Pemergian insan tersayang tanpa pesan amat perit, lagi-lagi pergi secara mengejut. Namun siapa kita nak menidakkan takdir Allah. Lagi bertambah sayu, apabila isteri pergi ketika melahirkan anak.
Ujian kehilangan seperti ini memang sakit untuk ditanggung, namun kita sebagai manusia yang masih hidup di dunia ini perlu meneruskan kehidupan. Begitulah juga kisah seorang lelaki ini yang kehilangan isteri tersayang sejurus selesai melahirkan anak sulungnya.
Meninggal selepas melahirkan anak
Menerusi hantaran seorang wanita dikenali sebagai Esse Ctb di Facebook, berkongsi kisah pilu mengenai sepasang suami isteri di Indonesia yang membuatkan warganet menjadi sebak.
Keterujaan menanti kelahiran cahaya mata pertama sejak lapan bulan lalu bertukar menjadi duka apabila wanita yang dikenali sebagai Citra Fadilah Arsyad dijemput Ilahi selepas dia melahirkan anak sulungnya itu.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Perjuanganmu sebagai ibu sudah terlaksana meskipun kamu belum sempat melihat anakmu. Kamu orang baik syurga tempatmu.
8 bulan berjuang bukan waktu yang singkat dan pukul 4.00 pagi kamu pergi buat selama-lamanya.
Apa yang lebih meruntun jiwa adalah si suami dilihat begitu terkesan sekali dengan pemergian isteri tercinta dan seperti tidak percaya bahawa pasangannya sudah tiada disisinya lagi.
Dalam pada itu, suaminya dilihat sempat mengucup serta mendakap si isteri buat kali terakhir sebelum jenazah isterinya itu dikafankan. Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya ditenangkan oleh orang ramai yang berada di situ. Difahamkan, jenazah isterinya selamat dikebumikan pada petang semalam.
Semoga anakmu menjadi anak kebanggaan keluarga kamu Ila. Al-Fatihah untukmu Citra Fadilah Arsyad. Buat suami dan keluarga sabarlah. Allah lebih menyayangi isterimu.
BACA [“Copy Paste Muka Ibu.” Lepas 40 Hari Pantang, Wanita Kerdil Kongsi Wajah Bayi]
BACA JUGA [Ibu Terkedu Lahirkan Bayi Perempuan Sama Berat Dengan Timbangan Bola Baling]
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)