Kanak-kanak perempuan melecur seluruh badan akibat terkena sambal popia basah yang mendidih dalam kejadian di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, 7 Februari lalu.

Menjerit Sakit Bermandikan Kuah Popia Mendidih. Azalea Kritikal, Jalani 6 Pembedahan

Ketika Kejadian

Puan Zalida Syuhana Ahmad Tamam (Ibu Mangsa) berkata, ketika kejadian, anaknya, Azalea Hani Abdul Rahim, 5, berada di rumah ibu saudaranya untuk meluangkan masa cuti sekolah bersama sepupunya yang lain.

Beliau diberitahu mengenai kejadian itu, kira-kira 8 malam. Katanya, pada hari kejadian, ada ramai anak saudara di rumah kakaknya yang menjual popia basah memandangkan ketika itu cuti sekolah.

Sambal popia yang sedang masak

Ketika kejadian, kakak saya meninggalkan sambal yang sedang masak di dalam periuk di dapur untuk solat Maghrib bersama ibu kami.

Beberapa minit kemudian, dia memaklumkan terdengar tangisan dan jeritan anak saya dari bahagian dapur sebelum bergegas meninjau apa yang berlaku.

Ketika ditemui, keseluruhan badan Azalea (Hani) dipenuhi sambal berkenaan yang tumpah daripada periuk terbabit.

IKLAN

Cuba menanggalkan baju tapi kulitnya melekat

Kakak saya kemudian menjirus air ke bahagian badan anak bongsu saya dan cuba menanggalkan baju yang dipakai Azalea Hani yang melekat pada kulitnya.

Seluruh badan Azalea dipenuhi dengan cili menyebabkan kakak saya terpaksa menjirus air ke badannya, malah kakak saya cuba menanggalkan baju dipakainya, namun ia melekat pada kulit Azalea.

Mereka terus membawa Azalea ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Selain Azalea, seorang lagi anak saudara lelaki saya berusia enam tahun turut terkena sambal berkenaan menyebabkan dia melecur di bahagian kaki dan tangan.

Tahap melecur semakin kritikal

IKLAN

Doktor memaklumkan tahap melecur anak perempuan saya itu semakin kritikal menyebabkan dia dipindah ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama untuk rawatan lanjut.

Pada mulanya, Azalea dirawat di wad kanak-kanak biasa, namun terpaksa dipindahkan ke ICU selepas tahap kesihatannya semakin merosot pada hari kedua dia dirawat di hospital berkenaan.

Menjerit Sakit Bermandikan Kuah Popia Mendidih. Azalea Kritikal, Jalani 6 Pembedahan

Jalani enam pembedahan membuang kulit mati

Sehingga ke hari ini, dia sudah menjalani enam pembedahan bagi membuang kulit mati selain mengatasi masalah jangkitan kuman dialaminya di seluruh badan.

IKLAN

Doktor memaklumkan Azalea perlu menjalani pembedahan ketujuh, Jumaat ini yang menelan kos kira-kira RM20,000. Disebabkan seluruh tubuh dia melecur jadi tiada kulit yg boleh diambil untuk ditampal dibahagian yg melecur. Doc terpaksa mohon kulit dari penderma.

Sepanjang tempoh dia di hospital beberapa minggu lalu saja sudah menelan kos ribuan ringgit. Sekarang, kami sekeluarga buntu mencari jalan mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan pembedahan itu.

Doktor memaklumkan akan ada pembedahan susulan dibuat sekiranya pembedahan dilakukan nanti tidak memberikan maklum balas positif terhadap tahap kesihatannya,” katanya.

Kos pembedahan yang tinggi

Saya mohon bantuan sebab kos yang tinggi, saya tak mampu nak sediakan. Mana byran yg kecil2 sudah saya jelaskan. saya mohon maaf menyusahkan kalian, hanya allah saje yg dapat membalas jasa kalian. Saya betul2 memerlukan bantuan untuk memyelamatkan si kecil akak tu.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada Zalida boleh menghulurkan sumbangan di akaun bank Maybank miliknya, 112183138233 (Zalida Syuhana Ahmad Tamam).

Sumber: HMetro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI