUT
Cuba letakkan bayi meniarap setiap kali lepas menyusu. “Burrrppp!” punya kuat bayi tu nanti sendawa. Maka, kuranglah risiko bayi kembung perut dan kuranglah potensi bayi meragam.
Sumber: OT AisyahRozalli