Pelakon cantik jelita Zahirah Macwilson yang baru-baru ini berkongsi tentang kehamilannya yang kini sudah berusia 6 bulan lebih memuat naik gambar terbaru di Instagram miliknya.
Dalam posting tersebut, Zahirah memuat naik gambarnya bersama suami tercinta yang juga merupakan pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza.
Melalui gambar yang dikongsikan itu, sudah jelas kelihatan baby bump Zahirah yang kini hamil enam bulan lebih.
Melalui satu lagi posting lain, Zahirah berkongsi sebuah video pendek yang cukup menyentuh hati. Dalam video tersebut, Aiman dilihat sebak sebaik sahaja Zahirah memaklumkan bahawa dirinya hamil.
Menerusi kapsyen posting tersebut, Zahirah mengucapkan rasa syukur atas Kurniaan Allah kepadanya dan berdoa agar wanita lain yang belum berpeluang bergelar ibu agar dikurniakan cahaya mata sepertinya.
Dia juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada setiap ucapan dan doa yang diberikan kepadanya.
“Kehidupan penuh dengan kejutan & inilah yang terbaik @aimanhakimridza
“Ramai yang mengirimkan ucapan & doa kepada saya dan saya sangat berterima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan. Kalian mengingatkan saya mengapa saya suka berkongsi perkara dengan anda semua.
Ads
“Namun, ada juga yang mengirimkan saya kisah-kisah tentang bagaimana mereka berusaha untuk mengandung tetapi tidak bernasib baik atau mengalami kehilangan sepanjang perjalanan tersebut.
“Untuk semua ini, saya meluangkan masa bagi menghargai apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dan untuk ini juga, saya berdoa kepada semua wanita yang merindui peluang untuk membawa kehidupan kecil yang berharga ke dunia ini.
“My Heart goes out you strong women. Menjadi seorang ibu selalu menjadi impian saya dan saya benar-benar berdoa agar anda semua akan menjadi ibu suatu hari nanti.
“Percayalah waktuNYA, tetap positif dan jangan pernah putus asa dengan doa-doa itu. InsyaAllah, tangan anda akan memegang jari kaki kecil itu satu hari nanti,” tulisnya
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Mak besar tapi anak kecik? Masa mengandung, badan saya naik banyak doktor, tapi bila scan baby kecik je. Kenapa?
Boleh ke jadi macam tu? Badan mak masa mengandung naik banyak tapi baby kat dalam perut, kecik je. Boleh berlaku, dan ianya satu tanda yang berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Banyak sebab mengapa bayi dalam kandungan tidak membesar secukupnya dan lebih kecil dari sepatutnya mengikut tempoh kandungan. Contohnya, mengandung dah 30 minggu, tapi baby saiz macam 26 minggu je.
Salah satu sebab mengapa ini berlaku ialah kerana ibu mengalami darah tinggi semasa mengandung.
Pernah tak masa check up mengandung, doktor suruh kita buat check bp selang sehari. Aduh, lecehnya kan? Tapi tu sebab nak detect ada darah tinggi ke tidak semasa mengandung.
Kenapa darah tinggi semasa mengandung boleh menyebabkan baby jadi kecil?
Ini kerana darah tinggi semasa mengandung terjadi akibat saluran darah pada uri yang tidak normal. Sekiranya tidak dikawal, ini akan menyebabkan aliran darah dari uri kepada bayi akan terganggu dan serapan oksigen dan makanan kepada bayi juga akan terganggu. Ini akan menyebabkan tumbesaran bayi dalam kandungan akan terbantut.
Sebenarnya, baby dalm perut lebih kecil dari sepatutnya adalah satu tanda yang bahaya kepada kedua-dua ibu dan bayi, bukan hanya kepada bayi. Kerana darah tinggi yang tidak dikawal akan menyebabkan ibu mengalami sawan (eclampsia) yang membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Bagaimana nak mencegahnya?
Sentiasa buat antenatal checkup dengan baik, ikut nasihat doktor dan sentiasa jaga pemakanan dan kekalkan kenaikan berat badan semasa mengandung yang ideal.
Jika dapat kesan darah tinggi semasa mengandung, jangan stress, ikut nasihat doktor dan makan ubat secara konsistent. Sekiranya ada masalah dengan ubat yang dimakan, segera berjumpa doktor untuk berbincang dan ubat tersebut boleh ditukar kepada ubat lain yang lebih sesuai.
Pelakon, Farah Nabilah baru-baru ini telah mengumumkan kehamilan anak kedua ketika usia kandungan masuk enam bulan.
Terbaru, dia berkongsi perbezaan kehamilan kedua yang berbeza berbanding kehamilan anak pertama.
“Alhamdulillah second baby ni pun tak ada masalah, cuma lowblood. Tu Bukan masalah kulitlah tapi macam alhamdulillah tak ada apalah, dia macam lagi flawless.”
Farah atau mesra dipanggil Fawa turut berkongsi amalan ketika hamil terutama cara untuk mengatasi keinginan makan ais krim yang manis-manis.
“Selain daripada vitamin C yang doktor bagi, minum air kosong yang banyak dan makan buah-buahan.”
“Nak kata sulit tu tak sangat, cuma sakit belakang dan kena pegang baby. Lagi satu dia lebih mencabar berbanding yang pertama”
Farah dan suami, Amirul Yunus telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Andre Omar yang kini berusia 3 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan main-main dengan tekanan darah tinggi, rupanya ia boleh meningkatkan risiko anak yang dikandung menjadi obes apabila membesar!
Penemuan kajian ini mengejutkan di mana mengekalkan tekanan darah normal terutamanya semasa trimester kedua adalah sangat penting untuk memastikan anak tidak mengalami masalah berat badan.
KENAPA MENGAWAL TEKANAN DARAH SEMASA HAMIL AMAT MUSTAHAK?
Tekanan darah tinggi semasa hamil mendatangkan pelbagai risiko kesihatan kepada ibu dan bayi. Di samping kesan buruk yang diketahui umum, kajian juga mendapati ia boleh meningkatkan risiko obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Obesiti dalam kalangan kanak-kanak telah menjadi krisis kesihatan global, dengan berjuta-juta kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dikelaskan sebagai terlebih berat badan atau obes. Banyak faktor boleh meningkatkan risiko kanak-kanak menjadi terlebih berat badan, termasuklah faktor sewaktu dalam kandungan dan gaya hidup.
TEKANAN DARAH IBU MASA TRIMESTER KEDUA & KETIGA
Penemuan daripada kajian yang diterbitkan oleh Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism menunjukkan bahawa para ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko anak mereka mengalami obesiti.
Pengkaji menganalisis tahap tekanan darah dan berat 88,406 ibu dan anak-anak mereka yang mengambil bahagian dalam kajian. Tekanan darah para ibu diperiksa selama 3 trimester dan anak mereka ditimbang antara umur 4 dan 7 tahun.
Pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi pada trimester kedua mempunyai risiko 49% lebih tinggi dalam mengalami masalah terlebih berat badan atau obes berbanding dengan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami tekanan darah rendah, menurut kajian tersebut.
SAIZ BADAN IBU TIDAK MENJADI FAKTOR KEPADA OBESITI ANAK
Selain itu, kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa trimester ketiga mempunyai risiko 14% lebih tinggi dalam mengalami masalah terlebih berat badan atau obes. Bahkan risiko masih wujud bagi kanak-kanak yang dilahirkan oleh para ibu yang tidak mempunyai tekanan darah tinggi, tetapi tekanan darahnya semasa kehamilan berada pada tahap tinggi (namun masih normal) daripada kebiasaan. Pengkaji juga mendapati bahawa saiz badan ibu bukanlah faktor penentu sama ada anak mereka mengalami obesiti atau tidak.
Penemuan ini menunjukkan bahawa mengekalkan tekanan darah normal terutamanya semasa trimester kedua adalah sangat penting untuk memastikan anak tidak mengalami masalah berat badan.
Kesemua wanita hamil harus dipantau dan mengelakkan sebarang peningkatan tekanan darah sewaktu pertengahan kehamilan hingga ke akhir. Ini boleh membantu mengurangkan kemungkinan anak-anak mereka terjejas dengan obesiti.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.