Keibubapaan

Meninggal Masa Tidur, Kes Maira Disiasat. Kebumi Tanpa Otak Pilihan Akhir. Ibu Mohon Doa

Share

Sebuah kehilangan pastinya perit untuk dilalui. Tambah pula ia melibatkan bayi yang masih kecil seperti yang dialami oleh seorang ibu yang bernama Nur Athira Abd Hamid. Anak keduanya Maira Ellyssa telah menghembuskan nafas terakhir pada petang Isnin yang lalu ketika dalam tidur dikatakan mengalami Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

Menerusi perkongsian ibu ini di laman Facebook miliknya, dia yang kini menetap di Sydney masih belum kebumikan jenazah puteri keduanya itu. Hal ini terjadi  disebabkan jenazah sedang ditahan di Coroner Court kerana kematian yang berlaku di rumah dan bukan di hospital yang membuatkan perkara tersebut menjadi kes polis.

Kebumi Maira tanpa otak pilihan terakhir

Satu post mortem akan dilakukan kepada jasad Maira untuk mengetahui punca sebenar kematian. Namun dalam perkongsian itu juga ibu ini turut menyatakan jika pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian bayinya itu, otak Maira akan dibekukan untuk siasatan lanjut. Justeru kemungkinan jasad si kecil ini dikebumikan tanpa otak mungkin boleh berlaku.

Kos pengebumian yang tinggi

Menurutnya juga, kos untuk pengebumian jenazah juga boleh mencecah sehingga $4000. Dia mengalu-alukan sebarang bantuan yang daripada orang ramai.

Ibu ini amat berharap agar semua dapat mendoakan jenazah anaknya, Maira dapat diserahkan kepadanya tanpa menyentuh bahagian yang lain selepas post mortem dijalankan.

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim..
Dukacita memaklumkan bahawasanya
Anak kedua saya telah selamat ke syurga petang kelmarin 24 February 2020. Saya mohon doa agar dipertemukan kami sekeluarga dengan anak saya di syurga nanti.

Sedikit mengenai apa yang berlaku, Maira meninggal ketika tidur dan dia telah tidur selama-lamanya. ( suspected-SIDS please google this )

Arwah sekarang ditahan di coroner court kerana kematian terjadi di rumah dan bukan di hospital. Perkara ini menjadi kes police.Post mortem akan di lakukan pada hari khamis. Jika pihak court dapat kenal pasti punca kematian Maira akan diserahkan kembali pada hari yg sama. Tetapi jika pihak court tidak menjumpai sebab kematian, mereka akan membekukan otak Maira untuk further investigation. Option untuk mengebumikan Maira tanpa otak adalah option yg terakhir. Harap semua dapat mendoakan yg Maira dpt diserahkan pada hari yg sama tanpa menyentuh bahagian yg lain.

Kenapa tidak membuat bantahan?
Bantahan boleh dilakukan tetapi memerlukan masa yang lama dan memerlukan lawyer dari legal aid dan 2 minggu untuk naik mahkamah. Keputusan tetap adalah dari coroner tetapi jikalau mereka menolak bantahan tersebut Maira akan ditahan lebih lama.

Lets just pray that I make a wright decision. I just want her back as soon as possible.

Selepas Maira di serahkan kembali, Maira akan dikebumikan secepat mungkin. Cost pengebumian Maira boleh mencecah sebanyak $4000.

Sesiapa yg ingin menderma boleh menderma menggunakan account number yang tertera di dlm gambar. Segala pertanyaan atau update selepas ini, boleh berhubungan direct dengan Marissa Putri Sofyan Cik Chuwingam ( isteri Hafiz Hussin Buyot Popo ) atau adik sy Anis Asmaa Abd Hamid.

Terima kasih untuk segala doa dan sokongan dari jauh. Doakan kami sekeluarga dapat disatukan bersama Maira di syurga, اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ.

Semoga urusan ibu ini dan keluarganya dipermudahkan. Sama-samalah kita panjatkan doa supaya urusan jenazah si kecil Maira dapat diuruskan dengan sempurna dan dengan kadar segera. Bagi yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke nombor akaun yang disertakan dalam gambar.

Sumber: Athira Nur

Published by
SAHR