Perginya tanpa sempat tinggalkan sebarang pesan. Itulah hakikat yang perlu diterima walaupun cukup berat untuk dilalui oleh isteri dan anak-anak yang masih belum mengerti pemergian seorang ayah.
Ketika orang lain bersedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, pemergian suami pada Hari Arafah 10 Ogos lalu benar-benar memberi tamparan hebat buat Norashikin M. Nor, 38, selepas arwah suaminya secara tiba-tiba kena strok.
Berikut perkongsian Norashikin yang cukup menyentuh hati dan ditambah pula perlu menjaga dua amanah ditinggalkan arwah suami berusia 5 tahun dan 1 tahun 6 bulan.
Tabahkan hati balik ke rumah. Banyak hal perlu diuruskan.
Dedobot sampai-sampai terus mintak nak baring. Selesa dapat tidur kat rumah sendiri. Lena nampaknya, malam tadi terganggu betul tidur 2 beradik ni. Asyik bangun meracau dan merengek-rengek sepanjang malam.
Kakak Khayla berpesta dengan mainan dia. Tapi pagi-pagi lagi dah tanya mana Papa? Tak mahu makan minum asyik termenung. Mama jadi blur tiba-tiba….
Kurang 36 jam lepas, pukul 2 pagi masih terbayang lagi susuk tubuh Papa Muhammad Khairul Abdullah tiba-tiba muncul di depan pintu bilik. Dia mengadu mulut susah nak bergerak, badan dah cramp.
Tak sampai seminit dia mengogoi, terus rebah tak boleh bergerak. Mengiringkan dia ke sisi, terus muntah segala isi perut.
Tanpa berlengah terus call ambulans dan maklumkan adik ipar. Sambar dokumen penting, bergegas buka segala pintu dalam keadaan kaki yang masih menggigil.
Ads
Dedobot ketakutan tengok keadaan papa, melalak tak berhenti-henti. Ambulans sampai terus ke hospital ditolak masuk ke zon merah.
Doktor sahkan serangan stroke akibat tekanan darah tinggi. Terpaksa di koma untuk elak keadaan jadi bertambah parah. Selepas CT scan, ada ketulan darah besar di dalam teras otak betul-betul di belakang tengkuk (tempat selalu papa ngadu sakit).
Tiada rawatan or pembedahan boleh dibuat. Boleh on-tube untuk 2 minggu lagi tapi pengakhirannya tetap sama.
Enggan menyeksa, dengan berat hati terpaksa buat keputusan melepaskan papa pergi perlahan-lahan. Papa rupanya mahu berjumpa Yang Maha Esa di sisi anak-anak dan keluarga tercinta.
Terima kasih atas semua doa, harapan dan ingatan yang dititipkan.
Ads
Buat Papa yang disayangi semua…bersemadilah dengan aman di sana. Moga rohmu dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Curahan kasih sayangmu akan diingati buat selamanya. Amin yarabbalalamin…..
Tiada lagi bertanya masak apa hari ni
Kenangan masakan terakhir saya buat suami tercinta Muhammad Khairul Abdullah, minggu lepas sebelum terjadinya perpisahan abadi kami. Sedap atau tak, selalunya dia makan saja apa yang saya hidangkan tanpa banyak soal. Dah takde lagi orang nak mengadu lapar and bertanya saya masak apa hari ni.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihii wa’fu’anhu. “Ya Allah, ampunilah dia dan kasihanilah dia (rahmati) dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia”. Amin Allahumma amin.
Bahan-bahan:
5 ketul ayam, dicuci bersih
Setgh cawan kicap lemak manis
2 camca besar cuka makan
1 camca besar minyak bijan
2 camca besar gula perang
3 inci halia, dihiris halus
1 ulas bawang putih, dicencang
Sedikit tepung jagung
Cara membuatnya:
1. Campurkan kicap, cuka, minyak bijan, gula perang, halia n bawang putih ke dlm sebuah bekas. Kacau rata n asingkan sedikit utk memerap ayam.
2. Perap ayam menggunakan campuran tadi minimum setgh jam. Kemudian panggang ayam di dlm airfryer atau oven sehingga ayam masak. Boleh juga grill di atas kuali non stick n tutup.
3. Sementara itu, sediakan sos teriyaki dgn menggunakan baki campuran kicap. Tambah sedikit tepung jagung bertujuan memekatkan lagi sos. Panaskan sebentar di atas api.
4. Salut atau glis ayam panggang dgn sos teriyaki n tabur bijan sangai sebagai hiasan. Jika mahu pedas, tambah hirisan cili api semasa memasak sos. Sedia dihidangkan bersama nasi putih and sayur celur.
Kehadiran cahaya mata pengikat kasih sayang, menyebabkan seorang ibu berubah, bekerja keras dan belajar untuk menjadi seorang yang penyabar.
Begitulah luahan Syatill Melvin terhadap dua anaknya, Syeriv Samheizy & Sarima Samheizy. Normal bagi setiap ibu untuk memiliki perasaan sedemikian apatah lagi saat menatap kedua-duanya sedang tidur.
ADA ANAK, IBU BERUBAH 360°
Bila dh ada anak2 ni kan,hidup kita 360’ berubah!Walaupun depa kecik dan belum faham pasai hidup pasai dugaan tpi anak2 ni lah yg bukak mata kita ibu bapak supaya jadi lebih baik utk diri sendiri dan utk depa.
ANAK PUNCA BEKERJA KERAS & BELAJAR BERSABAR
Allahuakhbar betapa powernya hadiah-hadiah dari Allah ni♥️Sebb anak-anak jugak aku kerja lebih keras dari dulu, sebab anak-anak la aku belajaq utk besabaq!!
ANAK PENGIKAT KASIH SAYANG DENGAN SUAMI
Bukan senang untuk jadi org yang penyabaq?Kadang-kadang kantoi teruk jugak! Dan betul lah org kata, anak-anak ni pengikat kasih syg antara kita dan laki kita.
BUAT APA PUN FIKIRLAH ANAK DULU
Nak buat apa pun lani,semua pikiaq anak dulu..aku harap bila depa dh faham nnti,depa boleh terima yg depa ada bubu yang kepala otak tak berapa nak betoi? Syeriv pun duk nampak dah sikit-sikit dia punya tak betoi tu??
Para follower bersetuju dengan Syatilla. Setelah menjadi ibu memang setiap wanita akan sanggup melakukan apa sahaja demi anak.
Mereka adalah nyawa kita…
“Aamin..rasanya semua ibu2 mahu yg terbaik utk anak2 mereka..sanggup buat apa sahaja demi anak2..mereka adalah nyawa kita.” @gee_65
Tengok gambar anak tidur perasaan ibu jadi lain macam…
“btoi…100% agree Tilla. hidup kita and apa yang kita buat dh tak bleh mcm zaman kita single lagi dah. Itulah mak cakap..sebab anak2 segala2 yg kitabuat and keputusan yg kita buat jugak adalah sebab depa. btoii sgt statement ni. Sebab bilakita makin berusia kita makin cool, dah tak cepat berangin compare kita dulu2 kan. sebab kita dah belajar banyak tentang kesabaran.
“Kalau kita tengok anak-anak kita kepala otak weng sikit2 tu, mesti ikut sama ada mak atau bapak.Yang kadang-kadang perangai tu sebijik hahaha tapi tu lahpenghibur dan penceria hidup kita. Fuhh bila tgk gambar anak-anak tidoq ni satu perasaan len mcm yg dok mai..kalau la depa xdak..” @amal_yat
Anugerah terindah
“Anak-anak anugerah terindah, terima kasih ya Allah.”@kam.baker
Anak tetap nombor 1
“Amin, Betul tu walau pun kadang-kadangkita mak2 ni tukar jadi singa dan tarzan, anak tetap no. 1 di hati.” @meenamohamad
Dalam tak sedar rupanya semakin membesar si kecil ini. Tengku Ismail Leon Petra dikhabarkan genap dua bulan semalam. Ibu melahirkan rasa syukur dan kasih sayang buat putera kesayangan.
Rihana Oksana Gorbatenko melalui momen sebagai ibu yang indah. Sentiasa memberikan kemaskini tentang perkembangannya di Instagram, wanita jelita ini berkongsi perkembangan terbaru Tengku Ismail Leon Petra.
Sentiasa positif dalam setiap posting, pemegang Ijazah Sarjana dalam Pengurusan yang juga pakar dalam pemasaran antarabangsa ini menyatakan kasih sayang buat si kecil dan akan melalui apa sahaja buat anaknya.
“Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran!
BANGGA DARAH MALAYSIA MENGALIR DALAM ANAK
“Saya masih tidak percaya yang saya menerima begitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza.
“Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua. Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki.
TERUS MEMBESAR & BAHAGIA SI CILIK DUNIAKU
“Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan . Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!
“P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.”
Dalam posting sebelum ini, Rihana turut berkongsi tentang kelahiran puteranya itu pada 21 Mei 2019.
MOMEN MENJADI IBU
“21 May 2019 – the Day, when my life was divided into “before” and “after”. Everything that I was told about the changes occurring with a woman after the birth of a baby is true. This love is special.
“These feelings are completely new. I am greatful to Allah and my husband for our son. Now there are three of us. Thank you for choosing our family, Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra.”
Sebelum ini, Astro Awani melaporkan penceraian talak tiga antara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah.
Mahkamah Syariah Kelantan telah pun mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.
Menyifatkan arwah sebagai abang yang sentiasa melindungi adik, Aishah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika membesar bersama Ashraf.
‘Abang sekarang adalah mailakat yang menjaga saya.
’Itu kata-kata dikongsi pengacara dan penyampai radio, Aishah Sinclair mengenang abangnya, Allahyarham Ashraf yang menghembuskan nafas terakhir di Jakarta, Selasa lalu.
“Ketika membesar, abang adalah suara saya. Abang menjadi pelindung dan pada masa sama memarahi saya jika keadaan menjadi tidak terkawal kerana ketika kecil saya memang nakal.
“Apabila sudah dewasa, abanglah yang saya rujuk setiap kali mahu membuat keputusan penting termasuk dalam karier mahu pun fesyen.
“Abang sentiasa ada masa untuk saya, biar sesibuk mana pun,” luahnya dalam entri penuh emosi dimuat naik di Instagram (IG), malam tadi.
Entri memaparkan foto arwah dan Aishah ketika kanak-kanak, duduk di tepi kolam renang, mengimbau nostalgia dan menunjukkan keakraban dua beradik ini.
“Kita tidak dapat menghabiskan perbualan terakhir. Saya tidak boleh peluk atau bergurau-senda lagi dengan abang.
“Namun, saya rasa sangat diberkati kerana dikurniakan abang dalam hidup ini, biarpun singkat,” katanya dalam entri kedua yang dimuat naik di IG sejak Ashraf meninggal dunia.
Aishah berharap dapat mencontohi kebijaksanaan, ilmu dan kasih-sayang dikongsi arwah, selain meneruskan legasinya dengan pemergian Ashraf ke negeri abadi.
“Abang menghadiahkan saya kakak ipar dan anak saudara yang menakjubkan. Saya akan jaga mereka sebaik mungkin seperti apa yang abang buat kepada saya,” katanya.
Aishah mengakhiri entri dengan melafazkan kata-kata berikut:
“Seluruh hidup abang adalah penjaga saya, sekarang abang adalah mailakat yang mengawasi saya.
Sumber: BH, Aishah Sinclair
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.