Sekarang ni musim durian, ada tak peminat tempoyak? Jika anda salah seorang peminat tempoyak wajib cuba menu sambal tempoyak ikan bilis ni. Makanan ni biasanya popular dalam kalangan orang Pahang. Tapi sekarang semua dah menggemarinya.
Mungkin sebab kesedapannya yang ada petai, bilis, daun kunyit membuatkan ramai yang jatuh cinta dan menggemarinya. Menu ni juga dikatakan menu pembuka selera suami.
Seperti perkongsian Sanah Anna, menu ini buatkan si suami yang tak bertambah makan nasi, boleh bertambah ke pinggan kedua.
Menu buat suami tambah nasi 3 kali. Dah lama tengok dia control sekali makan 1pinggan jaa. Baru harini nampak bertambah-tambah sampai peloh ceroiiiiiii orang Kedah cakap. Memang sedap ampaaa sambal tempoyak. Kalau tempoyak campur sambal belacan memang tak lepas telan..ada yang macam tu jugak ke??
Ok bagi yang nak dapatkan resipi sambal tempoyak ikan bilis ni, tak perlu nak susah-susah pun. Ni resipi lengkap dan tersangat mudah!
Ads
Bahan dan cara membuatnya:
✅Tumbuk cili dengan garam 1 sudu kecil
Ads
✅Siap tumbuk gaulkan dengan tempoyak 1 cawan atau terpulang banyak mana..(lagi banyak lagi sedap)
✅Dah siap gaul, tumis cili tadi kemudian masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng
Ads
✅Gaul sampai rata, masukkan daun kunyit sikit dan gaul lagi.
✅Last sekali masukkan Potaiiii..gaul sekejap jer biar potai tu ranggup..then siapppp..
✅Makan dengan nasi panas-panas perhhhhh
Kredit : Sanah Anna
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuih Ketayap Buah Naga, Warna ‘Purple’ Pancing Selera Anak Nak Makan
Kuih ketayap biasanya berwarna hijau dan dibuat menggunakan daun pandan selain pewarna makanan. Intinya pula kelapa muda yang dimasak bersama gula merah. Ada juga yang memasak inti kuih ketayap bersama gula kabung. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Apa kata kali ini kita buat sedikit kelainan. Kalau biasa ketayap warna hijau, kali ini kita buat warna ungu. Mesti anak-anak tertarik dengan warna kuih ketayap yang menarik ini.
BAHAN-BAHAN:
3/4 buah naga (kisar dengan 2 cawan air)
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan jus buah naga
2 1/2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit gula
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur halus.
2. Kalau rasa macam pekat adunan, boleh tambah lagi santan cair.
3. Panaskan kuali non stick. Sapu nipis minyak.
4. Tuang satu senduk adunan dalam kuali (lenggangkan).
5. Apabila sudah masak, angkat. Ulang sehingga habis adunan
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
1/2 biji kelapa putih
1/2 cawan gula
1 cawan jus buah naga
2 helai daun pandan
Sedikit tepung ubi
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan.
2. Masak hingga inti sedikit kering.
3. Masuk satu sudu tepung ubi (jika suka). Kacau rata. Siap inti kelapa.
LANGKAH SETERUSNYA:
Bentangkan kepingan ketayap yang sudah siap tadi dan isi inti. Lipat kiri kanan dan gulung. Siap untuk dihidangkan.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak hasilkan Burn Cheese Cake yang sedap, berlemak dan cukup rasa. Kalau tersilap adunan tak rasa cheese kan?
Kalau anda nak hasilkan Burn Cheese Cake ala kedai ternama anda boleh ikuti resipi yang dikongsi oleh ibu ini. Selamat mecuba!
Kali ke berapa buat Burn Cheese Cake ni pun tak tau lah. Tapi kalini rasa dia luar biasa, saya lebihkan susu. Biasa guna 125 ml, kalini buh 225ml. Moist sangat. Anak-anak cakap macam kat SR lah ummi. Tambah kalini buat oreo crust. Memang sedap dengan cheesenya yang lembut, oreo crust yang garing. Rangup-rangup gitu. Selamat mencuba!
Bahan-bahan Oreo Crust;
-Biskut oreo hancur (agak-agak sendiri. Saya beli yang memang dah hancur)
-3 sudu butter cairkan
Cara Penyediaan;
Campurkan oreo hancur tadi dalam butter yang dah cair. Gaul sebati. Masukkan dalam loyang. Tekan-tekan dengan senduk & ratakan dalam loyang.
Bahan-bahan Cheese Cake;
250 grm Cream Cheese
225 ml Susu Dutch Lady Full Cream
2 Biji Telur
3/4 Cawan Gula
2 Sudu makan Tepung Gandum
1 Penutup Esen Vanilla
Cara penyediaan;
Masukkan semua bahan-bahan dalam blender. Blend anggaran semua bahan dah sebati. Masukkan dalam loyang yang dah disediakn dengan Oreo Crust tadi. Bakar dalam AF suhu 180•c/30 minit. Nak lagi burn tambah masa ikut suka.
Lepas masak nampak macam lembik sikit. Jangan potong dulu. Sejukkan dulu dalam peti sejuk semalaman (sy buat malam). Esoknya potong elok kejadiannya. Macam dalam gambar.
Anak susah nak makan memang masalah yang sering dihadapi ibu pa. Kesukaran ini kadangkala menyebabkan kebuntuan. Apa kata mama papa cuti tip daripada juruterapi ini.
Bila anak susah untuk makan, mama papa tentu runsing anak tidak mendapat keperluan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran. Dalam kes tertentu, si manja terlalu bergantung kepada susu.
Sedangkan bila anak sudah berusia dua tahun, makanan pelengkap amat mustahak untuk menampung permintaan proses perkembangan fizikal seperti perkembangan otak, saraf, otot, gigi dan sebagainya.
Perkongsian daripada Puan Nor Fikrah, seorang Juruterapi Fizikal telah berkongsi menerusi posting Facebook beliau mengenai solusi masalah ini.
#1 KURANGKAN PEMBERIAN SUSU
Sekiranya anak anda bergantung dengan formula milk,sila kurangkan pemberian susu formula.
Lengkapkan pemakanan anak anda dengan 3 kali makanan berat (nasi,sayur,protien) dan 2 kali makanan snek sihat seperti :
Bila dah lengkap complete and snack meal, barulah boleh nak bagi susu pada anak.
Bukan bagi susu dulu lepas tu baru bagi makanan berat.Memang anak tidak akan makan nasi lepas menyusu. Sebab anak dah kenyang kerana minum susu.
#2 HENTIKAN BERI MAKANAN TINGGI LEMAK, GARAM & GULA
Berhenti berikan makanan tinggi lemak,garam,gula-gula ,kek, coklat, ais krim, kentang goreng, roti, biskut dan air birkabonat(no junk and fast food).
Bila anak disaji dengan makanan yang masin manis dan berlemak macam ni,taste bud anak kecil akan lebih memilih untuk makan benda macam ni,dan akan menentang keras dengan rasa sayur yang sedikit pahit.
#3 TERAP AMALAN MAKAN SIHAT
Terapkan amalan makan secara sihat di antara kanak-kanak seperti :
Ramai parents yang bagi gajet masa waktu makan,dengan alasan anak taknak duduk diam di meja makan, which it so wrong.
Pada waktu makan,masa ni kita perlu berinteraksi dengan anak, tanya dia makan sayur warna apa, ikan warna apa, nasi warna apa dan lain-lain. Masa makan adalah masa emas untuk hasilkan komunikasi dua hala.
#4 MOHON IBU BAPA BERSABAR
Sekiranya anak masih meronta nak menyusu dengan botol, mohon ibu bapa sabar dan keep promote anak makan dengan makanan, sebab nak berubah ni tak mudah,bila ada proses perubahan,Insya Allah akan ada progress yang lebih baik.
Offer healthy meal.Take it or leave it.
Jangan gatal-gatal nak offer susu botol.
Suap je nasi,sayur dan ikan. Nak tak nak, anak tu akan makan juga. Sebab dia dah kelaparan.
Hati mak pak kena kental. Jangan kalah dengan tangisan stimulasi anak-anak tu.
Last but not least.Don’t let children rule the roost.
Sata adalah sejenis makanan ringan yang diproses dari isi ikan. Kemudian dibalut dengan daun pisang dan dibakar. Lagi sedap bila dibakar menggunakan sabut kelapa. Memang naik aromanya.
Kalau ke Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Pasti sata antara menu yang dicari.
SATA IKAN
Dah takyah nak pergi terengganu dah lepas ni, buat sendiri jeps!!