Bila bayi semakin membesar, anak semakin bijak menolak jenis-jenis makanan tertentu. Ibu lah yang perlu bijak berkreatif untuk menarik perhatian anak kecil.
Selain menu berat, menu-menu ringkas tetapi sihat boleh juga dijadikan kudapan untuk anak. Resipi perkongsian Nur Arifah ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Menu dari sembilan hingga 10 bulan. Semuanya sedap-sedap belaka. Jom cuba!
Mashed Potato Minced Prawn
Kentang
Mix herbs
Cheese powder
Udang
Telur
Bawang putih
Pak choy
Potong kentang dan rebus hingga empuk. Lenyekkan kentang sehingga halus. Saya guna food chopper.
Campurkan sedikit mix herbs dan cheese powder. Cincang udang dan bawang putih.
Tumis bawang putih kemudian masukkan udang cincang. Masukkan telur dan kacau sehingga hancur.
Masukkan pak choy.
Ikan Dori Sweet Sour
Ikan dori
Mix herbs
Serbuk ikan bilis
Tepung jagung
Bawang putih
Bawang holand
Serai
Daun limau purut (saya tak letak sebab takde)
Tomato
Pakchoy
Potong ikan dori macam finger food. Letak mix herbs dan serbuk ikan bilis.
Salut tepung jagung dan goreng.
Cincang bawang putih dan bawang holand dan tumis
Masukkan serai dan daun limau purut. Masukkan tomato dan sedikit air.
Masukkan pakchoy. *anak saya makan dengan nasi lembik.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak masak pulut kuning kadang-kadang memerlukan kesabaran. Ada masa pulut tak cukup masak, ada masa pulut terlebih masak sampai jadi lembik. Tapi terasa juga nak makan air tangan sendiri kan? Bagi yang nak mencuba buat sendiri pulut kuning yang sedap, berkilat dan tak patah boleh ikuti perkongsian ini.
CARA MASAK PULUT KUNING SEDAP GUNA PERIUK KUKUSAN
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut
1 biji kelapa parut – ambil santannya
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
4-5 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan beras pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan air. Paling minimum, rendam selama 6-7 jam sebelum kukus. ( empunya resipi hanya rendam guna air kunyit tanpa letak asam keping.)
2. Tos beras pulut dan keringkan airnya.
3. Carik-carikkan daun pandan dan letak dalam periuk kukusan sebagai alas. Kemudian letak beras pulut diatasnya.
4. Jangan risau beras pulut tidak akan jatuh.
5. Ratakan beras pulut dan lubangkan menggunakan jari seperti dalam gambar.
6. Panaskan air dalam periuk kukusan dan kukus pulut selama 30-45 minit.
7. Bila dah masak, angkat pulut dan gaulkan dengan santan yang telah dibancuh dengan sedikit garam. Fungsi garam adalah untuk menaikkan lagi rasa lemak pada santan.
8. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan jangan berlebihan. Takut nanti pulut terlebih lembik. Gaul santan dan pulut hingga sekata.
9. Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus kembali selama 5-8 minit. Fungsi kukusan kali kedua ini adalah supaya pulut tahan lama dan tak cepat basi.
10. Siap dan boleh dinikmati mengikut selera dan citarasa masing-masing.
Keputusan kerajaan untuk membuka semula Taska demi memastikan ibu bapa dapat kembali bekerja sepenuhnya bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan. Namun demi memastikan ibu bapa dapat bekerja dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan anak-anak dan bimbangkan risiko terdedah kepada wabak yang melanda negara kita, SOP lengkap dikeluarkan untuk panduan pemilik taska dan tadika.
Namun kerisauan pastinya masih tetap ada bagi semua ibu bapa. Begitu juga dengan pengusaha taska yang mengambil satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan hal ini berjalan lancar. Menurut kata Puan Liyana Nazli, pemilik Atfal Jannah Kuantan & Kemaman – Pusat Intervensi Awal Kanak-Kanak, membuka semula Taska bukanlah satu tindakan yang mudah.
Bukan hanya dengan SOP yang ketat bahkan ia tanggungjawab bersama dalam memastikan anak-anak selamat di samping ibu bapa juga dapat kembali bekerja dengan tenang tanpa memikirkan anak-anak. Sebagai pengusaha Taska, ini yang dikongsikan oleh beliau demi memastikan anak-anak di Taska bebas risiko.
Done with AJ Kuantan today!
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha pusat jagaan ialah meminimakan peralatan dan perabot yang digunakan sepanjang operasi. Untuk mengurangkan risiko pencemaran serta memudahkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi harian.
Dalam SOP semua permukaan perabot dan lantai perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua kali sehari (pertukaran sesi pagi ke petang dan sebelum pulang). Jadi semua peralatan yang sukar untuk disanitasi teacher simpan dahulu buat sementara waktu, antaranya seperti: – ball pool – karpet – floor mats
Peralatan lain yang digunakan berkala disimpan dalam almari tertutup dan berkunci. Teacher minta terapis rekod peralatan pembelajaran yang digunakan oleh individu pelajar setiap hari, sanitasi selepas digunakan dan disimpan di tempatnya semula. Aktiviti seperti permainan yang melibatkan kumpulan tidak dijalankan buat sementara waktu.
Perabot pun diminimakan. Hanya yang betul-betul digunakan saja ada di ruang aktiviti dan dilabelkan dengan nama pelajar yang menggunakannya.
Ha, bukan mudah nak buka semula pusat jagaan selepas tempoh PKP… InsyaAllah moga selamat semuanya. Faiza azamta fatawakkal ‘alallah!
Kebimbangan Tetap Ada
Pa&Ma sempat bertanyakan kebimbangan serta pematuhan SOP yang seharusnya dipatuhi Taska demi memastikan anak-anak terjamin keselamatan mereka. Sesungguhnya banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pihak Taska demi memastikan semua ini berjalan dengan baik. Malah ia juga menjadi tanggungjawab bersama, baik pihak Taska begitu juga dengan ibu bapa dalam memastikan anak-anak selamat.
Bagaimana kebimbangan dan kesediaan pihak taska untuk membuka semula taska?
Sebagai pihak taska memang ada rasa bimbang sebab pematuhan SOP ini melibatkan semua pihak. Bukan sahaja daripada pihak TASKA. Kami sangat berharap ibu bapa juga dapat mematuhi SOP seperti yang ditetapkan supaya keselamatan semua orang terjaga. Tetapi melihatkan SOP yang ketat dan terperinci, sepatutnya memang selamat saja untuk TASKA yang mengikuti SOP untuk menerima pelajar. Mungkin ada sesetengah TASKA yang akan menghadapi masalah untuk mematuhi kerana kekangan ruang dan tenaga kerja.
Sejauh mana Taska memastikan SOP berjalan lancar?
Dalam pematuhan SOP sebagai pemilik TASKA, perlu pastikan kakitangan faham prosedur dan mengapa langkah-langkah tersebut perlu dijalankan. Kakitangan perlu dilatih supaya segala prosedur berjalan lancar. Selain daripada itu memang perlu terangkan kepada ibu bapa mengapa setiap langkah dalam SOP itu perlu dipatuhi untuk keselamatan semua yang terlibat.
Tak boleh ambil mudah. Kedua-dua pihak kakitangan TASKA dan ibu bapa kedua-duanya perlu tandatangan borang akuan pengisytiharan kesihatan untuk declare bebas risiko Covid. Sebarang ketidaktepatan maklumat boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Bagaimana meyakinkan semula ibu bapa untuk hantar anak?
Memang susah nak yakinkan ibu bapa. Jika mereka ada pilihan untuk menjaga anak sendiri di rumah, tak ada masalah. Kita tak paksa ibu bapa untuk hantar anak, malah lebih bagus sekiranya ada sebahagian daripada ibu bapa yang ada alternatif jagaan yang lain untuk memberi peluang kepada yang benar-benar memerlukan khidmat jagaan daripada TASKA. Apabila jumlah kanak-kanak berkurang, pematuhan SOP tu lebih baik.
Tambah di peringkat awal ni masing-masing baru nak biasakan diri dengan norma baru, perlukan latihan dan peringatan. Secara berperingkat, kita boleh buka operasi dengan kapasiti kanak-kanak seperti biasa apabila semuanya telah terlatih dengan norma baru. Sebagai pemilik TASKA kita kena tunjukkan komitmen kita untuk pematuhan SOP untuk meyakinkan ibu bapa.
Pesanan saya, dalam menghalang penularan wabak Covid memang tanggungjawab semua orang. Masing-masing ada peranan masing-masing, jadi perlu beri kerjasama yang sepenuhnya. InsyaAllah moga kita semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan dijauhi dari wabak Covid 19.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa dekat sini selalu berangan nak masak pagi sahur tapi tak kesampaian sebab terlajak tidur sampai tak cukup masa untuk masak? Salah satu resipi pantas yang ibu-ibu patut cuba adalah sup telur dan sayur yang dikongsikan oleh Puan Sharina Sharan. Bahan-bahannya tidaklah sukar dan cara membuatnya juga sangatlah mudah dan cepat.
Anak-anak pun dijamin suka sampai bertambah. Ibu mana tak seronok kalau anak makan berselera kan? Nak pula waktu sahur.
Jom baca cara memasak sup telur dan sayur ini di bawah. Semoga bermanfaat!
Tumis bawang merah dan bawang putih bersama ikan bilis dalam minyak selama lebih kurang 3 minit.
Masukkan 500 g air, sayur, fucuk, suhun, garam dan serbuk perasa. Biarkan dalam 7 minit.
Masukkan telur dan tutup api, biarkan telur dalam 5 minit. Sambung masak 2 minit.
Tip tambahan iaitu gunakan telur dari peti ais untuk hasil telur yang lagi cantik dan tidak mudah berderai. Untuk sayur pula anda boleh masukkan apa-apa sahaja sayur yang anda suka.
Dah siap! Mudah kan? Tak sampai 20 minit dah siap sup mudah, lazat dan berkhasiat ni. Rugi kalau tak cuba tau!
Berita sedih pada hari Jumaat. Akiko Okumura, isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat.Berita duka...