Musim panas yang melanda negara kini membuatkan anak-anak mudah berdepan dengan masalah demam, batuk berpanjangan dan tidak kurang juga selsema. Penyediaan makanan yang tepat dan sesuai adakalanya membantu meredakan sakit anak.
Adakalanya makanan berminyak membuatkan kesihatan anak makin terjejas. Ini yang dikongsikan ibu ini, Puan Shazney Rahman dalam meredakan sakit anaknya disamping ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor. Kurangkan makanan bertumis dan melebihkan teknik kukusan dan rebusan dalam sajian menu si kecilnya. Jom kita cuba.
ANTIBIOTIC MENU!
This week Faleq kurang okay. Alhamdulillah Faleq tak demam cuma batuk berkahak. Selera seperti biasa cumanya batuk tu je tak best dengar. Jadi kakak decide kena alter balik menu-menu dia change tu kepada menu-menu yang kurangkan batuk dan kahak.
Jadinya minggu nie semua makanan Faleq bersifat menu penyembuhan. Semua jenis berkuah dan kukus even breakfast dia pun kakak tak bagi yang deep fry. Kukus atau grill sahaja.
Alhamdulillah Faleq getting better. Tak sia-sia mama hempas pulas pikir menu bersifat antibiotik ni. Cuma nak cakap if anak kita tak sihat kita bukannya catu makan tapi kita alter balik menu sedia ada. Baby perlukan zat untuk dia sembuh. Macam Faleq since dia berkahak kakak cuba elakkan makanan yang deep fry, diary product, ghee semua tu.
Banyakkan menu bersup, kukus je dan kalau tumis pun minyak seminima yang boleh. Hasilnya kahak dah slowly hilang batuk dah kurang banyak. Ohh ya kita rujuk jugak Faleq dengan doktor. Faleq sembuh pun dengan bantuan ubat jugak selebihnya kakak take action sendiri.
Kalau anak kita tak okay tolong rujuk pihak yang lebih pakar. Sometime kita cuma mampu slowkan virus, tak mampu lawan virus jadi sila rujuk klinik ye. Semua resepi-resipi ni kakak buat 5 hari di rumah bs. Even Faleq tak sihat makanan tetap best mama bagi dia.
AYAM STEAM HALIA
Resepi nie mudah dan sedap. Cuma perap ayam bersama lada sulah dan minyak bijan dalam 30 minit. Masa ready nak kukus cuma taburkan hirisan nipis halia di atas ayam dan tunggu sehingga ayam masak. Mudah kan.
VEGE CLEAR SOUP
Resepi ni cuma letak air dan rebus naik semua bahan. Kakak sarankan masukkan dahulu sayur yang lambat empuk diikuti dengan sayur yang mudah dan cepat layu.
TOMYAM AYAM WITH TOFU
Tumis tomato paste bersama serai tanpa minyak.
Masukkan air, cbs dan carrot kemudian masak sehingga agak empuk.
Masukkan ayam dan celery dan masak sehingga mendidih.
Masukkan tofu, tomato dan perahan air limau. Tunggu sehingga masak. Siap!
SUP IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN
2 sekawan (kulit kayu manis & bunga lawang)
Bawang merah+putih (hiris nipis)
Bawang merah+putih+halia (ditumbuk)
Serbuk lada hitam
Celery
Tomato
Carrot
Ikan merah
Tumis hirisan bawang dan 2 sekawan dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
Masukkan bahan tumbuk, tumis sebentar dan masukkan air 1 cawan.
Masukkan carrot dan masak sehingga agak empuk.
Masukkan ikan dan celery. Masak sehingga mendidih.
Masukkan tomato dan serbuk lada hitam. Tunggu sehingga masak. Siap!
*Kakak tambah cbs di dalam sup
ASAM REBUS
Blend bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan separuh tomato. Ketepikan.
Tumis tomato paste bersama serai tanpa minyak sehingga naik bau.
Masukkan bahan blend dan masukkan setengah cawan air.
Bila sudah mendidih masukkan ikan, cauliflower dan bunga kantan.
Akhir sekali masukkan sawi dan tunggu sehingga masak. Siap!
* Boleh masuk cbs, asam keping dan serbuk lada hitam sebagai penambah rasa. Kakak tak letak asam keping sebab dah blend letak tomato sekali. Dia punya masam dah nice.
Kakak selalu guna ikan kembung atau pari untuk buat asam pedas ni, taruk bendi dan kangkung. Versi Faleq kakak gantikan dengan sawi.