Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta ketika mangsa berlari ke tengah jalan. Difahamkan, kejadian cemas itu dipercayai berlaku di Kampung Wa, Dungun, Terengganu.

Dirempuh sebuah kereta

“Meninggal Depan Mata Kami..” Bapa Tulis Nama, Periksa Suhu Anak Dilanggar KeretaMemetik laporan Astro Awani, ketika kejadian mangsa yang dikenali dengan nama Mu’tahal Assalami bersama ibu bapa dan enam orang adik-beradiknya yang lain berada di hadapan sebuah restoran untuk makan malam.

Menurut bapa, Assalami Ahmad ketika dia sedang memeriksa suhu, pegangan tangan anaknya itu terlepas dari genggamannya.

IKLAN

Anak lelakinya berusia tiga tahun itu kemudian terus berlari ke tengah jalan sebelum dia dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil. Difahamkan, pemandu wanita tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.

Saya sedang tulis nama, pegang anak sebelah, kemudian dia sentap tangan dan lari ke jalan, saya kejar tetapi tidak sempat. Kereta itu laju, kemudian melanggar anak, dia terpelanting. Saya angkat (tubuhnya) dan lihat anak sudah tiada.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan disahkan meninggal di lokasi kejadian.

IKLAN

“Meninggal Depan Mata Kami..” Bapa Tulis Nama, Periksa Suhu Anak Dilanggar KeretaMayat mangsa kemudian dihantar ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

IKLAN

Sumber: Astro Awani

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI